KEMAS wujudkan TABIKA elit tingkat mutu pendidikan kanak-kanak

CG Sponsors




akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,937
Reaction score
1,494
Points
151
KEMAS wujudkan TABIKA elit tingkat mutu pendidikan kanak-kanak
tabika_1601364715.jpg
Kerajaan dalam perancangan mewujudkan TABIKA elit sejajar dengan kemajuan dalam bidang pendidikan kanak-kanak. TABIKA ini khusus untuk anak-anak keluarga golongan M40. Foto arkib NSTP
ALOR GAJAH: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan mewujudkan taman bimbingan kanak-kanak (TABIKA) elit sejajar kemajuan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar I, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, berkata kertas cadangan mengenainya sedang diperinci sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk penilaian.

Katanya, jika dipersetujui Kabinet, rang undang-undang (RUU) TABIKA itu akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk kelulusan.

"TABIKA elit ini dicadangkan hanya untuk murid yang ibu bapa mereka mempunyai kemampuan kewangan yang tinggi kerana yurannya lebih tinggi berbanding TABIKA KEMAS sedia ada iaitu antara RM5 hingga RM25 sebulan.

"Kita tidak paksa ibu bapa menghantar anak mereka ke TABIKA elit ini kerana 10,900 TABIKA biasa masih beroperasi tetapi TABIKA elit menyediakan kurikulum yang lebih baik berbanding yang biasa.

"Jika Kabinet bersetuju, kita akan wujudkan projek perintis di kawasan tertentu khusus untuk ibu bapa daripada M40," katanya selepas menyampaikan Sijil Pendidikan Awal Kanak-kanak (SPAK) 2020 kepada 222 pelatih di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS, Ahmad Kamal Idris Nawawi dan Pengarah Bahagian Latihan dan Pembangunan Profesional KEMAS, Nor'ein Abdul Shukor.

Pelatih terbabit adalah mereka yang sudah memiliki Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dan menjalani latihan tiga bulan yang berakhir hari ini bagi melayakkan mereka dilantik sebagai Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Pendidik Masyarakat) Gred S29 kontrak.

Abdul Rahman berkata, TABIKA elit adalah lanjutan daripada kejayaan KEMAS menyediakan modul pembelajaran sains, teknologi, agama, kejuruteraan, seni dan matematik (e-STREAM) yang dilaksanakan di 150 TABIKA KEMAS di seluruh negara.

"Modul itu diterapkan dalam konsep kelas pintar dalam pembelajaran awal kanak-kanak abad ke-21 di TABIKA berkenaan," katanya.
 
Sponsored Post

akudotcom

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
7,937
Reaction score
1,494
Points
151
Kalau nak rasa jd elit
Bole la masuk..
Duit ada kun fayakun
 

Laici

Super Active Member
Joined
Aug 19, 2014
Messages
5,397
Reaction score
708
Points
121
kalau berpatutan, ok la juga.....

tapi kalau harga yahudi, takyah laa...

takpun, tingkatkan jer tadika KEMAS sedia ada..

ker ni cara nak cari duit lebih?
 

saidins

Junior Member
Joined
Jan 1, 2008
Messages
66
Reaction score
11
Points
21
Apa punya menteri buat kasta kat anak2.
Kalau dah elit hantag pi International punya kindergarten la.
Sama ja cerdiknya anak2 ni melainkan yg kelainan upaya.
Gua syak timbalan menteri ni ada kaki geng pengusaha taska
 

ViperX

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,454
Reaction score
525
Points
71
Apa punya menteri buat kasta kat anak2.
Kalau dah elit hantag pi International punya kindergarten la.
Sama ja cerdiknya anak2 ni melainkan yg kelainan upaya.
Gua syak timbalan menteri ni ada kaki geng pengusaha taska
nak tiru negara tu la kot... kasi kasta sikit2....
 

kainlangsir

Legendary Member
Joined
Jul 24, 2006
Messages
12,455
Reaction score
266
Points
141
tadika elit, harga elit tapi kualiti tak elit tak guna juga
 

shafiq_

Fun Poster
Joined
Feb 26, 2013
Messages
856
Reaction score
67
Points
30
Untuk golongan M40 tu kira oklah. Ramai je yg mampu . Tabika swasta biasa kat luar pun dah berapa bayaran bulanan tapi ramai je golongan B40 hantar. Silap2 yg kerajaan nak buat ni harga yuran lagi murah dari tadika swasta biasa kat luar.

Biasanya kalau bab pendidikan under kementerian semua aspek pekerja,keselamatan,kebersihan, silibus,kualiti dijaga . Sekurang2nya dpt gak peluang pekerjaan kpd org melayu .
 

stonz

Active+ Member
Platinum Member
Joined
Sep 18, 2008
Messages
4,568
Reaction score
175
Points
43
pulak dah..dah rasa elit sangat, tak payah la nak hantar kat KEMAS...pastu, kat kawasan tu kena ada dua KEMAS la ye???? apa bangang abadi diorang ni.....
 
Sponsored Post
Top
Log in Register