Info Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2020

CG Sponsors




Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Amaran Ribut Petir - Di Keluarkan pada: 11:45 pagi, 31 Julai 2020

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis - Kedah (Kubang Pasu, Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian) • Sabah: Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga 3:00 petang; Jumaat, 31 Julai 2020.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI PERTAMA
Dikeluarkan pada: 1:00 tengah hari, 31 Julai 2020

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA

AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Pahang • East Johor • Perak • Pulau Pinang • Perlis & Kedah • Sabah Barat • Sabah Timur • Lahad Datu sehingga 5:00 petang; Jumaat, 31 Julai 2020. Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN

1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang barat berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Phuket • Samui • Condore • Reef North • Layang-Layang • Palawan • Labuan sehingga Selasa, 4 Ogos 2020.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

2) AMARAN RIBUT PETIR

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan timur Phuket • Selat Melaka Utara • timur Samui • Tioman • Condore • utara Reef South • Reef North • Layang-Layang • Palawan • Labuan • Sulu • Sulawesi sehingga 5:00 petang; Jumaat, 31 Julai 2020.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Gempa bumi lemah 3.3 skala Richter landa Semporna

15.08.2020 - Kuala Lumpur, Satu gempa bumi lemah berukuran 3.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Semporna, Sabah pada 10.01 pagi tadi.

Dalam kenyataannya di sini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gempa berlaku pada kedalaman 10 kilometer, kira-kira 14 km barat dari Semporna, Sabah.

Jabatan itu juga berkata berdasarkan penilaian awal, gegaran mungkin turut dirasai penduduk.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Fazizul Hizam Borhan ketika dihubungi berkata pihaknya juga tidak menerima sebarang laporan berhubung gegaran akibat gempa.

Bagaimanapun tinjauan Bernama mendapati segelintir penduduk di beberapa kawasan di daerah Kunak dan Lahad Datu memberitahu mereka merasai gegaran berkenaan.

Seorang penduduk Lahad Datu, Ardy Amat berkata dia dapat merasai gegaran itu yang berlaku kira-kira lima saat ketika berada di Dewan Plasma MPOB.

“Saya sedang berdiri ketika gegaran itu berlaku, tetapi saya ingat itu cuma perasaan saya sahaja, tetapi sebaik laporan (Jabatan) Meteorologi keluar, saya rasa betul itu gegaran gempa
bumi,” katanya.

Penduduk Kunak, Muhd Aiman Aziz juga mengaku merasai gegaran itu.

“Rasa gegaran dalam beberapa saat sahaja, tapi tidak kuat,” katanya, menambah ketika kejadian dia sedang menonton televisyen.

staticmap-960x600.png


Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/gempa-bumi-lemah-3-3-skala-richter-landa-semporna/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Amaran Ribut Petir
Dikeluarkan pada: 11:30 malam, 25 Ogos 2020

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Kapit, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) • Labuan sehingga 2:00 pagi; Rabu, 26 Ogos 2020.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Gempa Sederhana Landa Selat Sunda, Indonesia

26.08.2020 - Shah Alam, Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di Selat Sunda, Indonesia pada 7.27 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya menyebut gempa itu berlaku di kedudukan 191 kilometer barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia pada kedalaman 72 kilometer. Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/gempa-bumi-sederhana-landa-selat-sunda-indonesia
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Amaran Ribut Petir
Dikeluarkan pada: 3:30 petang, 26 Ogos 2020

I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin) • Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat) • WP Kuala LumpurNegeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) • Johor (Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) • Sarawak: Kapit (Bukit Mabong) • Sabah: Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) sehingga 5:00 petang; Rabu, 26 Ogos 2020.
II) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) • WP PutrajayaNegeri Sembilan (Port Dickson) sehingga 7:00 malam; Rabu, 26 Ogos 2020.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Selangor Di Ramal Hujan, Ribut Petir Esok

31.08.2020 - Shah Alam, Beberapa tempat di Selangor diramal mengalami hujan serta ribut petir pada sebelah pagi dan petang sempena ulang tahun kemerdekaan esok. Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan turut menjangka keadaan itu berlaku di beberapa negeri lain.

“Hujan dan ribut petir turut diramal di satu dua tempat di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak (Kuching, Samarahan, Sri Aman dan Betong) dan Sabah (Kudat, Sandakan, Tawau dan Labuan) pada waktu pagi.

“Di sebelah petang pula hujan dan ribut petir diramal di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah,” maklum kenyataan itu.

MET Malaysia turut menjangka hujan pada waktu petang di beberapa tempat di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak (bahagian Bintulu, Miri dan Limbang), Labuan dan Sabah (bahagian pantai barat, pedalaman dan Sandakan).

Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/selangor-diramal-hujan-ribut-petir-esok/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Amaran Ribut Petir - Di Keluarkan pada: 11:00 pagi, 31 Ogos 2020

I) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perlis • Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda) • Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut) • Selangor (Sepang) • WP Putrajaya • Negeri Sembilan (Port Dickson) • Melaka sehingga 1:00 tengah hari; Isnin, 31 Ogos 2020.

II) Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang) • Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat • Labuan sehingga 2:00 petang; Isnin, 31 Ogos 2020.

Sumber asal http://www.met.gov.my/data/IWR30002.html
 

aim02Aug

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2011
Messages
6,559
Reaction score
707
Points
121
xde org minat discuss banjir kl ke?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register