Info Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2020

CG Sponsors




Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Semua Daerah Di Selangor Di Ramal Hujan, Ribut Petir Hingga Selasa

06.05.2020 - Shah Alam, Semua daerah di negeri ini diramal mengalami cuaca hujan dan ribut petir bermula hari ini hingga Selasa depan, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Jangkaan dalam tempoh seminggu itu membabitkan Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Ia diramal berlaku pada waktu petang sementara pagi dan malam tiada hujan dilaporkan.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di Selangor.

METMALAYSIA-AIR-PASANG-1024x585.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/05/semua-daerah-di-selangor-diramal-hujan-ribut-petir-hingga-selasa/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Gempa Bumi Sederhana Di Indonesia, Malaysia Tidak Terancam

11.05.2020 - Kuala Lumpur, Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada pukul 9.06 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 332 kilometer tenggara dari Ambon, Indonesia pada kedalaman 10 kilometer.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gempa.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/05/gempa-bumi-sederhana-di-indonesia-malaysia-tidak-terancam/
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
34,503
Reaction score
1,946
Points
206
Jelapang, Manjoi dilanda hujan batu

716428.jpg


IPOH - "Saya terkejut dengar bunyi berdentam-dentum dari atap rumah, ingatkan ada pokok tumbang, bila lari keluar rumah rupa-rupanya hujan batu," kata Mardiati Rahim,45, ketika menceritakan kejadian hujan batu yang melanda beberapa kawasan di sekitar Manjoi dan Jelapang petang tadi.

Mardiati dari Puncak Jelapang berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 15 minit bermula jam 5.15 petang selepas angin kencang dan disusuli hujan lebat.

Katanya, dia yang ketika itu berada di dapur untuk menyediakan juadah berbuka secara tiba-tiba dikejutkan dengan bunyi kuat seakan benda keras jatuh.

"Seumur hidup saya, ini kali pertama dapat lihat sendiri kejadian hujan batu yang seakan ketulan ais sebesar ibu jari, rasa takut tadi dah bertukar jadi teruja pula," katanya.

Fenomena alam yang jarang berlaku itu turut menarik perhatian orang ramai apabila ada yang mengutip ketulan ais berkenaan dan berkongsi gambar di media sosial.

Azman Ramli, 51, dari Kampung Dato Ahmad Said Tambahan 2, Manjoi berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba ketika kebanyakan penduduk berada di rumah masing-masing.

Dia yang juga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ketika itu sedang bersiap siaga sekiranya menerima laporan pokok tumbang.

"Hujan lebat dan angin pun kuat sampaikan ada pokok tumbang, saya kebetulan ada di luar rumah terkejut bila nampak ketulan ais jatuh dan melantun di jalan.

"Sempatlah saya kutip untuk melihatnya lebih dekat," katanya.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
TUJUH RUMAH DI ANCAM TANAH RUNTUH

29.05.2020 - Ampang, Tujuh buah rumah di Taman Kelab Ukay terjejas susulan berlaku tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat berkenaan dipercayai berpunca daripada pergerakan tanah.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 2.21 pagi tadi dan satu jentera dengan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang di hantar ke lokasi untuk membuat pemantauan.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Gempa Sederhana Gegar Indonesia, Malaysia Tidak Terkesan

31.05.2020 - Shah Alam, Gempa bumi sederhana kuat berukuran 5.6 pada skala Richter dilapor melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 9.06 malam tadi (waktu Malaysia).

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 17 kilometer timur dari Pulau Talaud pada kedalaman 83 kilometer.

Bagaimanapun, gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gempa-2-672x372.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/05/gempa-bumi-sederhana-gegar-indonesia-malaysia-tidak-terkesan/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Mendung, Hujan Di Enam (6) Daerah Selangor Hingga 7 Jun

01.06.2020 - Shah Alam, Enam daerah di Selangor diramalkan mengalami cuaca hujan dan mendung sehingga 7 Jun ini, demikian laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Daerah terlibat adalah Kuala Langat, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Tiga daerah lain iaitu Sepang, Hulu Langat dan Petaling pula dijangka hujan bermula hari ini sehingga Jumaat namun bertukar panas keesokannya.

Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/06/mendung-hujan-di-enam-daerah-selangor-hingga-7-jun/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Sitiawan Di Landa Banjir Kilat

Hujan lebat lebih lima jam menyebabkan beberapa kawasan di Sitiawan dilanda banjir kilat, hari ini. Antara kawasan terjejas pekan Sitiawan Kampung Serdang, Kampung Selamat dan Kampung Koh. Banjir kilat turut menjejaskan beberapa taman perumahan di kawasan berkenaan termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, bagaimanapun tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini.

Difahamkan, hujan lebat bermula sejak 1 tengah hari dan air mula surut di beberapa kawasan. Ketua BBP Sitiawan Mohd Zaki Zainol berkata, hujan lebat menyebabkan paras air di beberapa saliran di kawasan melimpah. Menurutnya, paras air naik setinggi 0.6 meter, namun pemantauan dijalankan mendapati keadaan terkawal dan selamat ketika ini.

"Kawasan Sitiawan kerap dilanda banjir kilat apabila hujan lebat berterusan dan kebiasaannya akan surut tidak lama selepas itu apabila hujan berhenti.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Gempa Bumi Kuat Landa Kepulauan Ryukyu, Jepun

14.06.2020 - Kuala Lumpur, Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun, pada pukul 11.51 malam semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak 28.6 darjah utara dan 128.5 darjah timur dengan kedalaman 213 kilometer (km) kira-kira 279 km utara dari Naha, Jepun.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/dunia/news.php?id=1851056
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Gempa Bumi Sederhana Landa Indonesia, Tidak Ancam Malaysia

15.06.2020 - Kuala Lumpur, Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di Halmahera, Indonesia, pada 12.15 tengah hari ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran terletak 1.3 darjah utara dan 127 darjah timur dengan kedalaman 126 kilometer (km), kira-kira 68 km barat laut dari Ternate, Indonesia.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami pada Malaysia.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/06/gempa-bumi-sederhana-landa-indonesia-tidak-ancam-malaysia
 
Sponsored Post
Top
Log in Register