Keluarga khuatir gadis tidak pulang, dilarikan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
ALOR SETAR: Keluarga seorang gadis, Michelle Lim Shiau Wei, 20, khuatir anak mereka yang tidak pulang sejak Ahad lalu ditipu dan dilarikan pihak tertentu.

Wakil Khas Ahli Parlimen Alor Setar, Loh Eng Chong berkata, ibu bapa gadis itu bimbangkan keselamatan anak mereka kerana Michelle seorang yang “lurus” dan mudah diperdaya kerana sikapnya yang mudah mempercayai orang lain.

Loh berkata, Ahad lalu, Michelle dihantar oleh ibunya ke tempat kerja di sebuah kedai perabot di Tandop, kira-kira jam 9 pagi.

"Pada jam 12 tengah hari, ibu Michelle telah menerima panggilan daripada majikan anaknya yang memberitahu dia telah keluar dari tempat kerja kira-kira pukul 11 pagi dan tidak balik semula ke kedai," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Katanya, pada hari Michelle hilang, gadis yang bekerja sebagai kerani di kedai perabot berkenaan memakai seluar jeans dan kemeja-T. Dia setinggi kira-kira 170 sentimeter, berat badan 50 kilogram dan berambut ikal melebihi paras bahu serta berkaca mata.

"Keluarganya memberitahu jika dia ada masalah, baliklah berbincang dan mereka sedia menerimanya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, mengesahkan menerima laporan kehilangan Michelle pada 8.30 malam, 3 Januari lalu.
 
Sponsored Post

shah9744

Active+ Member
Joined
Nov 2, 2007
Messages
4,710
Reaction score
1
Points
25
xde gambar gadis tu ke....senang ckit klw kot2 terjumpa ke...:D:D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register