Info Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Banjir Kilat Di Muar, Dua Jalan Utama Terputus

20.06.2020 - Muar, Hujan yang lebat awal pagi ini sehingga menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Muar, turut mengakibatkan dua jalan utama dinaiki air sehingga tidak boleh dilalui kenderaan berat mahupun ringan.

Pegawai Daerah Muar, Datuk Mohd Haffiz Ahmad berkata, hujan lebat yang bermula pukul 5.00 pagi sehingga 9.00 pagi ini, telah menyebabkan dua jalan terputus hubungan iaitu Jalan Bakri Batu 9 dan Jalan Bakri Batu 10.

Dua lagi jalan yang dinaiki air iaitu Jalan Kangkar Senangar dan Jalan Dato Haji Kosai, setakat ini masih boleh dilalui kenderaan berat dan ringan.

Terdapat tiga kawasan penempatan penduduk dinaiki air iaitu Kampung Sabak Awor, Taman Bakariah dan Kampung Parit Jamil.

“Hujan lebat melebihi 100 milimeter (mm) mulai pukul 5.00 pagi ini di beberapa stesen bacaan hujan di daerah ini.

“Air pasang telah menyebabkan banjir kilat di beberapa kawasan. Namun, setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan laporan akan dikemas kini dari semasa ke sesama,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara dibuka dan pihak berkuasa serta agensi berkaitan akan sentiasa memantau keadaan semasa, katanya.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1852937
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
1,210 Mangsa Terjejas Di Lima Daerah

21.06.2020 - Johor Bahru, Seramai 1,210 orang daripada 288 keluarga di lima daerah di negeri ini terjejas akibat banjir setakat 8 pagi ini berikutan hujan lebat yang berlarutan selama beberapa jam semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata lima daerah yang terjejas adalah Muar, Batu Pahat, Tangkak, Kluang dan Pontian.

Berikutan itu kesemua mangsa telah dipindahkan ke 18 Pusat Pemindahan Sementara (PPS), menurut beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan Pontian mencatatkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu 349 orang daripada 85 keluarga yang ditempatkan di empat PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bukit Panjang, SK Parit Hj Adnan, SK Kampung Sawah dan SK Seri Bunian.

Ia diikuti Batu Pahat seramai 343 orang daripada 75 keluarga yang dipindahkan ke tiga PPS iaitu SK Agama Air Putih, Balai Raya Kampung Peserai dan Sekolah Agama Tiga Serangkai.

“Di Muar pula, seramai 276 orang daripada 65 keluarga ditempatkan di lima PPS iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Maharani, SK Parit Nawi, SK Tanjung Tohor, SK Orang Kaya Ali dan SK Batu 18,” katanya.

Beliau berkata 207 mangsa daripada 59 keluarga di Kluang pula ditempatkan di empat PPS iaitu SK Simpang, SK Sri Kencana Simpang Renggam, SMK Dato Abdul Rahman Andak dan Sekolah Agama Komplek Penghulu.

“Seramai 35 keluarga daripada empat keluarga di Tangkak pula ditempatkan di SK Parit Bunga dan SK Tanjung Gading 5,” katanya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/06/banjir-di-johor-1210-mangsa-terjejas-di-lima-daerah/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Letusan Gunung Merapi, Indonesia Di Jangka Tidak Jejas Malaysia

22.06.2020 - Kuala Lumpur, Letusan gunung berapi yang berlaku dua kali di Gunung Merapi di Yogyakarta, Indonesia pagi tadi, dijangka tidak menjejaskan kualiti udara Malaysia walaupun debunya mencapai sehingga 6,000 meter ke udara.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Jailan Simon berkata ini kerana angin pada paras debu itu bertiup ke arah selatan dan barat daya, malah tiada kesan gempa bumi dan tsunami dijangka melanda negara ini.

“Keadaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan kualiti udara di seluruh negara dalam keadaan biasa,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata sehingga 7.00 malam ini, empat lokasi di bandar utama menunjukkan bacaan IPU antara 0 hingga 50 atau kategori baik iaitu Seremban, Negeri Sembilan (47); Kota Tinggi, Johor (48); Kota Kinabalu, Sabah (21); dan Kuching, Sarawak (18).

Tujuh kawasan merekod kualiti udara sederhana, bacaan IPU melebihi 51 hingga 100 iaitu Batu Muda, Kuala Lumpur (56); Petaling Jaya, Selangor (54); Putrajaya (52); Bandaraya Melaka, Melaka (51); manakala masing-masing mencatat bacaan 58 di Tasek Ipoh, Perak; Seberang Perai, Pulau Pinang dan Kuala Terengganu, Terengganu.

