Covid-19 Kemaskini Aplikasi Pergerakan PKP - COVID19

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Portal Saringan Komuniti SELangkah Di Lancar, Perkemas Kesan Kontak

11.12.2020 - Shah Alam, Portal Saringan Komuniti SELangkah dilancarkan bagi memperkemas lagi proses pengesanan kontak dan saringan pantas Covid-19 sekali gus menjadi penyelesaian digital bersepadu pertama di Malaysia. Pengerusi SELangkah Ventures Sdn Bhd Dr Muaz Omar berkata portal itu menawarkan integrasi perantaraan sistem bagi pengesanan kontak, ujian saringan pantas, diagnosis, laporan serta pemantauan yang sebelum ini masih belum disepadukan.

“Proses integrasi terbabit amat penting dalam usaha mengurangkan lambakan ujian khususnya apabila berlaku peningkatan kes mendadak di dalam sesebuah komuniti. Penyelesaian teknologi baharu ini memastikan semua individu berisiko yang sudah dijejaki boleh disaring dan diuji dengan pantas sekali gus membantu melancarkan proses saringan yang sebelum ini perlu dilakukan petugas barisan hadapan dengan sut perlindungan diri,” katanya.

Portal itu dilancarkan pada 2 Disember lalu menerusi program ujian saringan anjuran Kerajaan Negeri yang disasar kepada penduduk di beberapa kawasan perumahan sekitar Meru, Klang. Portal itu mendapat sambutan apabila ketua kampung dan wakil rakyat menghebahkan dan masyarakat menyambut baik dengan melakukan pra-pendaftaran sehari sebelum pelancaran seperti disaran melalui portal terbabit iaitu https://screening.selangkah.my .

Melalui penggunaan penyelesaian digital baharu itu, 44.2 peratus daripada populasi sasaran berjaya disaring dalam masa lima jam dengan keputusannya pula boleh disemak dalam tempoh 24 jam selepas saringan dilakukan. Bagi memastikan keseragaman penyampaian laporan, keputusan ujian dikongsi secara terus dengan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi portal berpusat Sistem Informasi Makmal Kesihatan Awam.

Orang ramai disaran mendaftar dengan SELangkah untuk menerima notifikasi mengenai program saringan percuma anjuran Kerajaan Negeri yang akan dijalankan berhampiran kawasan masing-masing dari semasa ke semasa. Untuk maklumat lanjut mengenai SELangkah, layari www.selangkah.my atau ikuti akaun media sosial rasmi di Facebook (https://www.facebook.com/mySElangkah) dan Twitter (https://twitter.com/selangkah_cvd19).

Berita asal https://selangorkini.my/2020/12/portal-saringan-komuniti-selangkah-dilancar-perkemas-kesan-kontak/
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
MySejahtera Akan Perkenal Ciri Pendaftaran Pengambilan Vaksin COVID-19

Sebelum ini dilaporkan bahawa kerajaan telah membelanjakan wang sebanyak RM2.05 bilion untuk vaksin COVID-19 daripada beberapa syarikat farmaseutikal antarabangsa. Vaksin tersebut dijangka akan diuji dalam masa terdekat, dan akan boleh digunakan untuk mengimunisasi rakyat Malaysia tidak lama selepas itu.

Terkini, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah mengatakan bahawa pengambilan vaksin ini adalah sukarela, dan kerajaan akan menambahkan ciri pendaftaran vaksinasi kepada aplikasi pengesanan kontak MySejahtera untuk memudahkan proses tersebut untuk orang ramai.

Dalam pada itu, beliau juga berkata kerajaan melalui badan-badan berkaitan akan menjejak keberkesanan vaksin ini, dan melihat jika terdapat sebarang kesan sampingan yang negatif sepanjang penggunaannya untuk beberapa tahun.

Selain daripada ciri pendaftaran minat untuk mengambil vaksinasi ini, rakyat Malaysia juga boleh melaporkan tentang apa-apa kesan sampingan yang terjadi kepada mereka akibat pengambilan vaksin ini melalui aplikasi MySejahtera.

