Covid-19 Kemaskini Aplikasi Pergerakan PKP - COVID19

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
ok dah boleh kemaskini dan tunggu 5 hari bekerja untuk kelulusan (untuk ketiga3 operator) ..

Screenshot-20200731-091712.jpg
Screenshot-20200731-091726.jpg
Screenshot-20200731-091743.jpg
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Bagaimana Menebus Kredit Dompet Digital RM50 Program e-Penjana ?

Sebelum ini, kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dalam usaha merangsang dan memulihkan ekonomi negara yang terkesan akibat daripada wabak pandemik COVID-19. Difahamkan, pelan ini membabitkan peruntukkan sebanyak RM35 billion serta mempunyai tiga teras utama iaitu memperkasa rakyat, melonjak perniagaan dan merangsang ekonomi. Salah satu inisiatif yang diambil di bawah pelan ini adalah pengenalan program kredit e-Penjana.


Apakah Program Kredit e-Penjana?


epenjana_01-950x633.jpg

Program ini melibatkan peruntukan bernilai RM750 juta dan seramai 15 juta rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada program ini. Kerajaan memberikan kredit dompet digital sebanyak RM50 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui dompet digital yang mengambil bahagian. Sebagai tambahan, kredit ini turut dipadankan dengan tambahan RM50 yang tersedia dalam bentuk rebat tunai, baucar atau mata ganjaran sepanjang tempoh program.


Siapakah Penyedia E-Dompet Yang Mengambil Bahagian?

Terdapat tiga penyedia e-dompet terkemuka yang mengambil bahagian iaitu Touch n’ Go, GrabPay dan Boost. Penebusan boleh dibuat bermula hari ini sehingga 24 September 2020. Proses pengesahan untuk penebusan akan mengambil masa sehingga 5 hari sebelum RM50 ini dikreditkan di dalam akaun dompet digital masing-masing.


epenjana_06-950x633.jpg

Perlu diingatkan, kredit yang berjaya ditebus adalah sah digunakan sehingga 30 September 2020 sahaja. Sebarang baki daripada kredit tersebut yang tidak digunakan melebihi tarikh tersebut, akan dikeluarkan secara automatik dan dikembalikan kepada kerajaan semula. Mesra diingatkan, anda hanya boleh menebus SEKALI SAHAJA menerusi salah satu penyedia dompet digital yang mengambil bahagian.


Apakah Syarat Kelayakan Untuk program kredit e-Penjana?

Bagi melayakkan anda menerima manfaat daripada program ini, terdapat beberapa garis panduan dan syarat kelayakan. Antaranya seperti :

  • Syarat utama, anda mestilah warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang 18 tahun pada tahun ini
  • Mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 – berdasarkan rekod terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan akaun aplikasi e-dompet yang mengambil bahagian dengan butiran yang tepat


Bagaimana Cara Untuk Menebus?

Aplikasi 1 – Touch n’ Go e-Wallet


epenjana_02-950x633.jpg

Pada aplikasi ini anda akan menerima kredit RM50 berserta pelbagai promosi dan ganjaran menarik lebih dari RM300. Melaluinya, anda boleh berbelanja di lebih 220,000 rakan kongsi mereka di seluruh negara yang menerima penggunaan Touch ‘n Go eWallet seperti 7-Eleven, Tesco, Watsons dan banyak lagi. Anda juga boleh menggunakannya untuk pelbagai servis lain seperti pembayaran tol. Cara penebusannya adalah seperti berikut :
  • Langkah 1: Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera dan kemas kini aplikasi Touch n’ Go e-Wallet dengan versi terkini
  • Langkah 2 : Buka aplikasi → klik pada kotak program e-Penjana di halaman utama aplikasi
  • Langkah 3 : Tandakan (/) pada terma dan syarat → klik butang ‘Claim Now
  • Langkah 4 : Sahkan akaun terlebih dahulu → Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan → Klik butang ‘Submit’
  • Langkah 5 : Setelah selesai, butiran anda akan diproses dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja. Andai kata berjaya, anda akan menerima satu notifikasi yang menyatakan permohonan anda telah diluluskan.
Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Touch n’ Go


Aplikasi 2 – GrabPay


epenjana_05-950x633.jpg

Pada aplikasi ini pula, anda akan menerima kredit RM50 dan baucar-baucar ekstra Grab bernilai RM50. Melaluinya, anda boleh menggunakan RM50 e-PENJANA untuk apa-apa transaksi dengan aplikasi GrabPay, terutamanya di kedai-kedai fizikal seluruh negara. Akan tetapi, kredit ini tidak boleh dipindah milik ke akaun lain ataupun ditukar kepada wang tunai.

