BTC USD 97,622.9 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Belanjawan 2025

Subsidi Pembelian Motosikal Elektrik CKD Akan Di Teruskan Pada Tahun Hadapan

Pada Belanjawan 2024, kerajaan Malaysia telah mengumumkan Skim Galakan Penggunaan Motosikal CKD (dibangunkan secara tempatan) dengan subsidi sebanyak RM2400 untuk membolehkan orang ramai untuk membeli motosikal elektrik pada harga yang lebih mampu-milik.

Screenshot-2024-10-18-174037-950x419.png.webp


Pada pembentangan Belanjawan tahun ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa skim tersebut akan diteruskan dengan peruntukan RM10 juta lagi untuk menambah jumlah penggunaan motosikal elektrik di negara ini.

Ini berikutan pengumuman bahawa Perodua kini sedang membangunkan sebuah kereta elektrik yang akan tampil dengan tanda harga dibawah RM100 ribu, sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh ramai rakyat Malaysia, khususnya apabila semua kereta elektrik yang dijual sekarang tampil dengan tanda harga lebih tinggi daripada nilai tersebut.​
 
Sponsored Post

Peruntukan RM50 Juta Untuk Pendidikan AI & UM Gunakan AI Menentang Kanser

Belanjawan 2025 memberikan peruntungan RM50 juta untuk meluaskan pendidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI) ke semua universiti pendidikan. Ini ialah peningkatan berbanding RM20 juta tahun lalu. Universiti Malaya sebagai contoh akan menumpukan kajian menggunakan AI dalam perubatan bagi menentang penyakit maut seperti kanser misalnya.

Belanjawan-Kecerdasan-Buatan-950x535.jpg.webp


Universiti Putra Malaysia pula akan menubuhkan Pusat Teknologi dan Pengurusan Kriptologi Malaysia dengan kerjasama NACSA bagi menyusul AI pengkomputeran kuantum sebagai persiapan berdepan dengan ancaman keselamatan siber. Di samping itu Universiti Sains Malaysia menelusuri AI semikonduktor selari dengan aspirasi negara sebagai hub semikonduktor dunia menerusi kerjasama Intel dan Infineon. Selain itu Universiti Kebangsaan Malaysia menerajui penggunaan AI untuk melakukan alih bahasa dalam usaha mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

UPM-Kuantum-950x535.jpg.webp


Dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) ditingkatkan kepada RM600 juta di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Akhir sekali Kumpulan Wang Amanah Malaysia Science Endowment (MSE) turut disediakan dana RM70 juta untuk menyediakan geran padanan untuk badan swasta dan industri memacu program R&D.​
 
Pas My50 Akan Di Teruskan Untuk 2025, Infrastruktur Pengangkutan Awam Akan Di Perbaiki

Salah satu kemudahan yang banyak dimanfaatkan oleh segenap lapisan rakyat Malaysia di Lembah Klang ialah pas bulanan My50 yang membolehkan rakyat Malaysia untuk menggunakan kad pengenalan mereka sebagai sebuah pas untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti bas RapidKL, perkhidmatan tren LRT, MRT dan Monorail.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2025, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa subsidi Pas My50 ini akan diteruskan untuk tahun hadapan, yang dijangka akan memanfaatkan lebih dari 180 ribu pengguna perkhidmatan pengangkutan awam di Lembah Klang.

RapidKL-my50-A-950x950.jpg.webp


Dalam pada itu, perkhidmatan bas henti-henti terus disokong dengan peruntukan lebih RM270 juta dan setiap bandar utama di semua negeri akan dipastikan dapat menerima manfaat ini.

Bukan itu sahaja, RM10 juta juga akan dilaburkan untuk menambahkan capaian di sekitar Lembah Klang dengan menambahkan lorong bas khas di Jalan Ipoh, Jalan Cheras dan Jalan Gombak sepanjang 47 kilometer. 100 hentian bas di Lembah Klang juga akan ditambah-baik, melibatkan kerjasama GLC dan badan swasta bagi meningkatkan tahap keselamatan dan keselesaan pengguna perkhidmatan bas awam.​
 
Prasarana Telah Memulakan Proses Perolehan Bas Elektrik & Gerabak Tren Penumpang

Salah satu penambahbaikan yang selalu diminta oleh rakyat Malaysia ialah untuk perkhidmatan pengangkutan awam, khususnya bas awam dan juga perkhidmatan KTM dan LRT.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2025, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Prasarana, syarikat pengendali perkhidmatan awam tempatan telah memulakan proses perolehan kenderaan pengangkutan awam, khususnya bas dan juga tren.

