Covid-19 Kemaskini Aplikasi Pergerakan PKP - COVID19

CG Sponsors

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
SELangkah Kesan Bekas Pesakit Covid-19, Bantu Kerajaan Negeri Salur Bantuan

26.08.2020 - Shah Alam, Aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) kini sedang membantu Kerajaan Selangor mengesan bekas pesakit Covid-19. Pengesanan itu dilakukan apabila orang ramai mengimbas kod QR SELangkah sebelum memasuki premis atau bangunan kerajaan. Tinjauan SelangorKini mendapati, pengguna perlu menjawab soalan ‘Kerajaan Negeri sedang menyampaikan bantuan bagi mangsa Covid-19. Adakah anda pernah disahkan positif Covid-19 bermula 1 Januari 2020?’.

Langkah berkenaan sekali gus membantu Kerajaan Selangor yang kini sedang mencari bekas pesakit wabak itu bagi membolehkan mereka menerima bantuan sebanyak RM1,000. Pada 17 Ogos lalu, EXCO Kesihatan, Dr Siti Mariah Mahmud menyeru supaya lebih ramai bekas pesakit dan ahli keluarga mangsa Covid-19 di negeri ini memohon bantuan khas RM1,000. Bantuan khusus itu boleh didaftar melalui pautan www.selangorprihatin.com.

Sebelum ini, sejumlah RM1.8 juta diperuntukkan kepada mangsa Covid-19 melalui pakej rangsangan yang diumum pada 1 April lalu mengikut beberapa syarat. Antaranya warganegara yang bermaustautin di Selangor lebih lima tahun dan disahkan positif Covid-19 oleh hospital, klinik kesihatan kerajaan atau pusat perubatan berdaftar.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/sel...covid-19-bantu-kerajaan-negeri-salur-bantuan/
 
Sponsored Post

Data Peribadi Pengguna MySejahtera Perlu Di Hapuskan Selepas 6 Bulan PKP Tamat

26.08.2020 - Kuala Lumpur, Pengguna berdaftar aplikasi MySejahtera kini telah mencecah 15.1 juta. Ia merupakan sejumlah data yang besar dan pencerobohan data mungkin akan berlaku jika keselamatan data ini tidak dilindungi sebaiknya.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin dalam sesi soal jawab di Parlimen hari ini berkata, kerajaan dalam proses perbincangan bersama agensi serta pihak berkaitan bagi meminda Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709). Ia berikutan setelah mengambil kira pandangan pelbagai pihak mengenai jaminan perlindungan data peribadi pengguna.

Dalam pada itu, Jabatan Perlindungan Data Peribadi pada 29 Mei lepas telah mengeluarkan tatacara pengendalian pengumpulan, pemprosesan dan penyimpanan data peribadi oleh premis perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Antara yang digariskan termasuk premis perniagaan hanya perlu merekodkan nama, nombor telefon, tarikh serta masa kehadiran pengunjung. Selain itu, setiap perniagaan juga perlu memaparkan notis jelas mengenai tujuan pengumpulan data peribadi, dan tempoh masa penyimpanan data peribadi adalah sehingga selepas enam bulan PKP ditamatkan.

Setiap premis perniagaan mesti memadam atau memusnahkan data peribadi yang diberikan pelanggan secara kekal agar tidak disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1873690
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Seramai 9.9J Pengguna Telah Terima Kredit ePENJANA

Kerajaan pada 31 Julai lalu telah melancarkan program RM750 juta kredit ePENJANA, iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA). Di bawah inisiatif ini, setiap pemohon yang layak akan menerima kredit RM50 ePENJANA. Menerusi sesi soal jawab yang berlangsung di Parlimen hari ini, Timbalan Menteri Kewangan II, YB Mohd Shahar Abdullah berkata sebanyak RM495.4 juta ePENJANA telah dikreditkan kepada 9.9 juta penerima di seluruh negara sehingga 21 Ogos 2020. Bagi anda yang belum memohon kredit RM50 ePENJANA, anda boleh berbuat demikian menerusi salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-Dompet iaitu Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet. Tarikh akhir penebusan adalah pada 24 September 2020. Manakala, tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Selangor Pantas Tangani Covid-19, SELangkah Aplikasi Pertama Jejak Kontak

29.08.2020 - Shah Alam, Selangor proaktif menangani penularan Covid-19 meskipun mencatat bilangan kes tertinggi dalam negara, kata Dato’ Menteri Besar. Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha tersebut dibuat melalui sistem Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) dan penubuhan Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC). “SELangkah merupakan sistem menjejaki kontak rapat pesakit Covid-19 pertama di Malaysia yang sangat praktikal walaupun tanpa telefon pintar dan menghimpun data masuk keluar individu di sesebuah premis.

