Info Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2020

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,094
Reaction score
1,653
Points
206
Air pasang besar: Situasi terkawal di lima daerah
MUHAMMAD AMINNURALIFF | | 20 September 2020

830297.jpg

Antara keadaan lokasi berhampiran dengan pantai yang terlibat dengan fenomena air pasang besar.
A
A
SHAH ALAM - Jabatan Pengairan Saliran sudah membaik pulih dan mengukuhkan ban serta benteng yang pecah Kuala Langat, melibatkan Pantai Morib, Kampung Sawah dan Pantai Kelanang Jumaat lalu.

Unit Pengurusan Bencana Negeri Selangor menerusi kenyataan bagaimanapun memaklumkan pemantauan di lima daerah yang terlibat dalam fenomena air pasang besar dalam keadaan terkawal.

Menurut kenyataan itu, bacaan Jadual air pasang besar di Pelabuhan Klang berada pada ketinggian paras laut iaitu 5.6 meter pada jam 7.53 pagi tadi.

830298.jpg

Antara keadaan lokasi berhampiran dengan pantai yang terlibat dengan fenomena air pasang besar.
"Empat buah rumah di Kampung Sungai Janggut, Kuala Selangor dinaiki air akibat limpahan air laut.

"Pusat Pemindahan berdekatan di SK Tambak Jawa bersiap sedia bagi menempatkan mangsa yang terkesan banjir sahaja dan pada masa sama JPS telah meletakkan satu Unit Pam (5 cusec) berhampiran parit keluar di pejabat Lembaga Zakat Selangor, Kampung Sungai Janggut, Jeram untuk mengepam keluar air laut yang melimpah.

"Lain-lain kawasan hanya sedikit limpahan kecil dikesan melepasi ban serta benteng iaitu di kawasan Medan Muara Ikan Bakar Jeram, Pantai Remis, Sungai Sembilang, Apartment Warisan Sungai Sembilang, Sasaran Sungai Buloh, Jeti Sungai Janggut, Jalan Utama Klang - Telok Intan (Pasir Penambang).

"Ban serta benteng di pesisir pantai kukuh dan dalam keadaan baik," katanya.

Kenyataan itu memberitahu, di kawasan Klang pula antara yang terlibat ialah ban Sungai Keramat Kampung Batu 4, Ban Batu 7 (Kampung Sementa), Kampung. Tok Muda, Pengkalan Nelayan Batu 7 Kampung Sementa, Pengkalan Nelayan Kampung Delek, Jalan Banting Pandamaran, Pengkalan Sungai Udang Kampung Baru Telok Gong, Kampung Tradisi dan Kampung Pendamar.

"Terdapat tiga buah rumah di kawasan Kampung Pendamar telah terkesan dinaiki air akibat limpahan air laut, kawasan penempatan dinaiki air pasang mulai surut beransur ansur manakala ban serta benteng di pesisir pantai kukuh dan dalam keadaan baik," katanya.

830296.jpg

Antara keadaan lokasi berhampiran dengan pantai yang terlibat dengan fenomena air pasang besar.
Tambahnya, untuk kawasan Sabak Bernam pula terdapat beberapa kawasan yang didapati hanya sedikit limpahan kecil dikesan melepasi ban serta benteng.

"Kawasan berkenaan ialah Bagan Sekinchan, Pantai Batu 23, Sungai Haji Dorani, Bagan Sungai Besar, Bagan Nakhoda Omar, Sungai Burung, Parit Baru Baruh, Kampung Baru dan Sungai Nibong," kata kenyataan itu.

Kawasan lain yang terjejas ialah Sepang membabitkan kawasan Jeti Sepang Kecil, Jeti Wak Sempoh, Pintu Air Bagan Lalang dan Kampung Orang Asli Bagan Lalang.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...-pasang-besar-Situasi-terkawal-di-lima-daerah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,042
Reaction score
153
Points
33
Ribut landa Bangi, Dengkil

ANGGOTA bomba memotong pokok tumbang akibat hujan lebat serta angin kencang di sekitar Jalan P10 Kawasan Perusahaan Bangi, Kampung Desa Putra Dengkil, sungai Merab dan Jenderam Hilir, Selangor, hari ini. FOTO Ihsan Bomba


Kuala Lumpur: Hujan lebat disertai angin kencang lebih satu jam mengakibatkan puluhan pokok tumbang menghempap beberapa kereta serta bumbung rumah di sekitar kawasan Bangi, Dengkil dan Jenderam, Selangor.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Bomba Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam bermula kira-kira jam 4 petang tadi.

"Sebaik menerima laporan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, BBP Bangi, BBP KLIA, BBP Kajang dan BBP Serdang dikejarkan ke lokasi.

"Antara lokasi yang dilanda bencana adalah Jalan P10 Kawasan Perusahaan Bangi, Kampung Desa Putra Dengkil, Sungai Merab dan Jenderam Hilir," katanya tadi.

Beliau berkata, ada di antara pokok tumbang itu terkena pada bumbung rumah serta kereta yang diletakkan di kawasan perumahan.

"Kami juga ada menerima laporan beberapa kenderaan serta bumbung rumah rosak akibat dihempap pokok tumbang.

"Kerja-kerja pemotongan serta pengalihan pokok tumbang di lokasi-lokasi berkenaan giat dijalankan sebaik kami tiba di lokasi.

Tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu," katanya.

