Info Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Kajang Banjir Kilat, Mangsa Di Pindahkan

19.07.2020 - Shah Alam, Hujan lebat berterusan sejak 6.30 petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Kajang dan Hulu Langat dilanda banjir kilat.

Pegawai Perhubungan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata antara kawasan terjejas Kampung Jambu, Kampung Sungai Jernih, Kampung Sungai Chua termasuk beberapa lokasi di Hulu Langat.

“Hujan agak lebat dari petang tadi sehingga sekarang dan air melimpah di kawasan berhampiran sungai.

“Usaha menyelamatkan mangsa yang terkandas sedang dilakukan dengan menggunakan bot pantas MPKj. Cuma sekarang ini kita memfokuskan kawasan di Sungai Jambu kerana di sini banyak melibatkan perumahan,” kata Kamarul Izlan Sulaiman ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau berkata semua mangsa dipindahkan ke dua dewan serbaguna sementara iaitu di Dewan Kampung Baru Sungai Chua dan Dewan Taman Mesra.

“Mereka juga dibenarkan untuk pulang ke rumah keluarga berdekatan sekiranya ada, namun mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara ini akan diberi bantuan daripada segi makanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/kajang-banjir-kilat-mangsa-dipindahkan/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
41 Kawasan Di 5 Daerah Terjejas Banjir Kilat

19.07.2020 - Shah Alam, Sebanyak 41 kawasan di lima daerah mengalami banjir kilat sejak petang semalam.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor (UPBN) dalam kenyataan memaklumkan 22 kawasan terjejas ialah Hulu Langat, Sepang (14) Hulu Selangor (empat), Gombak (dua) dan satu lokasi di Klang.

“Susulan itu, sebanyak tujuh pusat pemindahan banjir dibuka di daerah berkenaan dan setakat jam 10 pagi tadi seramai 265 mangsa dari 62 keluarga telah dipindahkan ke pusat terbabit,” lapor unit itu.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/41-kawasan-di-lima-daerah-terjejas-banjir-kilat/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Gempa Bumi Sederhana Landa Selatan Lautan Hindi

19.07.2020 - Kuala Lumpur, Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.6 pada skala Richter berlaku di selatan Lautan Hindi pada 10.15 pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, gempa itu berlaku di kedudukan 1,212 kilometer barat daya dari Siberut, Indonesia dengan kedalaman 10 kilometer. Bagaimanapun, ia tidak membawa sebarang ancaman tsunami pada Malaysia.

Screenshot-2300.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1862033
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Keadaan Banjir Di Johor Pulih, PPS Terakhir Di Muar Di Tutup

19.07.2020 - Muar, Keadaan banjir di Johor pulih sepenuhnya selepas kesemua mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma Darat, Muar, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor R.Vidyananthan, menerusi satu kenyataan berkata lima mangsa banjir dari dua keluarga itu dibenarkan pulang selepas keadaan banjir di kawasan Parit Keroma Darat pulih dan selamat untuk didiami.

“Keadaan cuaca pada hari ini baik dan disebabkan itu kesemua mangsa di PPS itu telah dibenarkan pulang sebentar tadi,” katanya.

PPS SK Parit Keroma Darat yang dibuka petang Isnin (13 Julai) merupakan PPS terakhir yang beroperasi sehingga awal pagi tadi sebelum ditutup secara rasmi pada 10.30 pagi ini.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1862048
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
314 Mangsa Banjir Sepang Di Pindah Di 5 Pusat

19.07.2020 - Shah Alam, Lima pusat pemindahan banjir di Sepang masih dibuka membabitkan 77 keluarga dan 314 mangsa sehingga jam 4 petang tadi.

Ketua unit pengurusan bencana negeri (UPBN) berkata pusat pemindahan masih aktif adalah Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Jenderam Hilir, Dewan Gemilang, Dewan Orang Ramai Dengkil dan Sekolah Rendah Agama Dengkil.

Seorang penduduk di Taman Kristal, Dengkil berjalan keluar dari kawasan rumahnya yang dinaiki air pada 19 Julai 2020. Menurut penduduk setempat, hujan lebat yang melanda pekan Dengkil semalam mengakibatkan banjir dan air naik ke kawasan perumahan sekitar 1 pagi tadi. Foto: BERNAMA
“Di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Dengkil pula jumlah keluarga dan mangsa masih dalam bancian,” kata Ahmad Fairuz Mohd Yusof ketika dihubungi SelangorKini.

Beliau memaklumkan semua tiga pusat pemindahan di Hulu Langat ditutup selepas 31 keluarga dibenarkan pulang.

Sebanyak 41 kawasan di lima daerah mengalami banjir kilat sejak petang semalam.

Hulu Langat mencatatkan jumlah kawasan tertinggi dengan 22, diikuti Sepang (12), Hulu Selangor (empat), Gombak (dua) dan satu di Klang.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/314-mangsa-banjir-sepang-dipindah-di-lima-pusat/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
292 Mangsa Banjir Di 3 Negeri

19.07.2020 - Kuala Lumpur, Sejumlah 292 mangsa banjir daripada 73 keluarga kini berada di enam pusat pemindahan di tiga negeri setakat 4 petang ini, demikian menurut laporan terkini situasi banjir yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Menurut laporan itu, Selangor membuka empat pusat pemindahan bagi menempatkan mangsa banjir hari ini manakala Melaka dan Perak masing-masing membuka satu pusat pemindahan.

"Keempat-empat pusat pemindahan banjir di Selangor ialah di daerah Sepang dengan jumlah keseluruhan 219 mangsa banjir daripada 55 keluarga ditempatkan," katanya.

Laporan itu menyebut empat pusat pemindahan banjir di Sepang ialah Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Dewan Orang Ramai Dengkil, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang dan Sekolah Rendah Agama Dengkil.

Pusat pemindahan banjir di Melaka pula ialah di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Jasin yang dibuka pada 14 Julai dan kini menempatkan 29 orang daripada tujuh keluarga manakala di Perak, pusat pemindahan banjir ialah Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan yang dibuka sejak 17 Julai dan kini menempatkan 44 orang daripada 11 keluarga.

Menurut laporan itu, pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Parit Keroma Darat di Muar, Johor yang dibuka pada 13 Julai lepas, ditutup hari ini.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/535142
 
Sponsored Post
Top
Log in Register