Screenshot-3607.jpg

Sumber asal https://www.thevibes.com/articles/n...-for-covid-19-vaccination-on-mysejahtera-soon
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Ismail Nasihat Buat Ujian Swab Covid-19 Sebelum Rentas Negeri

05.01.2021 - Kuala Lumpur, Rakyat Malaysia yang merancang melakukan perjalanan rentas negeri atau daerah digalakkan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum meninggalkan zon merah. Nasihat itu diberikan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hari ini setelah kebenaran untuk melakukan perjalanan rentas negeri dilaporkan mencetuskan kluster baru Covid-19. Ismail meminta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan mereka sebelum kerajaan memutuskan tindakan selanjutnya.

"Kita ada dua pilihan sama ada nak membenarkan rentas daerah atau negeri atau sekat pergerakan seperti dulu. Setakat ni kita benarkan, kita tidak ada sekatan lagi.

Menurut Ismail, Kementerian Kesihatan (KKM) masih membuat penilaian risiko terhadap pergerakan rentas negeri atau daerah terutama di kawasan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

"Walaupun (KKM) mereka sedang mengkaji, saya harap kita rakyat menjaga keselamatan diri dan keluarga. Walaupun dibenarkan setakat ni untuk bergerak bebas, tapi boleh lindungi diri kita dan orang lain. Sebagai contoh, secara sukarela misalnya, membuat ujian saringan swab test," katanya.

Katanya, individu yang merancang untuk meninggalkan Kuala Lumpur bagi memasuki zon merah di Pahang misalnya, boleh menjalani ujian tiga hari sebelum melakukan perjalanan, manakala mereka yang kembali dari kawasan zon merah juga boleh menjalani ujian serupa. Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengaitkan lima kluster baru Covid-19 dengan perjalanan rentas negeri dan daerah setelah aktiviti itu dibenarkan pada 7 Dis lalu.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/557743
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
MySejahtera Kini Memberikan Notifikasi Dan SMS Apabila Di Sahkan Positif Covid-19

Aplikasi MySejahtera ialah aplikasi terbaik 2020 pada hemat kami kerana ia perlu digunakan serta membantu proses mencari kontak rapat sekiranya anda disahkan positif Covid-19. Hari ini aplikasi MySejahtera telah dikemaskini bagi memperkenalkan beberapa ciri yang sepatutnya telah disokong beberapa bulan yang lalu.

Pertama sekali ia kini memberikan notis pemberitahuan dalam bentuk SMS dan juga notifikasi terus pada peranti pintar apabila anda disahkan positif selepas menjalani ujian saringan. Mereka turut akan menerima nasihat serta pelan susulan penilaian kendiri.

Aplikasi MySejahtera juga akan memberi peringatan kpd pengguna positif setiap hari untuk melakukan penilaian pemantauan gejala dalam tempoh 10 hari berturut-turut. Jika pengguna bergejala, maklumat berkenaan akan terus disalurkan ke pusat penilaian COVID-19 dan pengguna akan dihubungi petugas kesihatan untuk penilaian lanjut.

Bagi memperkasakan pengguna yang positif untuk melaporkan sendiri kepada KKM, mereka boleh membuat pelaporan kendiri sekiranya sudah disahkan positif dan sedang menunggu panggilan dari KKM. Selain itu aplikasi MySejahtera juga akan digunakan untuk mendaftarkan minat untuk menerima vaksin Covid-19 tetapi ciri ini masih belum diaktifkan.

Screenshot-3682.jpg

 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,247
Reaction score
1,536
Points
201
Kerajaan berharap pihak polis menggunakan budi bicara dalam memberi kebenaran kepada penduduk yang tinggal di sempadan sesebuah negeri dalam mendapatkan barangan keperluan berdekatan mereka - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
 
Sponsored Post
Top
Log in Register