BTC USD 37,834.1 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2020

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Amaran Cuaca (Buruk)
Dikeluarkan pada: 11:30 pagi, 24 November 2020

SEKSYEN A: AMARAN CUACA (BURUK)
Hujan lebat dijangka berterusan di negeri Kelantan (Kota Bharu, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) • TerengganuPahang (Kuantan) sehingga Jumaat, 27 November 2020.

SEKSYEN B: AMARAN CUACA (WASPADA)
I) Hujan lebat dijangka berlaku di negeri PerlisKedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) dalam tempoh Khamis, 26 November 2020 sehingga Jumaat, 27 November 2020.
II) Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta) • Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang) • Pahang (Jerantut, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) sehingga Jumaat, 27 November 2020.
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,402
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,402
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Jambatan kayu legakan penduduk hadapi banjir
November 22, 2020
IMG-20201122-WA0002-696x391.jpg

KOTA BHARU: Masalah banjir kilat yang dialami sejak lebih 20 tahun oleh beberapa keluarga yang tinggal di kawasan paya bakau di Kampung Sabak di sini selesai, dengan pembinaan jambatan kayu.

Salah seorang penghuni rumah kawasan itu, Mariam Mat Deris, 56, berkata sebelum ini, sekiranya hujan berlarutan sehari atau lebih, setiap pagi fenomena air pasang sedalam 0.2 meter akan menjadikan rumahnya dan beberapa jirannya seolah-olah ‘pulau’ digenangi air, namun biasanya ia surut dalam tempoh dua hingga tiga hari.

Beliau berkata setiap kali apabila tiba musim tengkujuh, persekitaran rumahnya menjadi semakin teruk apabila air naik mencecah sehingga 0.8 meter membawa lumpur dalam tempoh sehingga berhari-hari lamanya keadaan pulih.

“Sekiranya hujan berlaku bukan musim tengkujuh pula, penduduk di beberapa rumah yang terlibat bimbang berikutan bahagian dapur dinaiki air pasang dan rumah ini paling ketara teruk,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semalam.

Katanya keadaan kini telah berubah, menjadi bertambah baik dengan pembinaan jambatan kayu kecil sepanjang kira-kira 10 meter, menggunakan batang pokok kelapa, kayu dan papan oleh badan bukan kerajaan (NGO), Persatuan Cempaka Merah Asnaf, yang diketuai Che Norhayati Mohamad.

Mariam, ibu tunggal enam anak yang kematian suami 13 tahun lepas ketika ditemui berkata, pembinaan jambatan kayu yang menghubungkan jalan hadapan rumah ke tanah yang lebih tinggi membolehkan mereka tidak lagi perlu mengharungi lumpur.

Beliau berkata mereka juga kini boleh menarik nafas lega kerana tidak lagi terpaksa mengharungi air berbau busuk berikutan kedudukan rumah yang terletak di muara Pantai Sabak iaitu antara air paya dan air laut bercampur yang juga boleh menyebabkan penyakit kulit.

Sementara itu, Che Norhayati berkata pihaknya bergotong-royong membina jambatan daripada kayu dengan 30 tenaga ahli persatuan dalam masa sehari untuk siap.

“Biarpun jambatan ini bukan berbentuk kekal, dan mungkin tidak tahan lama, namun sekurang-kurangnya usaha ini sedikit sebanyak mengurangkan sedikit bebanan yang terpaksa ditanggung sebaik sahaja tiba musim tengkujuh,” katanya. –
BERNAMA
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,497
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,497
Reaction score
17,856
Points
2,536
Awards
1
PERUNTUKAN | RM65 Juta Untuk Persediaan Bencana Banjir

Sebanyak RM65 juta diperuntukkan sebagai persediaan bencana banjir termasuk penyediaan bekalan makanan dan pengurusan pusat pemindahan di seluruh negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, sebanyak lapan pusat depoh simpanan keperluan bencana di seluruh negara disediakan bagi tujuan berkaitan.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Main Air Banjir Di Pasir Mas, Rantau Panjang Boleh Di Kompaun RM1,000

30.11.2020 - Kota Bharu, Orang ramai di Rantau Panjang dan Pasir Mas diingatkan bahawa mereka yang didapati suka ria bermain air secara berkumpulan di tempat yang dilanda banjir sekitar sini, boleh dikenakan kompaun sehingga RM1,000. Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata surat pemakluman mengenai tindakan kompaun itu sudah dihantar kepada Ketua Jajahan Pasir Mas, dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk pelaksanaan.