“Kerajaan Selangor sentiasa menitik beratkan kesejahteraan warganya. Inisiatif sebegini memberi ketenangan jiwa dan minda ketika kita masih diancam Covid-19,” tulisnya di Facebook hari ini.

Inisiatif SELangkah yang diumumkan pada 4 Mei lalu merekod 6.15 juta pengguna setakat 15 Julai, menghampiri jumlah keseluruhan rakyat negeri ini berjumlah 6.5 juta orang. Pengguna juga boleh mendaftar masuk menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) tanpa sebarang caj dengan memasukkan kod kawasan masing-masing. STFC pula diketuai bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bagi memantau, mengawasi serta memberi pendidikan kepada rakyat berkenaan pandemik Covid-19.

Berita asal https://selangorkini.my/2020/08/sel...d-19-selangkah-aplikasi-pertama-jejak-kontak/
 
dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
24,094
Reaction score
1,865
Points
206
Seramai 9.9J Pengguna Telah Terima Kredit ePENJANA

Kerajaan pada 31 Julai lalu telah melancarkan program RM750 juta kredit ePENJANA, iaitu salah satu inisiatif di bawah Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA). Di bawah inisiatif ini, setiap pemohon yang layak akan menerima kredit RM50 ePENJANA. Menerusi sesi soal jawab yang berlangsung di Parlimen hari ini, Timbalan Menteri Kewangan II, YB Mohd Shahar Abdullah berkata sebanyak RM495.4 juta ePENJANA telah dikreditkan kepada 9.9 juta penerima di seluruh negara sehingga 21 Ogos 2020. Bagi anda yang belum memohon kredit RM50 ePENJANA, anda boleh berbuat demikian menerusi salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-Dompet iaitu Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet. Tarikh akhir penebusan adalah pada 24 September 2020. Manakala, tarikh akhir penggunaan ePENJANA adalah pada 30 September 2020.

Tmksh gomen Kasi epenjana rm50. Tapi den x Tau cmno nk guno, den transfer kek anak2 sbb deme pakai utk Naik ktm, bas n mrt.
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
SELangkah Di Tambah Baik, Premis Terdedah Covid-19 Boleh Di Kesan

03.10.2020 - Shah Alam, Kerajaan Negeri menambah baik aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) bagi kemudahan orang ramai mengesan premis terdedah dengan Covid-19. Dato’ Menteri Besar berkata pengesanan menerusi ciri ‘peta dan semakan premis’ itu turut membolehkan pengguna mengetahui tarikh sanitasi premis bagi memastikan kunjungan mereka selamat. Beliau berkata ciri kedua yang ditambah ialah ‘semakan kendiri’ iaitu boleh membuat semakan silang ‘cross check’ bagi mengetahui status premis dikunjungi mereka berisiko dalam tempoh kuaratin.

“Dalam masa terdekat, pengguna boleh memeriksa sama ada terdedah kepada individu lain yang telah disahkan menghidap Covid-19 menerusi SELangkah,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau turut menggesa semua peniaga di negeri ini mempamerkan poster aplikasi itu secara jelas supaya pengguna dapat mengimbas masuk menggunakannya.

“Sebagaimana yang kita sedia maklum, penggunaan SELangkah diwajibkan bagi premis kerajaan dan perniagaan, ia sebagai Syarat Tambahan Pembukaan Semula Ekonomi Selangor melalui pekeliling Kerajaan Negeri bertarikh 3 Mei lalu,” katanya.

SELangkah mula diperkenalkan 4 Mei lalu bagi menjejak jangkitan virus di premis perniagaan atau pejabat bagi memudahkan pengesanan kontak jika berlaku jangkitan. Pemilik premis hanya perlu mencetak kod QR melalui portal selangkah.mbiselangor.com.my atau selangkah.my dan mempamerkannya untuk diimbas pengunjung. Ia hanya memerlukan maklumat nama dan nombor telefon tanpa mendedahkan data peribadi individu.

