Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 60,650
Top Poster #1
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 60,650
- Reaction score
- 6,707
- Points
- 916
- Awards
- 1
09.02.2024 - Seorang adik kepada mangsa yang meninggal dunia dan didakwa diserang anggota polis ketika ditahan di Langkawi Isnin lalu, menuntut pembelaan di atas kematian lelaki tersebut. Salwana Salleh dalam catatan di Facebooknya pada Jumaat mengesahkan kematian abangnya, Mohd Hafiz Salleh. Jenazah abangnya itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini, bagi proses bedah siasat dan dibawa pulang semula ke Langkawi untuk urusan pengebumian. Menurutnya, pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan terhadap kejadian yang berlaku di sebuah stesen minyak di Langkawi dan video kejadian kini telah tular.
“Kami mahu hak keadilan untuk Mohd Hafiz. Doakan abang saya, doakan keadilan untuk arwah," katanya yang dipetik di media sosialnya.
Sejak beberapa hari lalu tular sebuah video beberapa individu dipercayai anggota polis cuba menahan seorang lelaki dipercayai Mohd Hafiz dengan cara yang dianggap keterlaluan. Seorang pengguna Facebook, Putera Aizo pula mendakwa mangsa meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dirawat selama dua hari dirawat di ICU Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Dakwanya, kejadian itu berlaku semasa serbuan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi di stesen minyak di Ayer Hangat pada 29 Januari lalu.
"Pergelutan antara mangsa dan polis berlaku selama beberapa minit, mangsa cedera parah di kepala dan bahagian lain serta terpaksa dimasukkan ke ICU kerana koma. Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Februari lalu selepas dua hari bertarung nyawa. Dia dikebumikan di Kampung Ewa, Langkawi. Al-Fatihah," tulisnya.

Keluarga lelaki maut didakwa diserang anggota polis mahu keadilan
ALOR SETAR: Keluarga lelaki yang maut selepas didakwa diserang anggota polis ketika ditahan di Langkawi Isnin lalu, menuntut pembelaan di atas kematian mangsa.
Adik mangsa, Salwana Salleh, meminta pihak polis mengemukakan penjelasan berhubung kejadian yang tular di media sosial itu.
Salwana mengesahkan kem4tian abangnya, Mohd Hafiz Salleh di Facebook, kelmarin.
Beliau berkata, jenazah Mohd Hafiz dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini, untuk proses bedah siasat sebelum dibawa kembali ke Langkawi untuk urusan pengebumian.
"Kami mahu hak keadilan untuk Mohd Hafiz. Doakan abang saya, doakan keadilan untuk arwah," katanya dalam muat naik di Facebook hari ini.
Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan maklum balas daripada Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berhubung kejadian itu gagal selepas beberapa kali dihubungi.
Rakaman video yang tular itu memaparkan sekurang-kurangnya tujuh anggota polis dilihat menggunakan kekerasan ketika menahan seorang lelaki, dipercayai Mohd Hafiz.
Seorang daripada angggota polis dilihat menendang bahagian belakang lelaki terbabit, sebelum menggari tangan mangsa.
Rakaman sama turut memaparkan Mohd Hafiz ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), sebelum mayatnya diuruskan bagi proses pengebumian.
Sementara itu, seorang pengguna Facebook dikenali Putera Aizo, mendakwa mangsa meninggal dunia pada Khamis lalu selepas dua hari dirawat di ICU Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.
Dakwanya, kejadian itu berlaku ketika serbuan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Langkawi di stesen minyak di Ayer Hangat, pada 29 Januari lalu.
"Pergelutan antara mangsa dan polis berlaku selama beberapa minit, mangsa cedera p4rah di kepala dan bahagian lain dan terpaksa dimasukkan ke ICU kerana koma.
"Arwah menghembuskan nafas terakhirnya pada 1 Februari lalu selepas dua hari bertarung nyawa. Dia dikebumikan di Kampung Ewa, Langkawi. Al-Fatihah," katanya.
Sumber: Berita Harian