Info Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2020

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
Banjir kilat: Tiga pusat pemindahan sementara dibuka

banjir2_1599958027.jpg


KUALA KANGSAR: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka sejak tengah malam tadi, susulan banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di daerah ini selepas hujan tanpa henti sejak petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata seramai 104 individu dari 20 keluarga yang terjejas dipindahkan, membabitkan tiga kampung iaitu Kampung Talang Hulu, Kampung Talang Hilir, dan Kampung Lembah di Padang Rengas.

Katanya, setakat jam 7.30 pagi tadi PPS yang dibuka adalah di asrama kediaman Kolej RISDA, Padang Rengas membabitkan tujuh kelurga manakala Dewan Orang Ramai (DOR) Kampung Stor juga menempatkan tujuh keluarga penduduk Kampung Talang Hulu.

Selain itu PPS dibuka di DOR Kampung Talang Masjid yang membabitkan enam keluarga dari kampung Talang Hilir.

"Panggilan diterima sejak jam 10.09 malam tadi membabitkan rumah dinaiki air sehingga paras satu meter di Kampung Lembah sebelum pusat pemindahan dibuka jam 12.10 tengah malam tadi.

"Sejak malam tadi lagi, air kelihatan mula surut selain hujan sudah berhenti namun pemantauan masih dijalankan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Beliau berkata, banjir turut melanda kawasan lain di daerah itu khususnya di kawasan Manong namun tidak membabitkan pembukaan PPS.


== bharian
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
Banjir kilat di Kulim

ANGGOTA APM Kulim memantau rumah penduduk kampung yang terjejas akibat banjir kilat. FOTO Ihsan APM.


Kulim: Hujan lebat sejak petang semalam menyebabkan paras air di Sungai Kob, di sini meningkat mengakibatkan banjir kilat di lima kawasan di daerah itu.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kulim, Leftenan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata, kejadian banjir kilat itu membabitkan 50 rumah terdiri dari 200 mangsa.

Beliau berkata, antara kawasan terjejas termasuk di Perumahan Awam Karangan, Kampung Bonggol Penyengat, Kampung Baru Sungai Kob, Kampung Padang Limau dan Kampung Padang Janggus.

"Hujan lebat sejak 6.30 petang semalam mengakibatkan paras air Sungai Kob naik, malah jambatan yang menjadi laluan utama di situ turut tenggelam.

"Berdasarkan pemantauan anggota kami, aliran air Sungai Kob didapati bergerak perlahan namun semakin meningkat disebabkan keadaan hujan renyai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Mohd Fadhil berkata, seramai 20 anggota APM Kulim sudah diarahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan tugas pemantauan dan membantu mangsa.

Menurutnya, selain APM, Pejabat Daerah dan Tanah Kulim serta PDRM turut terbabit untuk membantu penduduk kampung yang terjejas.

Katanya, pihaknya akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa walaupun air surut kerana bimbang air akan naik semula sekiranya hujan lebat.


== hmetro
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
23,078
Reaction score
3,583
Points
236
Amaran Ribut Petir
Dikeluarkan pada: 11:35 pagi, 14 September 2020

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri PerlisKedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau PinangPerak (Kerian) • Selangor (Klang, Kuala Langat dan Sepang) • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau) • Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah sehingga 2:00 petang; Isnin, 14 September 2020.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
23,078
Reaction score
3,583
Points
236
Air Pasang Besar - MPK Tempatkan Anggota 24 Jam

14.09.2020 - Shah Alam, Majlis Perbandaran Klang (MPK) bersiap sedia menghadapi fenomena air pasang besar yang dijangka melanda 11 kawasan di daerah ini. Timbalan pengarah penguat kuasa berkata pihaknya menempatkan anggota di kawasan terlibat yang bertugas 24 jam dengan tiga waktu giliran membabitkan dua pasukan, lapor Sinar Harian.

“Kawasan terlibat ialah Kampung Tok Muda, Sungai Pinang Pulau Indah, Pandamaran, Pelabuhan Klang, Kampung Sungai Serdang, Ban Sementa, Ban Sungai Keramat, Kampung Perempat, Pelabuhan Utara, Telok Gong dan Pulau Ketam,” kata Sharul Hazri Abdul Majid.

Beliau menjelaskan setakat ini empat pusat pemindahan disediakan bagi menghadapi fenomena tersebut yang boleh dihubungi melalui talian 03-3371 6700. Pusat berkenaan ialah Dewan Serbaguna Kampung Sungai Serdang, Sekolah Rendah Agama Kampung Batu 4 Jalan Kapar, Dewan Kompleks Sukan Pandamaran dan Dewan Serbaguna MPK Pelabuhan Klang. Fenomena diramal berlaku pada 19 dan 20 September, 17 sehingga 19 Oktober serta 15 dan 16 November dengan ketinggian paras air laut mencecah 5.8 meter.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/09/air-pasang-besar-mpk-tempatkan-anggota-24-jam/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
23,078
Reaction score
3,583
Points
236
Jalan Ke Ulu Baram Runtuh, 20,000 Ppenduduk Terjejas

14.09.2020 - Miri, Kira-kira 20,000 penduduk yang mendiami lebih 30 kampung, dari Kampung Pilah hingga ke Bario, di sini, terputus hubungan apabila jalan perhubungan utama ke Ulu Baram, antara Long Pilah dan Long Miri runtuh. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Miri, Law Poh Kiong berkata, kejadian dilaporkan penduduk di kawasan terbabit pada 5 petang semalam.

"Runtuhan berlaku di Kilometer 10, Jalan Lapok berhampiran dengan kawasan Long Pilah dan Long Miri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Law berkata, punca runtuhan masih dalam siasatan, namun kejadian berlaku ketika hujan. Justeru, beliau menasihati mereka yang dalam perjalanan ke Ulu Baram untuk berwaspada.


Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/620423/jalan-ke-ulu-baram-runtuh-20000-penduduk-terjejas
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
23,078
Reaction score
3,583
Points
236
Amaran Hujan Lebat Di Sarawak, Sabah

14.09.2020 - Kuala Lumpur, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa tempat di Sarawak dan Sabah. MetMalaysia dalam kenyataan hari ini, memaklumkan hujan lebat dijangka melibatkan beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Kapit (Song) sehingga esok. Sementara di Sabah, hujan lebat dijangka sehingga Rabu ini di beberapa kawasan termasuk pedalaman Kuala Penyu dan Beaufort, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) serta Kudat, dan Labuan.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/542602
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
23,078
Reaction score
3,583
Points
236
Amaran Ribut Petir - Di Keluarkan Pada: 11:50 pagi, 16 September 2020

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri PerlisKedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang dan Sik) • Pahang (Rompin) • Sarawak: Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang sehingga 3:00 petang; Rabu, 16 September 2020.

AmaranRibutPetir.jpg
 

hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
1,870
Reaction score
139
Points
33
119843211_391337098933974_7311344660018296092_n.jpg


119388517_391337132267304_9196505690533952631_n.jpg


FENOMENA AIR PASANG BESAR | Elak Aktiviti Pantai Di Klang Bermula Hari Ini

Bermula hari ini, orang ramai diminta mengelak melakukan sebarang aktiviti riadah sepanjang pantai di Klang, Selangor ekoran fenomena air pasang besar.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register