Keluarga harap pembedahan bayi tidak ditangguhkan lagi

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
SAMARAHAN 23 Dis. - Keluarga bayi berusia tiga bulan, Ahmad Amirul Asraf Dami yang menderita penyakit ketumbuhan di kepala dan cacat di pergelangan tangan serta penglihatan berharap, pembedahan ke atas bayi berkenaan dijalankan mengikut rancangan pihak Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 31 Disember ini.

Bapa bayi itu, Dami Bujang, 41, berkata, keluarganya juga mahu pembedahan terhadap Ahmad Amirul Asraf berjalan dengan lancar dan tidak berlaku penangguhan lagi.

''Kita harap pembedahan membuang ketumbuhan di kepala Amirul pada 31 Disember ini akan diteruskan tanpa apa-apa halangan.

''Amirul kini membesar seperti mana bayi lain selepas tiga bulan dengan pergerakannya aktif dan mampu meminum susu seperti biasa, cuma penyakit dideritainya menyebabkan kami rasa sedih dan kasihan melihat keadaannya berterusan begitu," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini semalam.

Ahmad Amirul Asraf akan dimasukkan ke wad hospital itu pada 30 Disember sebelum menjalani pembedahan keesokan harinya.

Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Abdul Karim Rahman Hamzah bersama pegawai daripada beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) meluangkan masa melawat keluarga tersebut pada petang ini.

Abdul Karim turut menyampaikan sumbangan peribadinya dan sumbangan ADUN Simunjan, Mohd. Naroden Majais untuk meringankan beban keluarga bayi itu.

Rangkaian Televisyen Malaysia (RTM) juga tidak ketinggalan menghulurkan bantuan kepada keluarga terbabit sebagai salah satu tanggungjawab kemasyarakatan agensi berkenaan menerusi sumbangan melalui tabung yang dikutip daripada kakitangannya.

Sementara itu, Abdul Karim berkata, meskipun kos pembedahan untuk membuang ketumbuhan di kepala Ahmad Amirul Asraf sudah mencukupi, namun keluarganya masih memerlukan bantuan untuk rawatan susulan.

Katanya, tidak dinafikan kos untuk pembedahan bayi itu sudah mencukupi, tetapi sumbangan daripada orang ramai masih diperlukan untuk rawatan susulan bayi berkenaan.

''Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak media yang telah mengetengahkan penderitaan bayi ini di akhbar masing-masing hingga mendapat perhatian masyarakat," ujar beliau.

Penderitaan Ahmad Amirul Asraf juga mendapat perhatian Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang telah menyumbangkan sejumlah RM8,000 bagi menampung perbelanjaan pembedahan tersebut.

Malah, Pengerusi Majlis Tertingginya, Datuk Omar Din Mauju mahu menjadikan Ahmad Amirul sebagai anak angkat persatuan itu bagi membolehkan anak kecil berkenaan dapat dibantu hingga pulih sepenuhnya.

Kisah penderitaan bayi ini juga menarik perhatian seorang warganegara Brunei yang turut memberi sumbangan kepada keluarga tersebut selepas mengetahuinya menerusi akhbar

Jangan bersimpati hanya dibibir saja...jon sama-sama menderma...

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=61817

 

Attachments

Sponsored Post

anuarinvestor

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
10,529
Reaction score
143
Points
123
kat mana nak bagi, kat link apa nombor bank...PM aku eboss
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
kat mana nak bagi, kat link apa nombor bank...PM aku eboss
PKSM CG: DERMA AMAL UTK PEMBEDAHAN ADIK Ahmad Amirul Asraf Dami

Target Dana : RM8000.00

Sumbangan bleh disalurkan ke account carigold.com:
SILA PM untuk dapatkan akaun No.

PERHATIAN: SILA PM NAMA DAN JUMLAH YANG DIDERMAKAN KEPADA SAYA UNTUK DIUPDATEKAN DISINI DAN UNTUK REKOD PENGURUSAN CG

Contoh

Status: Successful
From Account: 162021351498 WSA
New Balance: Cukup ler untuk makan sendiri2
To Favourite 3rd Party Account: 562188112032-no akaun CG
3rd Party Email Address : [email protected]
(apa email Admin CG?)
Amount: RM50.00
Effective Date: Today
Account Holder Name: CG ONLINE WORLDWIDE
Reference Number: 1282880159
Transaction Date/Time: 02 Dec 2008 19:52:40

1) EBOSS = RM50
2) ZKRY = RM50
3) Hamba Allah = RM200
4) GLOBALTENT78 = RM100
5) Hamba Allah = RM100
6) ADAR_23 = RM100
7) Hamba Allah = RM10
8) WAN9551 = RM100
9) Hamba Allah = RM200
10) Hamba Allah = RM10
11) MASREEMIE = RM100
12) EMASSTECH = RM150
13) Hamba Allah = RM10
14) SNOWHAZELORANGE = RM50
15) XIAH = RM50
16) RatusanRM = RM50
17) MOHD HANIFF BIN OSMAN = RM10
18) MOHD NORHISAM BIN MOHD YU = RM2
19) ANJUNGMAS RESOURCES = RM150
20) Hamba Allah = RM100
21) AHMAD BIN SULAIMAN = RM10
22) [email protected] = RM50
23) Hamba Allah = RM20 - terkini 16/12/08
JUMLAH SETAKAT INI RM1672.00

SILA PM SEGERA SUPAYA TIDAK BERLAKU PERTINDIHAN ATAU KESILAPAN JUMLAH SUMBANGAN DENGAN MAKLUMAT DIATAS.
MOHON KERJA SAMA SEMUA SUPAYA URUSAN INI BERJALAN LANCAR.
JIKA ANDA TIDAK MAHU NAMA ANDA DIPAPARKAN SILA MAKLUMKAN DALAM PM TERSEBUT.
SEKIAN TERIMA KASIH.

BAGI YANG NAK DERMA SILA BANK IN KE MBB 562188112032 EMAILKAN TRANSAKSI ANDA KE: [email protected] LEPAS ITU TOLONG PM PADA EBOSS JUMLAH YANG DIDERMAKAN KEPADA SAYA.
 

anuarinvestor

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
10,529
Reaction score
143
Points
123
ok noted...:)..buat susah2 aja bagi kat sini....:)
 

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Kasi up balik...meh derma ramai-ramai kat adik nie
 

cput

Super Active Member
Joined
Mar 12, 2008
Messages
6,549
Reaction score
5
Points
65
salam all,

dkacita dimaklumkan..adik amirul dah dijemput Ilahi pada hari Jumaat lepas..
sms diterima dari ibunya Kak Yah..

p/s : Kak Yah ucap terima kasih pada semua yang membantu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register