Selain itu, 7,000 orang penebus terawal yang membelanjakan kredit RM50 dan menggunakan sekurang-kurangnya satu perkhidmatan di aplikasi Grab dalam minggu yang sama, turut berpeluang menerima bonus mingguan berupa baucar bernilai RM75. Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1: Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera & kemas kini aplikasi Grab dengan versi terkini
  • Langkah 2 : Buka aplikasi → klik pada kotak program e-Penjana di halaman utama aplikasi
  • Langkah 3 : Kemudian, klik butang ‘Next’
  • Langkah 4 : Lengkapkan butiran yang diperlukan untuk pengesahan –
  • Langkah 5 : Butiran anda akan diperiksa dan diproses dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja
Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman GrabPay


Aplikasi 3 – Boost


epenjana_03-950x633.jpg

Penyedia e-dompet ketiga adalah Boost. Tebus e-Penjana RM50 dengan Boost untuk menikmati ganjaran tambahan bernilai lebih daripada RM80. Pada masa sama, anda juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik lain. Tinjaun kami menerusi FAQ, anda boleh menggunakan kredit RM50 yang diberikan untuk sebarang transasksi termasuk pembayaran secara dalam atau luar talian, tambah nilai prabayar, membeli baucar dan banyak lagi.

Pun begitu, kredit ini tidak boleh digunakan untuk fungsi derma pada aplikasi. Selain itu, ia juga tidak boleh dipindahkan ke akaun e-dompet lain ataupun ditukar menjadi wang tunai. Cara penebusan adalah seperti berikut :

  • Langkah 1 : Pastikan anda memiliki akaun berdaftar di aplikasi MySejahtera
  • Langkah 2 : Buka aplikasi → klik pada kotak insiatif e-Penjana di halaman utama aplikasi
  • Langkah 3 : Klik pada kotak ‘RM50 ePENJANA’ → anda perlu sahkan butiran akaun terlebih dahulu (termasuk nama penuh & kad pengenalan)
  • Langkah 5 : Setelah selesai, maklumat yang diberikan akan diproses dalam tempoh lima (5) hari masa bekerja.
Untuk terma dan syarat yang lengkap sila ke laman Boost

Akhir kata, pelaksanaan e-Penjana bukan sahaja bantu merancakkan lagi perbelanjaan di kalangan pengguna. Bahkan, ia juga dilihat mengiktiraf aplikasi MySejahtera, Touch ‘n Go eWallet, GrabPay dan Boost. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pengenalan e-penjana juga adalah salah satu usaha dalam menggalakan pembayaran nirtunai, dan pada masa yang sama mengalakkan penggunaan kaedah pembayaran nirtunai di kedai-kedai seluruh negara.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Lindungi Rumah, Keluarga Dengan SELangkah Sempena Aidiladha

31.07.2020 - Shah Alam, Aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) diperluaskan ke kediaman bagi melindungi keluarga terutama warga emas dan kanak-kanak daripada ancaman Covid-19.

Inisiatif susulan sambutan Hari Raya Aidiladha meliputi semua jenis rumah yang boleh didaftar melalui pautan www.selangkah.my dan pengguna bakal menerima kod QR.

“Lindungi ahli keluarga daripada jangkitan Covid-19 dengan daftarkan rumah kampung anda di mana-mana pelusuk Malaysia menggunakan SELangkah.

“Beraya dengan selamat, lindungi keluarga anda,” tulis Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor di Twitter malam tadi.

