Info Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Air Pasang Besar - Penduduk Kuala Selangor Di Nasihat Jaga Keselamatan

16.10.2020 - Shah Alam, Penduduk Kuala Selangor perlu sentiasa berwaspada dengan fenomena air pasang besar kedua yang dijangka melanda daerah itu esok. Pegawai Daerahnya Mohd Faizal Abdul Raji berkata orang awam dinasihat menjauhi kawasan pesisir pantai yang berisiko dinaiki air.

“Oleh kerana amaran (air pasang besar) sudah dikeluarkan Unit Pengurusan Bencana Negeri, kita berharap penduduk terus mengambil langkah berjaga-jaga dan menitiberatkan aspek keselamatan, nyawa serta harta benda. Sekiranya diarah berpindah ke pusat pemindahan sementara, penduduk perlu mematuhi arahan tersebut bagi memastikan tiada perkara buruk terjadi,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Faizal turut memberi jaminan bantuan makanan dan minuman akan disalurkan segera kepada penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan.

“Berdasarkan pengalaman lalu, insiden benteng pecah menjejaskan beberapa penempatan sahaja tetapi penduduk memilih untuk tinggal di rumah saudara terdekat sementara keadaan kembali pulih. Bagaimanapun, kita tetap bersedia untuk menyalurkan bantuan makanan kepada mereka,” katanya lagi.

Fenomena tersebut dijangka melanda Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam pada 17 hingga 19 Oktober. Data ramalan Pusat Hidrografi Nasional menjangka kejadian kali ini tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/air-pasang-besar-penduduk-kuala-selangor-dinasihat-jaga-keselamatan/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Air Pasang Besar - 52 Kawasan Di Lima Daerah Berisiko Banjir

16.10.2020 - Shah Alam, Sebanyak 52 kawasan di lima daerah di Selangor berisiko tinggi mengalami banjir akibat fenomena air pasang besar gelombang kedua pada Sabtu hingga Isnin depan. Menurut kenyataan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang dikeluarkan pada 3 September, daerah yang terkesan ialah Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Pada 17 hingga 19 Oktober ini, kawasan terlibat akan mengalami gelombang kedua fenomena dan paras air laut dijangka pada tahap maksimum iaitu 5.8 meter. Air pasang besar pertama kali berlaku pada 19 hingga 20 September lalu dan gelombang ketiga dijangka berlaku pada 15 hingga 16 November depan.

3.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/air-pasang-besar-16-kawasan-di-5-daerah-berisiko-banjir/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Air Pasang Besar - MB Ingatkan Penduduk Elak Aktiviti Pantai Sabtu Hingga Isnin

16.10.2020 - Shah Alam, Dato’ Menteri Besar sekali lagi mengingatkan penduduk lima daerah negeri ini mengelak aktiviti pesisir pantai pada Sabtu hingga Isnin depan susulan fenomena air pasang besar. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata penduduk perlu bersedia berdepan sebarang kemungkinan kerana limpahan air boleh menyebabkan banjir di kawasan berhampiran laut.

“Paras air laut sekitar Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam dijangka pada tahap maksimum iaitu 5.8 meter.

“Justeru, kepada mereka berhampiran kawasan pesisiran pantai khususnya di lima daerah ini harus berhati-hati, elakkan aktiviti tepi pantai dan bersedia dengan sebarang kemungkinan yang wujud,” katanya menerusi rakaman video.

Unit Pengurusan Bencana Negeri menjangka fenomena antara 17 hingga 19 Oktober itu berlaku pada jam 6 hingga 7.30 pagi.

15-768x768.jpg


Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/air...uduk-elak-aktiviti-pantai-sabtu-hingga-isnin/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Fenomena Air Pasang - Limpahan Berlaku, Tiada Penduduk Terjejas

17.10.2020 - Shah Alam, Paras air laut meningkat dari kebiasaan pagi ini akibat fenomen air pasang namun semuanya terkawal, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor. Penolong pengarah operasi berkata limpahan air berlaku di beberapa kawasan antaranya Kuala Langat, Kuala Selangor dan Tanjong Karang tetapi tidak menjejaskan penduduk.

“Air naik sedikit ke permukaan jalan serta halaman rumah tetapi tiada penduduk yang dipindahkan. Paras air tertinggi direkodkan pagi ini ialah 5.7 meter. Semua anggota bersedia dari jam 4.30 pagi bagi memastikan sebarang aktiviti kecemasn dapat ditangani dengan lancar,” kata Hafisham Mohd Noor kepada SelangorKini.

