Info Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
500 Mangsa Banjir Dengkil Di Pusat Pemindahan Sementara

19.07.2020 - Shah Alam, Kira-kira 500 penduduk berhampiran pekan Dengkil di Sepang terpaksa dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) sejak awal hari ini selepas kediaman mereka dilanda banjir susulan limpahan air sungai berdekatan dan kejadian ban pecah akibat hujan lebat malam tadi.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Dengkil Adhif Syan Abdullah yang memaklumkan perkara itu, mereka yang merangkumi penduduk di 12 kampung dan kawasan perumahan dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Dengkil, Sekolah Rendah Agama Dengkil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Dengkil.

“Masih ada penduduk belum dibawa keluar dari kawasan banjir dan pasukan penyelamat sedang dalam proses berbuat demikian,” katanya yang ditemui semasa melawat mangsa banjir di PPS terbabit hari ini.

Menurutnya hujan lebat malam tadi menyebabkan limpahan air di loji Semenyih 2 yang mengakibatkan ban pecah pada 1 pagi tadi kerana tidak mampu menampung kapasiti air.

Sementara itu, mangsa banjir, Noraini Abdul Latiff, 40, berkata dia sekeluarga dikejutkan oleh jiran yang memaklumkan paras air semakin naik di kawasan perumahan mereka pada 2 pagi tadi.

"Mula-mula air naik sedikit di bahagian dapur. Kemudian pada 4 pagi, air semakin deras sehingga naik ke paras pinggang. Kita sempat selamatkan barangan elektrik sebelum bomba datang untuk membawa saya dan tiga anak keluar dari rumah," katanya yang tinggal di Taman Timah.

Pada masa sama, wanita itu turut menghargai usaha pihak berkuasa yang memastikan pematuhan jarakan sosial membendung penularan Covid-19 dengan khemah disusun mengikut jarak selamat.

Seorang lagi mangsa banjir, Mohd Najib Mat Supi, 58 dari kampung Cemperai, pula berkata air naik terlalu cepat sehingga paras pinggang, menyebabkan dia terpaksa meredah banjir sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/535153
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Selangor Di Jangka Hujan, Ribut Petir Hingga Ahad

20.07.2020 - Shah Alam, Selangor diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir hingga Ahad ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) hari ini.

Ia membabitkan daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Bagaimanapun bagi Petaling, hujan serta ribut petir berlaku sehingga Jumaat sahaja dan kemudiannya keadaan bertukar panas selama dua hari mulai esoknya.

Untuk maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/selangor-dijangka-hujan-ribut-petir-hingga-ahad/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Kesan Banjir Kilat Selangor Parah, MB Bawa Isu Ke MTES

20.07.2020 - Shah Alam, Kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Selangor baru-baru ini hampir melumpuhkan pergerakan dan aktiviti harian penduduk, kata Dato’ Menteri Besar.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya akan membawa isu berkenaan ke mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) kerana ia juga dilihat memberi kesan agak parah kepada mangsa.

“Setakat ini Kerajaan Negeri memberi bantuan kecemasan RM500 kepada mangsa, saya minta supaya penduduk buat laporan polis segera bagi mendapatkan bantuan.

“Namun kita lihat kesannya agak teruk termasuk rumah dan barang kelengkapan mangsa yang musnah, jadi kita akan bawa ke MTES pada Khamis ini atau minggu depan,” katanya kepada media selepas melawat pusat pemindahan sementara mangsa banjir di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil di sini hari ini.

Sehingga kini seramai 274 mangsa ditempatkan di pusat berkenaan membabitkan 62 keluarga.

Selain SJKC Dengkil, enam lagi pusat pemindahan dibuka di Dengkil iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil, SRA Dato’ Ahmad Razali, Dewan Orang Ramai Kampung Jenderam Hilir dan Dewan Orang Ramai Taman Gemilang.

Turut dibuka ialah Dewan Orang Ramai Dengkil dan Dewan MPKK Timah Langat yang menempatkan warganegara Myanmar.

Kelmarin, 41 kawasan di Hulu Langat, Sepang, Hulu Selangor, Gombak dan Klang mengalami banjir kilat susulan hujan lebat.

Hulu Langat mencatatkan jumlah kawasan tertinggi iaitu 22, Sepang (12), Hulu Selangor (empat), Gombak (dua) dan satu di Klang.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/kesan-banjir-kilat-selangor-parah-mb-bawa-isu-ke-mtes/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
MPKK Sungai Chua, Kajang Mohon Sumbangan Bantu Mangsa Banjir

20.07.2020 - Shah Alam, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Chua mengalu-alukan sumbangan orang ramai bagi membantu kira-kira 850 keluarga terjejas banjir di Kajang, kata pengerusinya.