RapidKL-Monorel-Bas-LRT-MRT-BRT-950x534.jpg.webp

Beliau berkata bahawa pada tahun ini, Prasarana sudahpun memperoleh 250 bas elektrik untuk digunakan di seluruh negara yang akan dimanfaatkan kelak, dan sudah memulakan proses perolehan 12 gerabak tren untuk perkhidmatan KTMB. Nampaknya pada tahun hadapan juga, sebanyak 50 gerabak tren lagi akan diperoleh secara pajakan melalui kerjasama kerajaan Malaysia bersama-sama dengan negara China.

Penambahan capaian di sekitar Lembah Klang dengan menambahkan lorong bas khas di Jalan Ipoh, Jalan Cheras dan Jalan Gombak sepanjang 47 kilometer juga telah dirancang pada tahun hadapan.​
 
UiTM Dapat Peruntukan RM20 Juta Untuk Memperkasakan Industri E&E

Dalam perbentangan Belanjawan 2025, Universiti Teknologi Mara (UiTM) turut menerima peruntukan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan inisiatif khas untuk melahirkan lebih ramai tenaga jurutera dan saintis dalam sektor Elektrik dan Elektronik (E&E). Ia dianggap menjadi keutamaan terutamanya dalam memastikan Bumiputera tidak ketinggalan dalam semikonduktor dan eksport E&E. Di samping bantu membangunkan lagi industri semikonduktor yang kin merupakan sumber startegik negara.

Belanjawan-UITM-EE-950x535.jpg.webp


Dalam perkembangan yang sama, peruntukan RM50 juta untuk meluaskan pendidikan berkaitan kecerdasan buatan (AI) ke semua universiti pendidikan turut diberikan. Ia boleh dikatakan peningkatan lebih banyak berbanding RM20 juta tahun lalu. Antara universiti awam yang menjadi pemangkin kecerdasan buatan (AI) setakat ini adalah seperti Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.​
 
RM220 Juta Untuk Pertingkat Capaian Internet Universiti, Sekolah & Pusat NADI

Capaian internet di Malaysia masih belum boleh dikatakan sempurna disebabkan pelbagai faktor kos. Menerusi Belanjawan 2025, kerajaan memberikan dana RM220 juta kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meningkatkan kualiti pelbagai

Belanjawan-2025-SKMM-capaian-intermet-950x535.jpg.webp


Dana RM120 juta adalah untuk menambah baik capaian internet di universiti awam, sekolah, kem-kem tentera dan institusi MARA. Sementara itu baki RM100 juta pula disediakan oleh SKMM untuk tempoh 5 tahun bagi memperkasa fungsi Pusat NADI di seluruh negara sebagai platform komuniti meningkatkan pendapatan melalui aktiviti keusahawanan dalam talian.​
 
RM20 Juta Untuk Pembangunan Industri ESukan

Kejayaan Selangor Red Giants (SRG)
menjuarai kejohanan Mid-Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 tempoh hari bukan sahaja mencipta sejarah buat pasukan Malaysia. Malahan membuka mata ramai pihak serta mampu mengubah persepsi ramai pihak terhadap dunia e-sukan.

SRG-1-950x633.jpg.webp


Sehubungan itu kerajaan hari ini bersetuju menyediakan 20 juta ringgit dalam memperkasakan ekosistem e-sukan yang meliputi pembangunan bakat serta naik taraf arena e-sukan. Pengumuman ini boleh dianggap menarik memandangkan dana untuk pembangunakn esukan kini dikembalikan selepas disertakan bersama pembangunan permainan video dalam perbentangan belanjawan tahun lalu.​
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register