Difahamkan hujan lebat serta angin kencang yang melanda di kawasan sekitar Lembah Klang bermula kira-kira jam 3 petang tadi turut menyebabkan beberapa kawasan turut mengalami banjir kilat termasuk di Serdang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 7:53 PM


== hmetro
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
5,422 Pusat Penempatan Sementara Sedia Tampung 1.5 Juta Mangsa Banjir

02.10.2020 - Alor Gajah, Sebanyak 5,422 pusat penempatan sementara (PPS) sedia menampung seramai 1,554,713 mangsa banjir di seluruh negara jika bencana tersebut berlaku pada satu-satu masa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata bagaimanapun sepanjang pengalaman kerajaan mengendalikan bencana banjir di seluruh negara terutama di kawasan yang sering banjir pada hujung tahun, hanya maksimum 500,000 mangsa ditempatkan di sebahagian PPS berkenaan.

“Kita tak perlu tambah PPS kerana kita ada PPS yang boleh kita guna pakai. Kalau kita luluskan tatacara operasi piawai (SOP) (berkaitan Covid-19) yang kita sedang cadangkan di peringkat jawatankuasa teknikal, bila diluluskan, saya pasti PPS yang ada sekarang ini mencukupi (untuk tampung mangsa banjir).

“Cuma kalau satu tempat boleh kendalikan 100 orang (mangsa banjir), mungkin pusat itu kita akan kurangkan kepada 50 orang dan pusat-pusat (PPS) yang kita tak gunakan dahulu (akan digunakan),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pengurusan Bencana baru-baru ini dan wakil agensi yang terlibat telah bersetuju untuk berganding bahu bagi menangani sebarang kemungkinan.

“(Antara yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut seperti) PPS dengan kelengkapan-kelengkapan tertentu kita dah buat perolehan dan kita telah semak barangan yang perlu dibeli dan ditempatkan di PPS untuk kita lebih bersedia.

“(Selain itu) terdapat lebih 4,000 pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (di seluruh negara) dengan aset-aset yang kita boleh gerak dan selaraskan penggunaannya dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PIlihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lepas jelas menunjukkan sokongan rakyat negeri itu terhadap kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

“Apa yang mereka (rakyat Sabah) mahu lihat adalah kesamaan ataupun (kerajaan negeri) yang selari dengan pembangunan di peringkat Persekutuan,” katanya.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/542...mentara-sedia-tampung-1-5-juta-mangsa-banjir/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Amaran Ribut Petir
Dikeluarkan pada: 10:45 pagi, 2 Oktober 2020

I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri PerlisKedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau PinangPerak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Manjung, Bagan Datuk dan Hilir Perak) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) • WP Kuala LumpurWP Putrajaya sehingga 2:00 petang; Jumaat, 2 Oktober 2020.

II) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sabah: Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga 12:00 tengah hari; Jumaat, 2 Oktober 2020.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Bomba Buat Persiapan Hadapi Banjir Dalam Norma Baharu

02.10.2020 - Kuala Lumpur, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melakukan persiapan rapi bagi menghadapi musim tengkujuh dalam norma baharu, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ismail Abd Mutalib.

Beliau berkata persiapan, khususnya dalam aspek sanitasi di Pusat Pemindahan Sementara untuk mangsa banjir, perlu dilakukan bagi mengelak berlakunya penularan Covid-19.

“Mesyuarat dengan Majlis Keselamatan Negara juga dilakukan bagi memastikan semua agensi penyelamat bersedia serta mampu memberikan khidmat kepada masyarakat,” katanya ketika mengulas mengenai persiapan menghadapi banjir semasa Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku pada awal November tahun ini hingga Mac tahun depan.

Ditemui media selepas sambutan Hari Inovasi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan 2020, Ismail berkata kementeriannya menerusi JBPM telah melakukan sebanyak 10,172 proses sanitasi awam di seluruh negara.

Pada majlis itu, kumpulan Pelita daripada JBPM Terengganu menggondol Anugerah Inovasi Menteri menerusi projek yang dinamakan Multifunction Resque Tools (M.R.T) iaitu bagasi yang mempunyai pelbagai jenis peralatan menyelamat.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/bomba-buat-persiapan-hadapi-banjir-dalam-norma-baharu/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Notis Penutupan Semua Laluan Pendakian Gunung Dan Aktiviti di dalam Hutan Simpan Kekal dibawah Pentadbiran Jabatan Hutan Negeri Perak.

Screenshot-2971.jpg
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,520
Reaction score
3,678
Points
236
Lebih 1,000 Anggota Bomba Siapsedia Hadapi Air Pasang Besar

12.10.2020 - Kuala Lumpur, Lebih 1,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sedia digerakkan sebagai persediaan berdepan fenomena air pasang besar kedua, Sabtu ini. Penolong Pengarah Operasinya Hafisham Mohd Noor berkata antara balai terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Langat, Klang dan Sepang.

“Fenomena ini diramal berlaku pada 17 hingga 19 Oktober, oleh itu dalam tempoh tiga ke empat hari sebelum kejadian, kami akan memantau cuaca dan lokasi yang berisiko banjir kilat. Selain itu, anggota bomba juga menjalani latihan pengendalian bot sepanjang bencana berlaku,” katanya ketika dihubungi.

Fenomena air pasang besar kedua dijangka melanda Sepang, Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam dengan ketinggian aras air sekitar 5.7 hingga 5.8 meter. Data ramalan Pusat Hidrografi Nasional menjangka fenomena kali ini tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/lebih-1000-anggota-bomba-siap-sedia-hadapi-air-pasang-besar/
 
Sponsored Post
Top
Log in Register