Info Kemaskini Cuaca - Hujan, Ribut, Banjir & Bencana Alam 2020

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
metlogo_ms.png

Sila klik mana-mana pautan dibawah untuk maklumat lanjut;

Maklumat Gempa Bumi Terkini di http://www.met.gov.my/data/IWR31004.html
Maklumat Ribut Petir di http://www.met.gov.my/data/AmaranRibutPetir.jpg
Maklumat Angin Kencang & Laut Bergelora di http://www.met.gov.my/data/AmaranAnginKencangLaut.jpg
Maklumat Hujan Lebat Berterusan di http://www.met.gov.my/data/AmaranHujanLebat.jpg
Maklumat Siklon Tropika di http://www.met.gov.my/data/IWR30003.html

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperoleh dari laman rasmi.

Rujukan Tambahan; Tinjauan Jangka Panjang April 2020 - September 2020
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Cuaca Panas, Kering Landa Malaysia Sehingga Mac

05.01.2020 - Shah Alam, Malaysia kini berada pada fasa kedua Monsun Timur Laut dengan kurang taburan hujan yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas sehingga hujung Mac.

Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan cuaca kering terutamanya di utara negeri Semenanjung iaitu Kedah, Perlis dan Perak selain Kelantan dan Terengganu.

Menurut kenyataan itu, keadaan hujan mulai berkurangan di utara Kedah dan Perlis apabila beberapa kawasan tidak menerima hujan selama dua minggu.

"Dua negeri ini juga dijangka menerima defisit hujan antara 20 hingga 40 peratus berbanding jumlah biasa.

"Pada bulan Februari, situasi sama dijangka akan turut merangkumi Pulau Pinang, Perak Utara, utara Kelantan dan utara Terengganu serta di timur Sabah.

"Bagi negeri lain seperti Melaka dan Negeri Sembilan, walaupun dijangka akan menerima jumlah hujan yang biasa namun Februari merupakan bulan yang sememangnya kurang hujan," katanya.

Dalam kenyataan sama, MET Malaysia menerima maklumat bahawa jumlah paras air di empangan tertentu mengalami penurunan berbanding kebiasaan.

Menurutnya, pada penghujung Monsun Timur Laut kebiasaannya negara akan mengalami cuaca yang agak panas di kawasan tertentu.

"Orang ramai dinasihatkan untuk menjimatkan penggunaan air, berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar, tidak melakukan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya.

"Dapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MET Malaysia," katanya.

Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...uaca-panas-kering-landa-Malaysia-sehingga-Mac
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Tiga Cedera Gempa 6.4 Magnitud Gegar Xinjiang

20.01.2020 - Kuala Lumpur, Sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang berada dalam keadaan kritikal selepas gempa berukuran 6.4 magnitud melanda Wilayah Autonomi Xinjiang Uygur China pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

Gempa itu melanda daerah Jiashi di wilayah Kashgar pada 9.27 malam Ahad (waktu Beijing), diikuti sekurang-kurangnya lapan gegaran susulan, menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).

Beberapa penduduk di Jiashi berkata mereka merasakan gegaran kuat, terutama yang tinggal di bangunan kediaman bertingkat. Beberapa penduduk keluar meninggalkan rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Mangsa yang cedera termasuk dua kanak-kanak dan diberikan rawatan oleh kakitangan perubatan, kata anggota penyelamat.

Anggota penyelamat telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan kerja-kerja memindahkan penduduk sedang dijalankan di kawasan yang terjejas.

Sembilan perkhidmatan kereta api penumpang di zon gempa bumi turut digantung sementara.

Pusat gempa dicatatkan pada 39.83 darjah utara dan 77.21 darjah timur dengan kedalaman 16 km, kata CENC dalam satu kenyataan.

Menurut CENC, satu lagi gempa 5.2 magnitud mengegar bandar Artux, tidak jauh dari Jiashi, pada 10.23 malam Ahad (waktu Beijing). Pusat gempa dicatatkan pada 39.89 darjah utara dan 77.46 darjah timur.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/507749
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Selangor Di Ramal Kembali Hujan Hingga 1 Februari 2020

26.01.2020 - Shah Alam, Setelah dilanda cuaca panas berlarutan, Selangor diramal mengalami hujan ribut petir bermula esok (27 Januari) sehingga 1 Februari ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

Melalui portalnya, keadaan itu dijangka berlaku di Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Keadaan mendung dan ribut petir berlaku bermula pada waktu pagi di beberapa lokasi.

Orang ramai boleh melayari laman web www.met.gov.my untuk mendapatkan maklumat terbaru mengenai keadaan cuaca semasa di negeri ini.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/01/selangor-diramal-kembali-hujan-hingga-1-februari/
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Amaran Ribut Petir Di Sabah & Sarawak

27.01.2020 - Kuala Lumpur, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di Sarawak dan Sabah dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 12 tengah malam esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia malam ini, kawasan yang dijangka terjejas di Sarawak ialah Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau) dan Kapit (Song).

Di Sabah pula, kawasan terbabit ialah Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran).

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/508522
 
Last edited:

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,008
Reaction score
1,068
Points
201
cheras seharian hujan... ni br berenti... alhamdulillah sejuk...
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,487
Reaction score
3,409
Points
236
Makluman Penting - Ujian Sistem Amaran Awal Tsunami

Dimaklumkan bahawa Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) pada 30/01/2020 (Khamis) sekitar jam 09.00 pagi sehingga 05.00 petang di Kota Belud, Sabah.

Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. MMD akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan.
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register