“Pihak kami khuatir akan berlaku pesta bermain air yang sudah sinonim dalam kalangan masyarakat negeri ini apabila tiba musim tengkujuh sekiranya tiada tindakan tegas diambil,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurutnya setiap tahun apabila berlakunya banjir, pekan Rantau Panjang diibaratkan seperti ‘taman tema air’ bagi penduduk di Kelantan malah gerai jualan turut dibuka di sekitar kawasan berkenaan. Mengulas lanjut, Mohamad Roy berkata sekiranya ada peniaga yang membuka gerai di sekitar Rantau Panjang berhampiran kawasan yang digenangi air seperti tahun-tahun yang lepas, mereka turut akan dikenakan tindakan tegas, melainkan jika mendapat kelulusan Majlis Daerah Pasir Mas (MDPM).

Katanya beliau berharap semua pihak dapat memainkan peranan, dengan kekal patuh kepada tatacara operasi piawai (SOP) termasuk mengamalkan penjarakan fizikal dalam usaha memutuskan rantaian penularan Covid-19 dalam negara.

edit-banjir-960x600.jpg.webp


Berita asal https://selangorkini.my/2020/11/main-air-banjir-di-pasir-mas-rantau-panjang-boleh-dikompaun-rm1000/
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
333,497
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
333,497
Reaction score
17,856
Points
2,536
Awards
1
BANJIR | Semakin Pulih Di Beberapa Negeri

Keadaan banjir di beberapa negeri beransur pulih pagi tadi.

Dengan jumlah mangsa yang ditempatkanPusat Pemindahan Sementara (PPS) juga dilapor semakin berkurangan.

 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Semua Daerah Di Selangor Di Ramal Hujan, Ribut Petir Hingga Khamis

11.12.2020 - Shah Alam, Semua daerah di negeri ini diramal mengalami hujan dan ribut petir bermula hari ini hingga Khamis depan, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia). Jangkaan dalam tempoh seminggu itu membabitkan Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Ia diramal berlaku pada waktu pagi dan petang di satu dua tempat, sementara malam dijangka tiada hujan. Orang ramai boleh melayari laman sesawang www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaharu mengenai keadaan cuaca semasa di Selangor.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/12/semua-daerah-di-selangor-diramal-hujan-ribut-petir-hingga-khamis/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI PERTAMA
Dikeluarkan pada: 9:00 malam, 11 Disember 2020

AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Perlis dan Kedah • Pulau Pinang • Selangor • Terengganu • Sarawak • Sabah Barat dan Labuan sehingga 1:00 pagi; Sabtu, 12 Disember 2020.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.


SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN
1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)
Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Condore • barat Reef North sehingga Jumaat, 11 Disember 2020.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

2) AMARAN RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan tenggara Phuket • Selat Melaka Utara • utara Tioman • timur laut Condore • timur Bunguran • Reef North • Reef South • Layang-Layang • Labuan sehingga 1:00 pagi; Sabtu, 12 Disember 2020.
Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Amaran Ribut Petir
Dikeluarkan pada: 9:00 malam, 11 Disember 2020

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau PinangPerak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Kampar) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Temerloh dan Maran) • Sarawak: Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang) sehingga 1:00 pagi; Sabtu, 12 Disember 2020.

AmaranRibutPetir.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,157
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,157
Reaction score
4,392
Points
296
Awards
1
Amaran Cuaca (Waspada)
Dikeluarkan pada: 12:30 tengah malam, 21 Disember 2020

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat • Labuan sehingga Isnin, 21 Disember 2020.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register