Santai Kemalangan di Menumbok Sabah

CG Sponsors




Lambutit

Fun Poster
Joined
Nov 7, 2010
Messages
235
Reaction score
2
Points
15


Jumaat, Menumbok Sabah 19/11/2010 - Kemalangan melibatkan dua kenderaan Proton Saga dan sebuah pacuan empat roda Pajero mengakibatkan enam orang cedera, lima daripadanya parah. Kejadian berlaku tengahari tadi yang mana kenderaan proton saga dinaiki empat orang menuju terminal feri Menumbok ke Labuan apabila bertembung dengan pacuan empat roda yang menuju Kota Kinabalu yang dipandu seorang wanita ditemani rakanya. Kemalangan dipercayai disebabkan sebuah bas exprees yang cuba memintas pacuan empat roda tersebut dan dipercayai gagal memintas apabila menyedari kenderaan proton yang dinaiki empat orang yang datang dari arah bertentangan semakin hampir, dipercayai bas tersebut cuba untuk masuk semula dan menghimpit pacuan empat roda menyebabkan wanita tersebut hilang kawalan dan terbabas kebahu jalan dan cuba untuk naik semula ke atas jalan sebelum hilang kawalan dan masuk lorong bertentangan dan betembung dengan proton tersebut. Walaubagaimanapun bas tersebut terus meninggalkan tempat kejadian. Kesemua mangasa dihantar ke Hospital Kuala Penyu oleh orang awam. Bomba berada di tempat kejadian. Kejadaian masih dalam siasatan.
 
Top
Log in Register