Info Keluarga Saya Yang Cipta "Israel"

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,392
Reaction score
2,005
Points
176
Nama keluarga Rotshchild sudah tidak perlu diperkenalkan lagi. Keluarga ini terpalit dengan pelbagai kontroversi dahsyat dan buruk. Tak cukup dengan itu, Jacob Rothschild telah mengaku bahawa keluarganya memainkan peranan yang sangat penting dalam penciptaan Israel. Dalam satu temu bual, Jacob memberitahu bahawa nenek moyangnya "membantu membuka jalan bagi penciptaan Israel," memaksa kerajaan British menandatangani Perisytiharan Balfour pada tahun 1917.

https://*************/img/upload/jacob-rothschild-handsome.jpg

Keluarga Rothschild dipercayai telah merancang Perang Dunia Pertama dan menunggu sehingga 1917 apabila Britain menunjukkan tanda-tanda berhadapan dengan masalah.

Keluarga Zionis ini kemudiannya menjanjikan kepada kerajaan British bahawa mereka dapat meyakinkan Amerika Syarikat untuk terlibat dalam perang tersebut dan memastikan kemenangan Britain ke atas Jerman.

https://*************/img/upload/pengisytiharan-balfour-1917.jpg

Sebagai balasan, mereka mahukan kerajaan British menyerahkan kawalan Palestin kepada Zionis.

Oleh itu, Perisytiharan Balfour telah diwujudkan, yang merupakan surat rasmi dari Setiausaha Luar Negeri Kerajaan British, James Balfour kepada Baron Rothschild.

https://*************/img/upload/dorothy-de-rothschild.jpg

Perisytiharan itu menyatakan bahawa:

"Pandangan kerajaan memihak kepada penubuhan rumah kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin, dan akan menggunakan usaha terbaik mereka untuk memudahkan pencapaian objek ini."

Menurut blog Uprooted Palestinians, ketika satu temubual TV, Times of Israel melaporkan bahawa James Balfour mendedahkan peranan sepupunya, Dorothy de Rothschild, buat pertama kali

Jacob Rothschild menggambarkan Dorothy yang pada ketika itu hanya remaja sebagai "setia kepada Israel" dan apa yang dilakukannya tersangat penting.

Dorothy menghubunkan pemimpin Zionis, Chaim Weizmann dengan kerajaan British. Chaim merupakan Presiden Pertubuhan Zionis dan kemudian menjadi Presiden Israel yang pertama.

Malah, Dorothy "memberitahu Chaim Weizmann bagaimana untuk menyepadukan dan bagaimana untuk memasukkan dirinya ke dalam kehidupan kerajaan British, yang mana dipelajari oleh Chaim dengan begitu pantas.

Rothschild juga berkata bahawa cara pengisytiharan itu diperoleh adalah sangat luar biasa.

https://*************/img/upload/chaim-weizmann.jpg

Ia dilakukan dengan Chaim Weizmann memujuk Arthur Balfour dan Lloyd George, perdana menteri dan kebanyakan menteri bahawa ideanya untuk mewujudkan rumah kepada orang Yahudi harus berlaku.

Dan walaupun idea ini kelihatan seperti sukar, namun ia sudah menjadi kenyataan pada hari ini.

Temu bual bersama Jacob Rothschild itu dilakukan oleh bekas duta Israel, Daniel Taub sebagai sebahagian daripada projek Balfour 100.

Daniel Taub menemuramah Jacob di Waddeston Manor di Buckinghamshire, sebuah rumah yang diwariskan kepada negara oleh keluarga Rothschild pada tahun 1957, di mana perisytiharan itu disimpan.

Menurut Daniel Taub, pengisytiharan itu telah "mengubah perjalanan sejarah bagi Timur Tengah."

The Times melaporkan bahawa Jacob Rothschild berkata bahawa keluarganya ketika itu tidak sepakat dalam menubuhkan gagasan Israel, dengan menyatakan bahawa sesetengah ahli "tidak berasakan bahawa ia adalah satu perkara yang baik untuk menubuhkan rumah bagi orang Yahudi di Palestin".

Surat-surat Dorothy juga disimpan di Waddeston Manor yang mana menggambarkan urusannya dengan pelbagai pemimpin Zionis dan nasihatnya mengenai organisasi Persidangan Zionis.

Jacob Rothschild juga memberitahu bahawa Perisytiharan telah melalui lima kali draf sebelum akhirnya dikeluarkan pada 2 November 1917.

Alison Weir melaporkan dalam bukunya, "Against Our Better Judgment: The Hidden History of How the U.S. Was Used to Create Israel", bahawa draf perisytiharan itu berulang-alik ke tangan Zionis di Amerika Syarikat sebelum dokumen itu dimuktamadkan.

Penulis utama yang dirahsiakan tersebut adalah seorang Zionis, Leopold Amery.

Rujukan
Britannica
Al-Jazeera
 
Sponsored Post

Penbiru

Legendary Member
Joined
Jan 12, 2008
Messages
17,773
Reaction score
954
Points
161
keturunan laknat....mrk ni control dunia...
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,974
Reaction score
826
Points
161
akan di sembelih orang melayu pada perang akhir zaman....the lost tribe
 

asyraf77

Active Member
Joined
Jan 26, 2008
Messages
1,230
Reaction score
31
Points
30
akan di sembelih orang melayu pada perang akhir zaman....the lost tribe
owhh..dah bersedia kena cop pengganas macam IS? tanya jer,sekarang ni zaman dajjal.
 

Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
3,671
Reaction score
897
Points
71
bole masuk kategori yahudi murtad ke diorang ni?
pasal pemahaman dorang menentang fahaman agama diorang.
 

akiyamasan

Active+ Member
Joined
Mar 10, 2011
Messages
3,603
Reaction score
813
Points
71
Dia ni bukannya cipta Israel tapi Zionis.

Nama Israel dah pun disebut dalam kitab2 termasuk AlQuran

Majoriti Nabi berketurunan Bani Israel..

Betulkan aku kalau aku silap
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
50,953
Reaction score
1,502
Points
596
Dia ni bukannya cipta Israel tapi Zionis.

Nama Israel dah pun disebut dalam kitab2 termasuk AlQuran

Majoriti Nabi berketurunan Bani Israel..

Betulkan aku kalau aku silap
Yes zionis
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,392
Reaction score
2,005
Points
176
tajuk patut Zionist, xtau sumber asal dia tulis Israel .. saya pun ikut je :)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register