Sistem pendaftaran keluar masuk premis secara digital itu diumumkan pada 4 Mei lalu untuk pengesanan kontak bagi menangani penularan pandemik Covid-19.

Setakat 31 Mei lalu, aplikasi tersebut mencatat 10.7 juta penggunaan (log in) serta digunakan meluas di Selangor dan negeri lain di Semenanjung Malaysia.



Berita asal https://selangorkini.my/2020/07/lindungi-rumah-keluarga-dengan-selangkah-sempena-aidiladha/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Boost Tambah Ganjaran Bagi ePENJANA Dengan Kempen #KasiTambah

31.07.2020 - Kuala Lumpur, E-dompet tempatan, Boost, melancarkan kempen #KasiTambah bersempena dengan inisiatif ePENJANA, yang mempunyai manfaat dan ganjaran khas menarik serta meluas yang melengkapkan kredit RM50 ePENJANA yang diberikan kerajaan.

Menurut syarikat itu, bagi menuntut kredit RM50 ePENJANA dengan Boost, pengguna perlu melakukan proses pengesahan akaun eKYC (Know Your Customer) serta memuat turun dan menjadi pengguna berdaftar di MySejahteraApp.

“Sepanjang empat bulan lepas, rakyat Malaysia telah menjalani gaya hidup digital yang mana penggunaan e-dompet telah menjadi tabiat pembayaran mereka setiap hari. Kami percaya insentif RM50 ePENJANA akan menggalakkan lagi penggunaan meluas e-dompet dalam kalangan rakyat Malaysia” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Khairil Abdullah.

E-dompet tempatan itu juga berharap dapat memainkan peranan dalam usaha padu untuk membina semula ekonomi Malaysia dan perniagaan tempatan serta merancakkan semula mata pencarian rakyat Malaysia agar lebih kukuh dalam situasi normal baharu ini, katanya.

Insentif RM50 e-PENJANA bermula secara rasmi hari ini dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000 berdasarkan kepada rekod terkini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan menjadi pengguna berdaftar MySejahtera App.

Kempen Boost’s #KasiTambah menawarkan faedah dan ganjaran menarik termasuk peluang membawa pulang kereta Perodua Myvi atau motosikal Yamaha bagi melengkapkan kredit RM50 ePENJANA yang diberikan kerajaan.

Screenshot-2490.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/ekonomi/news.php?id=1866096
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
STFC - Imbas SELangkah Guna Maybank QRPay

07.08.2020 - Shah Alam, Pengguna aplikasi Maybank2U kini boleh mengimbas kod QR Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) menggunakan Maybank QRPay.

Pasukan Petugas Covid-19 Selangor (STFC) berkata perkembangan itu memudahkan urusan pengguna di semua premis.

“Muat turun dan aktifkan Maybank QRPay hari ini juga!” tulisnya di Twitter.

Aplikasi SELangkah yang digunakan di 77,470 premis dimanfaatkan oleh 6.15 juta individu setakat 15 Julai lalu, menghampiri jumlah keseluruhan rakyat Selangor.

Kerajaan mewajibkan pengunaan MySejahtera di setiap premis seluruh negara melalui Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) tetapi membenarkan aplikasi menjejak kontak lain terus digunakan.

Langkah itu susulan Kementerian Kesihatan berdepan masalah mengesan kontak rapat di premis yang tidak mempunyai rekod maklumat pelanggan sekiranya ada kes positif.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/stfc-imbas-selangkah-guna-maybank-qrpay/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Cara Hasilkan Kod QR MySejahtera Check-In

Semalam, kerajaan telah mengumumkan setiap premis adalah diwajibkan untuk mengguna aplikasi MySejahtera. Bagi anda yang belum maklum, pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, untuk mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera. Kod QR ini bukan sahaja boleh digunakan untuk premis perniagaan, malah ia juga sesuai digunakan bagi majlis atau acara yang dijalankan. Ia lebih memudahkan kerana rekod daftar masuk tidak lagi perlu dilakukan secara manual. Oleh itu, di bawah ini kami sediakan beberapa langkah mudah untuk menghasilkan kod QR MySejahtera Check-In.


