BTC USD 97,513.5 Gold USD 2,882.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kemaskini Belanjawan 2025

Jalan Raya Akan Di Lengkapi Lampu Isyarat Pintar & Pengesan Berat Kenderaan Masa Nyata

Bagi mempertingkatkan lagi infrastruktur Jalan Persekutuan di seluruh negara, kerajaan memberikan peruntukan RM175 juta bagi memasang lampu-lampu jalan baharu dan lampu isyarat pintar. Ini hanyalah sebahagian daripada peruntukan penyelenggaraan jalan bagi memberikan keutamaan mengurangkan kemalangan disebabkan oleh keadaan jalan yang tidak selamat.

Belanjawan-jalan-Raya-lampu-pintar-950x535.jpg.webp


Turut diumumkan ialah RM 2.8 bilion untuk menyelenggara Jalan Persekutuan. Sebanyak RM 1 bilion pula dikhaskan untuk membaiki jalan bukan utama seperti jalan sekunder, jalan FELDA dan jalan industri serta jalan yang rosak akibat banjir. Sementara itu untuk jalan-jalan negeri, RM 5.5 bilion ringgit dana Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalanraya Malaysia (MARRIS) disediakan.

RM30 juta turut disediakan untuk terus memanfaatkan peranan 115 Jurutera Daerah sebagai barisan hadapan dalam menyegerakan penurapan Jalan Persekutuan yang berlubang. Akhir sekali kerajaan bersetuju memasang sistem High Speed Weight in Motion di lokasi-lokasi terpilih bagi mengekang nahas jalan raya disebabkan kenderaan lebih muatan.

Sistem ini boleh mengesan berat kenderaan secara masa nyata tanpa ia perlu berhenti. Pada sistem yang digunakan di negara luar, ia boleh mengesan berat kenderaan yang bergerak dalam julat kelajuan 3-130 km/j. Pada awal tahun ini Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya mengatakan pembangunan sistem High Speed Weight in Motion sudahpun berada dalam proses akhir.​
 
Sponsored Post

Potongan Cukai Akan Di Perkenalkan Untuk Pembudayaan Aturan Kerja Fleksibel

Salah satu aspek pekerjaan yang sangat ditekankan oleh para pekerja moden ialah budaya work-life balance ataupun kerja dan kehidupan yang seimbang, yang diantaranya terdiri daripada membenarkan para pekerja memanfaatkan aturan kerja fleksibel ataupun Flexible Working Arrangement (FWA).

Walaupun struktur FWA ini diperkenalkan sejak 1 Januari 2014 ke 31 Disember 2016 dan 1 Julai 2020 ke 31 Disember 2022 oleh Talent Corporation Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa satu kemaskini baru akan diperkenalkanj bermula 1 Januari 2025 sehingga 31 Disember 2027.

alejandro-escamilla-3-unsplash-950x633.jpg.webp


Untuk membantu golongan pekerja di Malaysia untuk membudayakan keseimbangan kerja dan hidup ini, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mencadangkan untuk memperkenalkan potongan cukai 50 peratus untuk syarikat ke atas perbelanjaan kos pembangunan kapasiti dan perolehan perisian yang ditanggung oleh majikan dalam melaksanakan pengaturan kerja fleksibel seperti bekerja dari rumah.

Bukan itu sahaja, potongah cukai 50 peratus juga akan dicadangkan untuk pemberian kemudahan cuti penjagaan tambahan berbayar oleh majikan sehingga 12 bulan kepada pekerja yang menjaga anak dan juga ahli keluarga yang sakit ataupun memerlukan penjagaan.