Fenomena air pasang dijangka melanda Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam bermula hari ini hingga Isnin depan antara jam 6 hingga 7.30 pagi. Data ramalan Pusat Hidrografi Nasional menjangka kejadian kali ini tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/fenomena-air-pasang-limpahan-berlaku-tiada-penduduk-terjejas/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Gempa Bumi Sederhana Landa Selatan Sumatera, Tiada Ancaman Tsunami

17.10.2020 - Shah Alam, Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda selatan Sumatera, Indonesia pada 8.36 pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku kira-kira 232 kilometer (km) tenggara dari Siberut, Indonesia pada kedalaman 89km. Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gempa-768x480.png


Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/gempa-bumi-sederhana-landa-selatan-sumatera-tiada-ancaman-tsunami/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Fenomena Air Laut Pasang Besar Di Pesisir Pantai Selangor Terkawal - Unit Bencana

17.10.2020 - Shah Alam, Fenomena air laut pasang besar yang melanda pesisir pantai Selangor hari ini dilaporkan terkawal dan tiada sebarang limpahan air berlaku sehingga mengakibatkan kejadian banjir serius.

Pegawai Operasi Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) Selangor Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir berkata setakat 11 pagi tadi, hanya halaman dua buah rumah di Kampung Sungai Janggut, Kuala Selangor dilaporkan dinaiki air akibat limpahan air laut kira-kira 6.11 pagi, bagaimanapun air telah surut sekitar 7 pagi.

Katanya Jeti Pulau Ketam, Klang turut dinaiki air bagi tempoh sama namun keadaan tersebut juga kembali reda.

“Hari ini hanya ada limpahan kecil air (berhampiran pantai) dan tiada kes yang serius melibatkan petempatan penduduk di kesemua kawasan sekitar daerah Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kuala Langat dan Sepang,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Fenomena air pasang besar dengan ketinggian air laut boleh mencecah hingga 5.8 meter, diramal melanda pesisir pantai di lima daerah di Selangor bermula hari ini hingga Isnin depan, serta 15 dan 16 November depan.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/uni...ng-besar-di-pesisir-pantai-selangor-terkawal/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Air Pasang Besar Di Morib Terkawal, Limpahan Hanya Di Taman Harmoni

17.10.2020 - Shah Alam, Fenomena air laut pasang besar yang melanda di pesisir pantai hari ini menyebabkan limpahan air di atas jalan sekitar Taman Harmoni, Morib. Ahli Dewan Negeri (ADN) Morib bagaimanapun berkata keadaan tersebut adalah terkawal dan kebiasaannya akan surut dalam tempoh sejam.

“Kawasan dijangka terjejas bermula dari Pantai Morib sehingga ke Pantai Kelanang dan perumahan Taman Harmoni terletak paling dekat dengan kawasan pantai iaitu kira-kira 200 meter. Kita bersyukur kerana kawasan berhampiran perumahan masih banyak hutan bakau, jadi sekurang-kurangnya ia sedikit terlindung daripada menerima limpahan air yang banyak,” kata Hasnul Baharuddin kepada SelangorKini hari ini.

Beliau turut mengingatkan penduduk yang tinggal di kawasan rendah sentiasa bersedia dengan limpahan air laut sekiranya berlaku hujan lebat.

Sebanyak 52 kawasan di lima daerah, Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam berisiko tinggi mengalami banjir akibat fenomena air pasang besar gelombang kedua bermula hari ini hingga Isnin dengan jangkaan paras air laut pada tahap maksimum iaitu 5.8 meter. Air pasang besar pertama kali berlaku pada 19 hingga 20 September dan gelombang ketiga dijangka berlaku pada 15 hingga 16 November depan.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/air-pasang-besar-di-morib-terkawal-limpahan-hanya-di-taman-harmoni/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Air Pasang Naik Lagi, Banjir Kilat Sekitar Pelabuhan Klang

18.10.2020 - Shah Alam, Air pasang pada paras 5.8 meter direkodkan hari ini, lebih tinggi berbanding semalam, kata ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang. Mohd Naim Mohd Nasir berkata susulan kejadian antara jam 6.30 hingga 6.50 pagi tadi beberapa kawasan perumahan sekitar Pandamaran dan Telok Gong dinaiki air.

“Semalam air pasang setinggi 5.7 meter. Bagaimanapun penduduk tetap tidak dipindahkan memandangkan air kembali surut dalam masa singkat. Pantauan bomba akan diteruskan pagi esok dan kita harap cuaca baik supaya air melimpah tidak banyak hingga boleh menyebabkan banjir dalam tempoh lama,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Bermula semalam hingga esok, air pasang dijangka melanda Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam antara jam 6 hingga 7.30 pagi. Data ramalan Pusat Hidrografi Nasional menjangka kejadian kali ini tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/air-pasang-naik-lagi-banjir-kilat-sekitar-pelabuhan-klang/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register