Cara daftar kod QR MySejahtera Check-In

Untuk mendaftar MySejahtera Check-In, anda perlu melayari laman sesawang MySejahtera Check-In di mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin.

mysejahtera1-1024x910.png


Setelah itu, masukkan nombor telefon atau e-mel yang masih aktif dan tekan pada “Register”. Isi nombor pengesahan OTP atau tekan pada pautan (jika pendaftaran melalui e-mel) yang telah diterima dan tekan pada butang “Submit”.

mysejahtera2.png


Kemudian, isi maklumat yang diperlukan seperti nama perniagaan/majlis, nama, alamat, poskod dan negeri. Seterusnya, tekan butang “Submit”.

mysejahtera3-1024x594.png


Akhir sekali, anda akan menerima janaan kod QR. Selain mencetak secara terus, anda juga boleh mengisi alamat e-mel untuk menerima kod QR tersebut dalam bentuk PDF.


Log Masuk MySejahtera Check-In

Untuk mengemaskini maklumat perniagaan, majlis dan sebagainya, log masuk MySejahtera Check-In melalui mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/signIn.

log-masuk-1024x922.png


Hanya perlu masukkan nombor telefon atau alamat e-mel yang telah didaftar dan tekan butang “Login”. Kemudian, masukkan nombor pengesahan OTP atau tekan pautan yang telah dihantar (jika pendaftaran melalui e-mel). Selain mengemaskini maklumat premis/majlis, anda juga boleh melihat laporan, mencetak janaan kod QR dan mengemaskini kata laluan bagi pendaftaran yang telah dilakukan.

Semoga bermanfaat ..
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
SELangkah Di Perkasa, Fungsi Di Kembangkan

13.08.2020 - Shah Alam, Aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) akan diperkasa berikutan kebolehfungsiannya dikembangkan lagi.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata semua data dan operasi kini dikendalikan Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya, Selgate Corporation.

“Sebelum ini SELangkah dengan datanya di bawah jaminan Kerajaan Negeri tetapi kini data dan operasinya dikendalikan Selgate,” katanya di sini petang semalam.

Terdahulu, Amirudin menyaksikan majlis perjanjian antara Ketua Pegawai Eksekutif Selgate Corporation Noor Hisham Mohd Ghouth dan pengasas aplikasi berkenaan Dr Helmi Zakariah.

Sehingga Julai lalu, SELangkah digunakan kira-kira 7.3 juta pengguna dan diakses sebanyak 69 juta kali. Sistem itu dibangunkan bagi memudahkan penjejakan kontak jika berlaku jangkitan Covid-19.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/selangkah-diperkasa-fungsi-dikembangkan/
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Cara Pindahkan Kredit e-Dompet TnG Ke Dalam Akaun ShopeePay

Dah tuntut e-Dompet RM50 anda? Masih ada baki yang belum dibelanjakan? Apa kata anda pindahkan e-Dompet RM50 itu ke dalam akaun ShopeePay anda bagi memudahkan proses pembelian barangan di Shopee. Di sini dikongsikan cara memindahkan amaun e-Dompet dari aplikasi Touch N Go ke dalam akaun ShopeePay.

1. Buka aplikasi Shopee. Dalam aplikasi Shopee, tap pada ikon Me kemudian tap pada pilihan ShopeePay

shopee-1-524x1024.jpg


2. Kemudian di dalam ShopeePay, pilih ikon Top Up.

shopee-2.jpg


3. Seterusnya dalam ShopeePay Top Up, pilih amaun Top Up di bahagian One-time Top Up yang anda mahukan (sebagai contoh di sini adalah RM20).

shopee-3.jpg


4. Kemudian, tetapkan tetapan Payment sebagai Cash Payment at 7-Eleven (Kena pilih tetapan tersebut).

shopee-4.jpg


Tap pada butang CONFIRM.