SELangkah-768x768.jpg

Berita asal https://selangorkini.my/2020/10/selangkah-ditambah-baik-premis-terdedah-covid-19-boleh-dikesan/
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
MySejahtera Hanya Di Guna Untuk Mengesan Kes Aktif COVID-19

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan penggunaan aplikasi MySejahtera untuk mengesan kedudukan sesorang. Isu ini timbul selepas timbul dakwaan KKM menggunakan aplikasi itu bagi mengesan 400 individu yang hilang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi,.

Menjawab soalan pemberita, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa Mysejahtera adalah milik KKM dan ia sama sekali tidak digunakan untuk menjejaki mereka yang melarikan diri dari kawasan PKPD. Beliau menambah, aplikasi tersebut hanya akan digunakan untuk mengesan kes aktif dengan menyimpan kerahsiaan. Hanya jika perlu sahaja barulah pihak KKM akan gunakan pangkalan data untuk mengenal pasti sesuatu kes COVID-19.

Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa kes COVID-19 hanya akan muncul di hotspot tracker MySejahtera setelah disiasat dan disahkan. Berkenaan data pengguna pula, pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia pada Ogos lalu telah memaklumkan bahawa tempoh masa penyimpanan data peribadi adalah sehingga selepas enam bulan PKP ditamatkan.

Sumber asal https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
MySejahtera Kini Mempunyai 23 Juta Pengguna - Berjaya Kesan 9167 Kes Positif Covid-19

Kementerian Kesihatan Malaysia kini telah berkongsi sejumlah data harian berkaitan perkembangan kes-kes Covid-19 di Malaysia. Selari dengannya, mereka turut mengumumkan yang mana aplikasi MySejatera yang telah dilancarkan pada 20 April 2020 lepas, kini mempunyai 23,953,970 pengguna di Malaysia.

Disamping pengguna, seramai 1,058,853 premis perniagaan berdaftar menggunakan MySejahtera untuk merekodkan kehadiran orang ramai ke premis mereka. Secara keseluruhan, sebanyak 1.7 bilion daftar-masuk premis telah dilakukan melalui aplikasi berkenaan, dengan secara purata sekitar 15 juta daftar masuk dilakukan setiap hari.

KKM turut mengatakan yang mana setakat ini, sebanyak 9167 kes positif Covid-19 telah berjaya dikesan melaluii aplikasi MySejahtera sehingga ke hari ini. Antara kaedah yang digunakan untuk mengesan adalah termasuk melalui Penilaian Kesihatan Kendiri yang dilakukan sendiri oleh pengguna, selain pengesanan kontak rapat melalui semakan data.

Bagi anda mengunjungi sebarang premis terdekat, gunakan aplikasi MySejahtera ini dalam merekodkan kehadiran dalam usaha memudahkan proses pengesanan kontak sekiranya penularan berlaku.

MySejahtera-Covid-19.png

Sumber asal https://kpkesihatan.com/2020/11/19/...nyakit-coronavirus-2019-covid-19-di-malaysia/
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Kerajaan Pertimbangkan Integrasi Sijil Vaksin Digital Berasaskan Rantaian-Blok Ke MySejahtera

Menjelang tahun 2021, kini ramai pihak yang sedang giat dalam pembangunan vaksin untuk Covid-19, selain pihak kerajaan dalam persiapan dengan peruntukkan dan kaedah yang efektif dalam mevaksin rakyat. Selari dengannya, kini KJ mengatakan kerajaan sedang melihat kepada beberapa kaedah dalam memudahkan penyediaan dokumen da semakan untuk mereka yang telah menerima vaksin.

Antara kaedah yang dipertimbangkan adalah termasuk menawarkan sijil vaksin berasaskan rantaian-blok kepada pengguna – yang diintegrasikan terus ke MySejahtera. Penggunaan ciri rantaian-blok akan memudahkan semakan dilakukan berkenaan siri vaksin yang diterima oleh seseorang rakyat berkenaan.

KJ turut menekankan yang mana mereka turut sedang mempertimbangkan untuk menyediakan pilihan secara luar-talian untuk mereka yang telah menerima vaksin. Pengesahan penerimaan vaksin ini dijangka akan memainkan peranan penting dalam beberapa industri. Sebagai contoh, pihak Qantas telah mengatakan yang mana penumpang kapal terbang perlu kelak membuktikan mereka telah menerima vaksin Covid-19 untuk penerbangan antarabangsa.

Sponsored Post
Top
Log in Register