BTC USD 65,149.9 Gold USD 1,788.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keluarga mangsa tembak mahu kes segera diselesai

wenn

Active Member
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,637
Reaction score
0
Points
20
2010/12/11
TUMPAT: Keluarga Pengawal Istana Diraja Kelantan, Ramli Mohamad, 50, yang ditembak empat das pada 1 Mei lalu dan meninggal dunia beberapa hari kemudian, mahu polis segera menyelesaikan kes pembunuhan itu.

Balu Allahyarham, Maznah Mustapha, 50, berkata kes pembunuhan itu sudah enam bulan berlalu tapi sehingga kini masih belum ada sebarang keputusan terhadap siasatan dan yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu.
“Allahyarham ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, sebelum beliau meninggal dunia, sempat memberi keterangan kepada polis.
“Namun yang menghairankan, mengapa keputusan kes pembunuhan itu belum dapat dikeluarkan, sedangkan kejadian sudah enam bulan berlalu.

“Kes berkenaan dilihat bagaikan tiada pembelaan, malah ia turut menimbulkan tanda tanya, bagaikan ada sesuatu disembunyikan,” katanya ketika di kediamannya, di Kok Keli, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengah malam pada 1 Mei lalu, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah, ditembak suspek yang tidak dikenali di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat.

Mangsa yang bertugas dengan Istana Kelantan sejak 17 tahun lalu, dikejarkan ke HRPZ II, namun meninggal dunia selepas 19 hari. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mazlan Lazim berkata, kertas siasatan mengenai kes berkenaan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.

“Kami berharap keluarga Allahyarham bersabar. Ia sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
enam bulan berlalu tapi sehingga kini masih belum ada sebarang keputusan terhadap siasatan dan yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu.

harus takde terus la gini.
 

ezwan82

Super Active Member
Joined
Oct 25, 2010
Messages
5,088
Reaction score
0
Points
60
lama gak kes ni...simpati tul kat kelarga arwah..al-fatihah...
 

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
2010/12/11
TUMPAT: Keluarga Pengawal Istana Diraja Kelantan, Ramli Mohamad, 50, yang ditembak empat das pada 1 Mei lalu dan meninggal dunia beberapa hari kemudian, mahu polis segera menyelesaikan kes pembunuhan itu.

Balu Allahyarham, Maznah Mustapha, 50, berkata kes pembunuhan itu sudah enam bulan berlalu tapi sehingga kini masih belum ada sebarang keputusan terhadap siasatan dan yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan itu.
“Allahyarham ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, sebelum beliau meninggal dunia, sempat memberi keterangan kepada polis.
“Namun yang menghairankan, mengapa keputusan kes pembunuhan itu belum dapat dikeluarkan, sedangkan kejadian sudah enam bulan berlalu.

“Kes berkenaan dilihat bagaikan tiada pembelaan, malah ia turut menimbulkan tanda tanya, bagaikan ada sesuatu disembunyikan,” katanya ketika di kediamannya, di Kok Keli, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.25 tengah malam pada 1 Mei lalu, Ramli yang sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumah, ditembak suspek yang tidak dikenali di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat.

Mangsa yang bertugas dengan Istana Kelantan sejak 17 tahun lalu, dikejarkan ke HRPZ II, namun meninggal dunia selepas 19 hari. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner (SAC) Mazlan Lazim berkata, kertas siasatan mengenai kes berkenaan sudah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.

“Kami berharap keluarga Allahyarham bersabar. Ia sudah dirujuk ke Jabatan Peguam Negara,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sepupu arwah nie ada mai bekam ngan aku 3 hari lepas dan ada ler serba sedikit cerita nie diceritakan kat aku...#:-S#:-S#:-S
 

-RIZUAN-

CG Top Poster Club
Joined
Mar 5, 2008
Messages
20,958
Reaction score
639
Points
161
sapa cerita kena tembak:)):)):)):))

sultan pahang the best...
"saya akan turun ke mana saja sekiranya rakyat saya ditimpa bencana"

**ayat di atas takder kena mengena dgn posting TT:p
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register