5. Selepas pilihan amaun dan tetapan pembayaran ditetapkan, tap pada butang Pay Now.

shopee-5.jpg


6. Selepas tap pada Pay Now, anda akan menerima Transaction ID bagi membuat pembayaran di kedai 7-Eleven. Jadi anda perlu ke kedai 7-E yang terdekat dengan anda.

shopee-6.jpg


7. Seterusnya di 7-E, tunjukkan kod bar tersebut untuk diimbas bagi melengkapkan proses pembayaran. Kod pembayaran tersebut boleh semula diakses di bahagian ShopeePay dalam aplikasi Shopee anda.

shopee-7.jpg


8. Setelah kod bar diimbas, anda maklumkan pada staf kaunter 7-E itu untuk membuat pembayaran tersebut menerusi e-Dompet dari aplikasi Touch N GO.

Jadi, anda buka aplikasi Touch N GO di dalam peranti dan tap pada ikon Pay bagi melengkapkan proses pembayaran.

TNG-1.jpg


9. Kemudian, anda akan menerima Kod QR untuk diimbas oleh staf 7-E. Selepas diimbas, proses pembayaran dari e-Dompet TnG ke akaun ShopeePay anda pun berjaya dilakukan.

TNG-2.jpg


10. Bagi memastikan proses pembayaran berjaya dibuat, anda bolehlah semak semula akaun ShopeePay anda.

Shopee-8.jpg


Selamat mencuba ..
 
Last edited:

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Cara Membuat Pembayaran Di Lazada Menggunakan Touch ‘n Go eWallet

Hujung bulan lalu, kerajaan telah mengumumkan inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA). Melaluinya, setiap pemohon yang layak akan menerima kredit RM50 ePENJANA.

Antara penyedia perkhidmatan e-Dompet yang terpilih bagi melaksanakan inisiatif ini adalah Touch ‘n Go eWallet. Mungkin ada antara anda yang masih belum menggunakan atau tidak tahu apa yang ingin dilakukan dengan kredit itu.

Anda sebenarnya boleh menggunakan kredit RM50 yang telah ditebus dengan membelanjakannya di Lazada. Apa yang perlu dilakukan adalah dengan menambah Touch ‘n Go eWallet sebagai pilihan bayaran. Tidak hanya khusus untuk kredit RM50, ia juga boleh digunakan untuk menikmati pelbagai tawaran yang disediakan dengan kerjasama dua perkhidmatan ini.

Oleh itu, di bawah ini kami sediakan beberapa langkah untuk membuat pembayaran di Lazada dengan menggunakan Touch ‘n Go eWallet.


Pembayaran menggunakan Touch ‘n Go eWallet di Lazada

Masukkan barangan yang dikehendaki ke dalam troli atau cart. Seterusnya, tekan Check Out. Pastikan alamat penghantaran adalah betul dan tekan Place Order.

1111111-768x659.png

Di bahagian cara pembayaran atau Payment methods, pilih Touch ‘n Go eWallet dan tekan pada Topup and Pay untuk ke langkah seterusnya.

2aaaaaaa-e1598001377585.png


step-4.png

Pada bahagian ini, anda boleh memilih untuk menyimpan akaun TNG bagi penggunaan masa akan datang atau sebaliknya. Jika pilihan ini ditandakan, anda tidak lagi perlu mengisi semula maklumat akaun TNG setiap kali menggunakan pembayaran melalui Touch ‘n Go eWallet. Setelah itu, tekan Pay Now.

step-5-768x440.png

Anda akan dihalakan ke pautan Touch ‘n Go dimana log masuk perlu dilakukan dengan mengisi nombor telefon dan pin 6-digit. Tekan Agree And Pay serta masukkan kod OTP yang dihantar ke nombor telefon anda untuk melengkapkan pembayaran melalui Touch ‘n Go eWallet.


Tetapkan pilihan pembayaran

step-6-768x663.png

Setelah pembayaran berjaya dilakukan, maklumat akaun TNG anda telah berjaya disimpan untuk kegunaan akan datang. Anda juga boleh memadam semula akaun pembayaran tersebut pada bila-bila masa dengan menyunting tetapan di Account > My Service > Payment Options.

Semoga bermanfaat ..
 
Last edited:
Sponsored Post
Top
Log in Register