Sia Wei Shien berkata pihaknya membuka penyertaan kepada masyarakat untuk menghulurkan bantuan seperti makanan kering, tilam, selimut, barangan dapur dan perabot.

“Sumbangan boleh disalur ke Balai Raya MPKK Sungai Chua. Selepas semua barang tersebut dikumpul, kita akan terus agih kepada mangsa terlibat.

“Jadi, saya menyeru kepada masyarakat untuk beri sokongan bagi meringankan beban mangsa kerana banjir kali ini antara yang paling teruk dalam tempoh 26 tahun malah menjejaskan banyak kawasan di daerah ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata pihaknya juga bekerjasama dengan pejabat ahli parlimen Bangi dan ahli dewan negeri Balakong untuk mempertimbangkan bantuan lain untuk mangsa.

Sementara itu, katanya kerja pembersihan pascabanjir di kawasan terjejas kini mencapai 20 peratus dan dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh dua hari lagi.

Taman Indah, Sungai Chua, Jalan Mendaling, Kajang, Jalan Reko, Taman Sri Indah, Taman Sri Reko, Taman Pasir Emas, Desa Bunga Raya, Taman Kajang Baru dan Sri Kajang terjejas dalam kejadian banjir kilat petang kelmarin.

Turut dinaiki air Taman Seri Emas, Taman Sepakat Indah dan Taman Sri Kajang di Sungai Chua serta Simpang Balak.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/mpkk-sungai-chua-kajang-mohon-sumbangan-bantu-mangsa-banjir/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Amaran Ribut Petir - Dikeluarkan pada: 7:55 malam, 20 Julai 2020

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di;

negeri PerlisKedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau PinangPerak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim) • Kelantan (Gua Musang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera) • Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) • WP Kuala LumpurNegeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol) • Johor (Muar) • Sarawak: Betong (Pusa, Saratok dan Kabong), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri dan Limbang (Limbang) • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu) • Labuan

Sehingga 10:00 malam; Isnin, 20 Julai 2020.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Banjir Di Pusat Serenti Sepang Terburuk Sejak 2006

21.07.2020 - Shah Alam, Banjir yang melanda Pusat Serenti Sepang (CCVC) di Kota Warisan pada Ahad lepas disifatkan sebagai yang terburuk pernah menimpa kawasan itu sejak mula beroperasi pada 2006.

Pengarahnya Maizura Zakaria berkata bencana itu menyebabkan kakitangan yang rumah mereka terjejas kelihatan trauma serta mengalami kerugian beribu ringgit akibat kerosakan kelengkapan rumah dan peralatan elektrik.

“Kawasan ini memang sentiasa banjir kalau hujan lebat tetapi air naik setakat buku lali sahaja, tetapi banjir Ahad lepas berlaku begitu pantas sehinggakan ada mangsa yang tidak sempat hendak alihkan kereta mereka.

“Ada 18 rumah yang terjejas namun yang paling teruk ada kira-kira lapan rumah yang terletak di tingkat bawah,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Maizura mengarahkan penduduk kuarters kawasan itu berpindah ke pusat pemindahan banjir kerana bimbangkan keselamatan mereka memandangkan kawasan berkenaan dikelilingi lombong serta berhampiran dengan Sungai Labu dan Sungai Dengkil yang menjadi habitat haiwan berbisa seperti buaya, ular dan biawak.

Beliau berkata pihaknya juga mengambil tindakan untuk memindahkan seramai 103 pelatih pusat itu ke Pusat Serenti Jelebu dan Dengkil dan kesemua mereka telah kembali ke CCVC Sepang secara berperingkat mulai hari ini.

Menurutnya, pihak pengurusan Ibu pejabat Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengambil berat kebajikan kakitangannya yang menghuni kuarters itu dan pada hari kejadian, Ketua Pengarah AADK Datuk Seri Zulkifli Abdullah turut turun padang meninjau kawasan bersama beberapa pengurusan tertinggi lain.

Maizura berkata beliau akan cuba mendapatkan kerjasama daripada badan kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) untuk turut sama membantu mangsa yang terjejas terutamanya dalam proses pembersihan di kawasan kuarters dan sekitar Pusat Serenti Sepang.

“Kakitangan (CCVC) di sini adalah petugas barisan hadapan bagi menjaga keselamatan para pelatih dan keselamatan di pusat serenti ini. Kekangan ini menjadikan mereka mengutamakan tugas dan tanggungjawab berbanding keluarga, seperti tidak dapat bercuti untuk membersihkan rumah mereka.

