BTC USD 28,076.8 Gold USD 1,980.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keluarga mohon MARA pertimbang tukar anak mereka ke MRSM lain.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
SHAH ALAM – Keluarga pelajar lelaki tingkatan dua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau, Pulau Pinang yang cedera dipukul sekumpulan lapan pelajar seniornya pada Rabu lalu memohon Majlis Amanah Rakyat (MARA) supaya mempertimbangkan permohonan mereka untuk menukarkan Dinie Shafiz Baharul ke sekolah lain.

Ibu Dinie Shafiz, Noraini Jusoh, 47, berkata, pihak keluarga telah menyuarakan hasrat permohonan itu kepada pihak MARA yang hadir melawat keadaan anak bongsunya di kediaman mereka di Klang kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin.

Menurut Noraini, pihaknya mengambil kira perkara itu atas faktor keselamatan selain anaknya sendiri juga melahirkan hasrat tidak mahu meneruskan persekolahannya di MRSM berkenaan sebaliknya mahu ditempatkan di MRSM lain.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

KESAN merah pada lengan Dinie Shafiz yang didakwa kesan dibelasah sekumpulan pelajar seniornya di MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang Rabu lepas.


ne_08.1.jpg
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register