Dilaporkan, Gunung Merapi meletus pada 10.13 pagi dan 10.27 pagi tadi.

Sehingga kini, Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan (BPPTKG) Yogyakarta masih menetapkan status Gunung Merapi pada tahap waspada.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/06/letusan-gunung-merapi-indonesia-dijangka-tidak-jejas-malaysia/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
614 Mangsa Banjir Di Sepuluh Pusat Pemindahan Di Johor

23.06.2020 - Johor Bahru, Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat sedikit pagi ini dengan seramai 614 orang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 607 orang, malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R.Vidyananthan berkata, setakat 8 pagi ini, kesemua mereka yang melibatkan 156 keluarga di Muar, Batu Pahat dan Pontian itu, berada di 10 PPS.

Beliau berkata, berlaku sedikit pertambahan mangsa yang dipindahkan ke PPS di Muar dan Batu Pahat malam tadi, manakala di Pontian, tidak berubah.

“Setakat pagi ini, seramai 229 orang daripada 64 keluarga berada di empat PPS di Muar, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi, SK Orang Kaya Ali, SK Batu 18 dan SK Parit Bulat, manakala 183 orang daripada 39 keluarga berada di tiga PPS di Batu Pahat iaitu SK Peserai, Sekolah Agama 3 Serangkai dan SK 3 Serangkai,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata di Pontian, seramai 202 orang daripada 53 keluarga berada di tiga PPS, iaitu SK Seri Bukit Panjang, SK Seri Bunian serta SK Kampung Melayu Raya.

Banjir di beberapa daerah di negeri ini berlaku sejak Sabtu lepas, apabila beberapa kawasan rendah dinaiki air berikutan hujan lebat melebihi kadar biasa ditambah fenomena air pasang.

Sementara itu, hujan lebat berterusan dapat dilihat di beberapa daerah sejak 6 pagi tadi.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/06/614-mangsa-banjir-di-sepuluh-pusat-pemindahan-di-johor/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
71 Mangsa Banjir Di Sepang Sudah Pulang

24.06.2020 - Shah Alam, Seramai 71 individu dari 16 keluarga yang menjadi mangsa banjir di Sepang sejak Sabtu lalu sudah pulang ke rumah masing-masing.

Ketua Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor, Ahmad Fairuz Mohd Yusof berkata baki 37 keluarga lagi membabitkan 135 orang masih ditempatkan di empat pusat pemindahan.

“Semua mangsa dijangka boleh pulang ke rumah mereka selewat-lewatnya esok namun ia bergantung kepada cuaca dan paras air sungai.

“Kita akan terus memantau keadaan ini selain memastikan kebajikan semua mangsa terjaga,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Jelas Ahmad Fairuz, satu pusat pemindahan sudah ditutup manakala empat lagi masih dibuka.

Semalam, Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan RM500 kepada 53 keluarga mangsa banjir dari beberapa kampung sekitar daerah itu selepas rumah mereka dinaiki air.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/06/71-mangsa-banjir-di-sepang-sudah-pulang/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Mangsa Banjir Di Johor Meningkat Kepada 798

24.06.2020 - Johor Bahru, Jumlah mangsa banjir di empat daerah di negeri ini meningkat kepada 798 orang daripada 206 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 687 orang di pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R.Vidyananthan berkata kesemua mereka ditempatkan di 16 PPS di Kulai, Pontian, Batu Pahat dan Muar.

“Seramai 292 orang daripada 82 keluarga masih berada di lima PPS di Muar iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Nawi, SK Orang Kaya Ali, SK Batu 18, SK Parit Bulat serta SK Seri Menanti.

“Di Batu Pahat pula, 205 orang daripada 44 keluarga ditempatkan di tiga PPS iaitu SK Peserai, Sekolah Agama 3 Serangkai dan SK 3 Serangkai,” katanya dalam kenyataan, pagi ini.

Vidyananthan berkata di Pontian, 282 orang daripada 75 keluarga berada di tujuh PPS iaitu SK Seri Bukit Panjang, SK Seri Bunian, SK Kampung Melayu Raya, SK Agama Kayu Ara, SK Belokok serta SK Penerok dan SK Sanglang.

Di Kulai pula, seramai 19 mangsa daripada lima keluarga ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Batu.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/06/mangsa-banjir-di-johor-meningkat-kepada-798/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register