Yallah
Super Active Member
- Messages
- 7,130
- Joined
- Jun 21, 2021
- Messages
- 7,130
- Reaction score
- 970
- Points
- 121
Keluarga tinggal di pondok kitar semula setuju berpindah
- Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
- 18 November 2023, 11:10 am
JOHOR BAHRU – Keluarga yang sebelum ini memilih untuk menetap di sebuah pondok dibina menggunakan barangan kitar semula di kebun kelapa sawit Kampung Baru Sungai Johor, di sini akhirnya bersetuju berpindah ke kediaman lebih selesa.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd. Khalid berkata, persetujuan itu diberikan ketua keluarga berkenaan setelah mereka berjaya dipujuk berbuat demikian.
Menurutnya, nasihat untuk mereka berpindah itu dibuat setelah mengambil kira keadaan kediaman pondok yang kurang sesuai untuk didiami individu berkeluarga.
“Alhamdulillah, kita dapat pujuk mereka untuk berpindah sementara hasrat membina sebuah rumah di tapak pondok sedia ada ini dilaksana dengan bantuan kerajaan Johor.
“Kita juga ucapkan terima kasih kepada pasangan ini kerana memahami keperluan kita yang meminta mereka dipindahkan sementara ke rumah sewa dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas melawat kediaman keluarga berkenaan.
Tambah Mohd. Fared, pasangan suami isteri iaitu Mohd. Farid Md. Yusof, 30, dan Norazlina Abdullah, 21, menetap di pondok berkenaan bersama tiga anak berusia antara lapan bulan hingga tiga tahun.
Sementara itu, Norazlina memberitahu, dia dan suami berasa sedih dan sayu untuk meninggalkan pondok yang telahpun menjadi tempat kediaman mereka sebelum ini.
“Kami akur dengan nasihat kerajaan negeri untuk berpindah keluar ke semua rumah di Felda Ulu Tebrau di sini, insya-Allah ada hikmahnya.
Terima kasih buat semua pihak yang membantu kami,” jelasnya ringkas.
Terdahulu, akhbar tempatan melaporkan lima sekeluarga itu menetap di pondok kitar semula berkenaan selain menganggapnya sebagai kediaman mahligai keluarga mereka. – KOSMO! ONLINE
Keluarga tinggal di pondok kitar semula setuju berpindah
Keluarga menetap di sebuah pondok dibina barangan kitar semula di kebun kelapa sawit Kampung Baru Sungai Johor, akhirnya bersetuju berpindah.
www.kosmo.com.my