Info Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Selangor Di Ramal Hujan, Ribut Petir Bermula Esok Hingga 24 Oktober

18.10.2020 - Shah Alam, Selangor dijangka mengalami cuaca hujan dan ribut petir bermula esok sehingga Sabtu ini, 24 Oktober.

Laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) memklumkan keadaan itu diramalkan berlaku di satu dua tempat membabitkan Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Hujan dan ribut petir dijangka pada waktu pagi dan petang.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/selangor-diramal-hujan-ribut-petir-bermula-esok-hingga-24-oktober/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
JMM/POCGN(O)/BK-27B
Ruj. kami: JMM.APL15/442/19 JId (61)/(54)
Dikeluarkan pada pukul 2:14 pagi, 18 Oktober 2020

MAKLUMAT GEMPA BUMI

Satu gempa bumi sederhana telah berlaku dengan maklumat parameter berikut:

Waktu Kejadian : 1:55 pagi, 18 Oktober 2020
Koordinat : 2.9° Selatan 100.7° Timur
Lokasi : Selatan Sumatera, Indonesia
Magnitud : 5.2 skala Richter
Jarak : 193km Barat Laut dari Bengkulu,Indonesia
Kedalaman : 32 km

Penilaian : Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Fenomena Air Pasang - 12 Rumah Di Kuala Selangor Di Naiki Air

18.10.2020 - Shah Alam, Air pasang besar setinggi 5.8 meter pagi tadi menyebabkan 12 rumah di Kuala Selangor dinaiki air separas betis, kata Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor. Pegawai operasinya berkata lima rumah terkesan di Kampung Sungai Janggut, tiga di Bagan Sungai Janggut dan empat di Jalan Yunos, Sungai Sembilang.

“Bagaimanapun semua mangsa tidak dipindahkan kerana air mulai surut namun kita tetap menyediakan pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Tambak Jawa. Bagi mengepam keluar air itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengaktifkan pam di kawasan terjejas,” kata Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir kepada SelangorKini hari ini.

Beliau menambah kawasan persisir pantai daerah Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang masih terkawal walaupun berlaku limpahan.

“JKR (Jabatan Kerja Raya) dengan JPS akan membaiki ban terjejas serta menambah baik kerja naik taraf jalan bagi memastikan aliran air lancar. Hanya ban di Kampung Nelayan, Pelabuhan Klang mengalami runtuhan kecil dan akan dibaiki segera,” katanya.

Bermula semalam hingga esok, air pasang dijangka melanda Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam antara jam 6 hingga 7.30 pagi. Data ramalan Pusat Hidrografi Nasional menjangka kejadian kali ini tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/fenomena-air-pasang-12-rumah-di-kuala-selangor-dinaiki-air/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Amaran Air Pasang Besar

Terdapat pembentukan awan hujan berskala lebat di Sumatera yang di jangka ke arah P.Indah, P.Carey, Selat Klang, Port Klang, Kapar, Meru, Setia Alam, Puncak Alam, Sungai Buluh, Shah Alam, Ttdi-Subang, Pj, Damansara, Keong, Selayang, Gombak, Hulu Klang, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang, Puchong, Dengkil, Semenyih selepas tengah malam ini. Ribut petir atau hujan dijangka ke subuh. Morib, Bagan Lalang, Klia, Putrajaya dan KL turut ribut petir, PD, Lukut dan Seremban berpotensi turut hujan.

Air pasang besar pada pagi esok dan 20/10/20. Fenomena air pasang besar berlaku pada 17-19 Okt 2020.

Screenshot-3018.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
PEMANTAUAN AIR PASANG SURUT KAWASAN PENTADBIRAN IPD KUALA SELANGOR

Kuala Selangor, 18 Oktober 2020 - Pemantauan air pasang surut telah dijalankan oleh pihak IPD Kuala Selangor di Pasir Penambang, Bagan Sg Yu, Kg. Kuantan, Bagan Pasir, Bagan Sg.Kajang Lama, Pantai Sg.Kajang, Pantai Jeram, Pantai Remis, Jeti Sungai Janggut, Jeti Sungai Sembilang serta kawasan-kawasan yang berisiko.

Orang awam yang terlibat dinasihati berpindah apabila diarahkan, membuat laporan polis, simpan dokumen penting ditempat yang selamat, tutup semua peralatan elektrik dan punca eletrik untuk elak berlaku renjatan elektrik, elak kanak-kanak bermain air banjir, maklum Ketua Kampung jika ada permasalahan, hubungi pihak Polis jika perlu bantuan pemindahan.