Cadangan Talent Corporation Malaysia ialah untuk kos perbelanjaan dan pembangunan kapasiti untuk aturan kerja FWA ini dihadkan sehingga RM500 ribu secara one-off ataupun untuk sekali sahaja dan akan ditentusahkan oleh Talent Corporation Malaysia apabila mereka menerima permohonan kelak.​
 
Potongan Cukai Khas Untuk IPTS Yang Bangunkan Kursus AI, Robotik, IOT, Sains Data, Teknologi Kewangan

Pada Belanjawan 2025 hari ini, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengumumkan potongan cukai khas kepada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang membangunkan kursus baharu melibatkan arena teknologi digital, termasuk melibatkan kecerdasan buatan (AI), robotik, internet kebendaan (IoT), sains data, teknologi kewangan (Fintech) dan juga teknologi mampan. Langkah ini adalah selari dengan usaha kerajaan untuk menyediakan pekerjaan berpendapatan tinggi kepada rakyat. Selain untuk IPTS, kerajaan juga sedia memfokuskan pembangunan pelbagai kursus baharu selari permintaan pasaran melalui institusi pengajian tinggi awam.​
 
Dana NFOF Akan Di Perkenalkan Untuk Menyokong Pelaburan Modal Teroka Pada Tahun Hadapan

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2025, Menteri Kewangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut mengumumkan bahawa sebuah dana baru yang dinamakan National Fund-of-Funds (NFoF) akan diperkenalkan dibawah Khazanah Nasional Berhad yang akan dibangunkan pada tahun depan dengan dana sebanyak RM1.0 bilion. NFoF ini akan menyokong pengurus dana modal teroka (venture capitalist) dengan pelaburan dalam syarikat mula niaga dengan RM300 juta bermula tahun 2025. Dalam pada itu, Kumpulan Wang Persaraan juga akan menyediakan RM1.0 bilion untuk menyokong industri yang sama, dengan pelaburan sebanyak RM200 juta ditetapkan untuk tahun hadapan juga. Cradle Fund juga akan diperuntukkan dengan RM65 juta membantu syarikat mula niaga berpotensi untuk berkembang ke peringkat serantau dan global. Ini juga termasuk geran padanan bernilai RM15 juta sebagai galakan untuk GLC bekerjasama dengan syarikat mula niaga melalui ikhtiar modal teroka korporat.​
 
Khazanah & KWAP Akan Melaburkan Sehingga RM1 Bilion Untuk Pembangunan Sektor Teknologi Tempatan

Seperti yang sedia maklum, Malaysia merupakan salah satu negara-negara paling penting di dunia berkenaan logistik pengeluaran cip semikonduktor, dengan syarikat-syarikat seperti Intel, AMD, Micron dan sebagainya menggunakan khidmat syarikat dan pekerja tempatan untuk bungkusan dan ujian komponen-komponen penting ini. Sewaktu pembentangan Belanjawan 2025, Menteri Kewangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa untuk membangunkan lagi sektor semikonduktor tempatan, Khazanah Nasional Berhad akan menyediakan RM1.0 bilion untuk menerajui pelaburan yang menyokong pembangunan industri semikonduktor tempatan. Kumpulan Wang Persaraan juga akan menyediakan RM500 juta pada tahun depan untuk membangunkan sektor-sektor teknologi yang sedang meningkat permintaannya, termasuklah pusat data, peralihan tenaga dan pembuatan canggih.​
 
Perodua Bakal Perkenal Kereta Elektrik Bawah RM100k

Ketika Belanjawan 2025 hari ini, Perdana Menteri mengumumkan syarikat pengeluar kenderaan tempatan, Perodua bakal hadir dengan kereta elektrik tersendiri, dan ditawarkan pada harga RM100,000. Ini sekaligus akan menjadikan ia antara kenderaan elektrik pada harga mampu-milik di pasaran, membawa kepada lebih ramai beralih ke kereta elektrik. Informasi lanjut berkenaan dengan kereta elektrik Perodua tidak diketahui lagi, dan mungkin dikongsikan dalam bulan-bulan akan datang. Selain Perodua, untuk tahun ini, Proton bakal melancarkan kereta elektrik pertama mereka, Proton e.MAS7. Kereta berkenaan telah pun dipertontonkan, dan informasi berkenaan kenderaan tersebut diumumkan sedikit demi sedikit. Harga jualan dan sebagainya dijangka akan dikongsikan pada penghujung tahun ini – dan melalui pengumuman Belanjawan 2025 ini, kita boleh sahkan Proton e.MAS7 akan berharga lebih RM100k.​
 