“Rata-rata mereka mempunyai anak yang masih kecil, di bawah usia 12 tahun yang memerlukan perhatian. Kakitangan di sini amat risau tentang keadaan rumah mereka dan kerugian yang bakal ditanggung disebabkan banjir yang telah melanda,” katanya.

Beliau berharap lebih banyak NGO dapat membantu mangsa yang terlibat sama ada dari segi wang ringgit atau tenaga selain pihak Angkatan Tentera Malaysia dan Pejabat Daerah Sepang yang telah membantu membersihkan asrama pelatih.

Sementara itu, seorang daripada mangsa terjejas Mohd Hafiz Abu berkata ketika kejadian, dia baru pulang dari kedai membeli susu anak dan sebaik keluar dari kereta air menderu deras menyebabkan dia tidak sempat menyelamatkan lebih banyak barang.

“Masa itu cuaca biasa sahaja, tidak hujan, namun mungkin air dari kawasan sekitar telah turun dan melimpah ke kawasan ini.

“Mujur saya sempat menyelamatkan kereta dan beberapa perabot dan barangan elektrik, isteri dan anak-anak pun selamat. Seingat saya semasa berpindah, air telah naik sehingga ke paras pinggang,” kata polis bantuan di pusat tersebut.

Mohd Hafiz berkata walaupun perlu bertugas semasa banjir melanda rumahnya, namun bersyukur kerana keperluan asas keluarganya dijaga dengan baik semasa berada di pusat pemindahan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Dengkil.

Tinjauan Bernama ke rumah Mohd Hafiz mendapati rumahnya terjejas dengan lumpur melekat di dinding dan lantai selain perabot-perabot kayu rosak.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/banjir-di-pusat-serenti-sepang-terburuk-sejak-2006/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Satu Pusat Pemindahan Di Sepang Di Tutup

22.07.2020 - Shah Alam, Pusat pemindahan banjir di Sekolah Rendah Agama (SRA) Kampung Dato’ Ahmad Razali, Sepang ditutup jam 8 pagi ini selepas 18 keluarga dibenarkan pulang.

Unit Pengurusan Bencana negeri berkata setakat ini hanya empat pusat pemindahan di daerah itu masih beroperasi yang menempatkan 211 mangsa daripada 55 keluarga.

“Empat pusat pemindahan yang aktif adalah Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, Dengkil dengan 56 mangsa, Dewan Orang Ramai Dengkil (54), SRA Dengkil (69) dan dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dengkil (33),” menurut kenyataannya.

Agensi itu memaklumkan pihaknya akan terus memantau dan membuat tindakan susulan tentang kejadian yang berlaku pada 18 Julai lalu, selain menyampaikan maklumat terkini.

Dalam kejadian petang Sabtu lalu, 41 kawasan di Hulu Langat, Sepang, Hulu Selangor, Gombak dan Klang mengalami banjir kilat susulan hujan lebat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata Kerajaan Negeri sedang menyiapkan kajian bencana yang dijangka selesai awal tahun depan bagi menangani dampak tragedi itu dengan lebih berkesan.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/satu-pusat-pemindahan-di-sepang-ditutup/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Selangor Di Jangka Ribut Petir Sehingga 6 Petang Ini

22.07.2020 - Shah Alam, Selangor diramal mengalami hujan dan ribut petir sehingga jam 6 petang ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), hari ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan pada jam 1.50 tengah hari tadi menerusi laman Facebook rasmi agensi itu.

Turut dijangkakan mengalami cuaca sama ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Wilayah Persekutuan, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Pada 20 Julai lalu, METMalaysia melaporkan negeri ini diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir hingga Ahad ini (26 Julai).

Ia membabitkan Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Untuk maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my

AmaranRibutPetir.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/selangor-dijangka-ribut-petir-sehingga-6-petang-ini-metmalaysia/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Amaran Ribut Petir - Dikeluarkan pada: 1:50 tengah hari, 22 Julai 2020

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri PerlisKedahPulau PinangPerakKelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai) • TerengganuPahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin) • SelangorWP Kuala LumpurWP PutrajayaNegeri SembilanMelakaJohorSarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat sehingga 6:00 petang; Rabu, 22 Julai 2020.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Amaran Ribut Petir Di 3 Negeri Sehingga Tengahari

31.07.2020 - Kuala Lumpur, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang dan Perak dengan hujan lebat serta angin kencang dijangka berlaku sehingga pukul 1 tengah hari ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, kawasan yang dijangka terlibat ialah Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah serta Kerian di Perak.
Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1866061
 
Sponsored Post
Top
Log in Register