Xploit Machine
CG Top Poster Club

- Messages
- 43,637
Top Poster #3
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 43,637
- Reaction score
- 5,299
- Points
- 516
- Awards
- 1
BTR 2023 (Bantuan Tunai Rakyat) - Permohonan / Semakan / Bayaran
Berita gembira untuk rakyat Malaysia, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan telahpun mengumumkan bahawasanya pihak kerajaan akan memberi bantuan dalam bentuk tunai kepada rakyat. Perkara ini telah diumumkan semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat pada 20 Disember 2022 (Sesi Pagi). Apa itu BTR? Bagaimanakah permohonan dan semakan Bantuan Tunai Rakyat? Bilakah tarikh serta jumlah bayaran Fasa 1 2023?
APA ITU BTR
BTR adalah ringkasan untuk Bantuan Tunai Rakyat yang telah diperkenalkan oleh PM semasa perbentangan Bajet Mini Kerajaan Perpaduan 2023. BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM. Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ini kerana pihak kerajaan perpaduan telah mengambil kira beban yang sedang ditanggung rakyat saat ini dan juga untuk keperluan akibat bencana musim tengkujuh. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion. Untuk makluman anda, Bantuan Tunai Rakyat sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan lebih awal pada Januari tahun 2023.
TARIKH BAYARAN BTR FASA 1 2023
PERKARA | TARIKH |
Tarikh Bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 2023 | Januari 2023 |
JUMLAH BAYARAN BTR FASA 1 2023
Buat masa ini seperti yang diumumkan oleh PM, Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100. (Segala pindaan akan dikemaskini apabila rasmi diumumkan).
PERMOHONAN & SEMAKAN BTR
Untuk maklumat terkini, kerajaan belum lagi memaklumkan sebarang cara memohon Bantuan Tunai Rakyat ini. Hal ini kerana, bantuan ini baharu sahaja diumumkan oleh PM ke-10. Namun begitu, jika dilihat kesemua permohonan bantuan kerajaan Malaysia sebelum ini iaitu BKM, BPR & BSH, permohonan boleh dilakukan melalui atas talian (online) dan juga disediakan borang. Sebelum ini, permohonan Bantuan Keluarga Malaysia boleh di mohon di pautan : https://bkm.hasil.gov.my/ dan sekiranya pihak kerajaan telah mengubah pautan tersebut kepada https://btr.hasil.gov.my kemaskini terbaru akan dipapar di topik ini.