Semua UTC Akan Di Lengkapi Sistem Mengambil Nombor Secara Atas Talian

Era perlu beratur di awal pagi untuk mengambil nombor di Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan berakhir dalam masa terdekat. Dalam pembentangan Belanjawan 2025 sebentar tadi, Perdana Menteri mengumumkan sistem pengurusan penggiliran akan diperkenalkan di semua UTC membolehkan orang ramai mengambil nombor secara atas talian sebelum pergi ke lokasi.

UTC-logo-950x535.jpg.webp


Tiada maklumat mengenai lokasi UTC terawal yang akan menggunakan sistem pengurusan ini serta garis masa ia akan diperkenalkan. Yang pasti ia adalah satu ciri yang telah kama diminta oleh orang ramai kerana adalah tidak masuk kita masih perlu beratur untuk nombor seperti zaman pra-internet. Pada waktu yang sama kerajaan akan membina sebuah lagi UTC baharu Seberang Perai, Pulau Pinang.​
 
Peruntukan RM20 Juta Untuk Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC)

Belanjawan 2025
yang dibentangkan turut mendedahkan bahawa lebih 380 juta ringgit transaksi mencurigakan berjaya disekat dalam membendung jenayah scam di Malaysia. Namun disebalik itu masih masih ramai yang menjadi mangsa penipuan dalam talian. Lanjutan itu, peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) terus diperhebatkan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Selain itu sebuah Portal Fraud Kebangsaan turut telah diluncurkan sebagai ikhtiar memerangi penipuan dalam talian. Seterusnya memudahkan pengesanan transaksi mencurikan secara automatik.

Belanjawan-2025-NSrc-950x495.jpg.webp


Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian akan digubal bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab dalam meningkatkan tahap keselamatan khususnya melibatkan kanak-kanak. Begitu juga dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) yang diberi tambahan jawatan seramai 100 orang melalui tambahan peruntukan 10 juta ringgit.​
 
RUU Kredit Pengguna Akan Di Bentang Bagi Kawal Selia BNPL

Undang-undang kredit pengguna (RUU Kredit Pengguna)
akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang. Ia bertujuan untuk mengawal selia aktiviti dalam talian khususnya melibatkan perniagaan yang berurusan dengan pengantara kewangan. Seterusnya memastikan kestabilan dan pertumbuhan kewangan yang lebih baik. Perkara itu telah diumumkan dalam perbentangan belanjawan 2025 sebentar tadi.

B2025_1-950x543.jpg.webp


Selain daripada itu, sebuah Lembaga Pemantauan Kredit Pengguna turut akan ditubuhkan bagi mengawal selia serta mengawasi penyedia kredit bukan bank. Ini termasuklah perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) dalam memastikan mereka menjalankan tanggungjawabnya sebagai pihak yang bertanggungjawab demi kebaikan pengguna.​
 
Kadar Gaji Miniumum Di Tingkatkan Kepada RM1,700 Berkuat-kuasa 1 Februari 2025

Pada Belanjawan 2025 hari ini, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minumum sedia ada RM1,500 sebulan, kepada RM1,700 sebulan. Perubahan ini adakan berkuat-kuasa 1 Februari 2025. Buat fasa awal, penangguhan akan diberikan kepada majikan dengan kurang lima pekerja, bagi tempoh 6 bulan, dan berkuat-kuasa 1 Ogos 2025. Kerajaan menyatakan penstrukturan ekonomi hanya berjaya apabila rakyat meraih gaji dan upah yang bermakna dalam menjalani hidup dengan lebih selesa.​
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register