Screenshot-3020.jpg
Screenshot-3019.jpg

Screenshot-3021.jpg
Screenshot-3022.jpg

Screenshot-3023.jpg
Screenshot-3024.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Air Laut Pasang Besar Rekod Paras Tertinggi Dalam Tempoh 20 Tahun

18.10.2020 - Shah Alam, Fenomena air laut pasang besar di Selangor setakat hari ini direkodkan tertinggi sejak 20 tahun lepas, apabila mencatat bacaan ketinggian paras air laut 5.8 meter, pada 6.50 pagi tadi. Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir berkata fenomena lazim berlaku setiap tahun melanda lima daerah di negeri itu bagaimanapun tidak melibatkan pemindahan penduduk ke pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 11 pagi tadi.

"Berlaku limpahan kecil air di kawasan penempatan berhampiran pantai di lima daerah iaitu Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang pagi tadi namun kini ia sudah mulai surut.

"Di Kuala Selangor berlaku kejadian hakisan ban dan benteng di Kampung Sungai Janggut, Jeram dan beberapa rumah telah dimasuki air sehingga paras betis akibat limpahan air laut.

"Hanya sedikit limpahan kecil juga dikesan melepasi ban atau benteng di kawasan Bagan Pasir Tanjung Karang, jalan masuk Apartment Budiman, rekreasi pantai Sungai Kajang, Jalan Sungai Dungun, Kampung Tok Adam, Bagan Sungai Janggut, Kampung Bagan Sungai Kajang, Jeti Nelayan Sungai Kajang, Pekan Sungai Buloh Sasaran dan Jalan Taman Senangin Sasaran di sekitar daerah ini," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Muhammad Izzat Haziq berkata terdapat runtuhan kecil di Ban Kampung Nelayan Telok Gong, Pelabuhan Klang, Klang dan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran negeri akan melaksanakan pembaikan dalam kadar segera.

"Beberapa kawasan di daerah itu turut dikesan mengalami limpahan air iaitu antaranya kawasan Ban Sungai Keramat Kampung Batu 4, Ban Batu 7 (Kampung Sementa), Kampung Tok Muda, Pengkalan Nelayan Batu 7 Kampung Sementa, Pengkalan Nelayan Kampung Sementa, Jalan Banting Pandamaran, Pengkalan Sungai Udang Kampung Baru Telok Gong dan Kampung Tradisi dan Kampung Pendamar," katanya.

Muhammad Izzat Haziq berkata cuaca yang cerah dan ketiadaan hujan antara faktor yang menyebabkan fenomena air laut pasang di lima daerah tersebut dalam keadaan terkawal. Fenomena air laut pasang besar yang melanda pesisir pantai di lima daerah di Selangor bermula semalam hingga esok, serta diramal berlaku pada 15 dan 16 Nov.

Screenshot-3032.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1891119
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Amaran Cuaca Peringkat Waspada Di Sabah Esok & Selasa

18.10.2020 - Kuala Lumpur, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di Sabah pada esok dan Selasa (20 Okt). Dalam kenyataan MetMalaysia malam ini, jabatan itu memaklumkan bahawa kawasan berkenaan termasuk bahagian pantai barat Sabah, Sandakan (Daerah Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1891250
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Amaran Ribut Petir
Dikeluarkan pada: 9:00 malam, 18 Oktober 2020

I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kelantan (Machang dan Pasir Puteh) • Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu) sehingga 11:00 malam; Ahad, 18 Oktober 2020.
II) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong) dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) sehingga 1:00 pagi; Isnin, 19 Oktober 2020.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Gempa Bumi Sederhana Landa Selatan Sumatera, Indonesia

19.10.2020 - Kuala Lumpur, Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada pukul 3.31 petang tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku kira-kira 220 kilometer Barat dari Bengkulu, Indonesia pada kedalaman 10 kilometer. Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1891532

Screenshot-3051.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Amaran Cuaca (Waspada) - Dikeluarkan pada: 12:40 tengah hari, 19 Oktober 2020

Hujan lebat dijangka berlaku di negeri Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat • Labuan sehingga Selasa, 20 Oktober 2020.


Amaran Ribut Petir - Dikeluarkan pada: 6:15 petang, 19 Oktober 2020

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Muallim) • Pahang (Raub, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) • Selangor (Hulu Selangor) • Johor (Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi) sehingga 9:00 malam; Isnin, 19 Oktober 2020.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register