BTC USD 45,286.3 Gold USD 1,867.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Keluarga abg z minta maaf

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
petikan dari harian metro...

KLANG: Tanah laman banglo arwah Datuk Zakaria Md Derus atau Abang Z yang diarahkan supaya dikosongkan oleh kerajaan negeri Selangor sebenarnya didirikan pagar selain ditanam pokok buah-buahan.

Oleh itu, jika keluarga arwah tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang kerajaan negeri, mereka perlu merobohkan pagar selain menebang pokok berkenaan yang dikhaskan untuk membina beberapa kediaman.

Bagaimanapun, semalam, dalam sidang media, di sebuah restoran, di sini, anak arwah, Zainuri, menyatakan bahawa keluarganya tidak berniat untuk melanggar undang-undang dengan membina pagar selain menanam pokok di kawasan itu.

Zainuri turut merayu supaya kerajaan negeri serta Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang menimbang semula permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) yang ditolak sebelum ini.

“Kami tiada niat untuk melanggar undang-undang dan merayu supaya permohonan LSP itu dipertimbangkan semula.

“Dalam masa sama, kami sekeluarga juga meminta maaf pada kerajaan negeri kerana mendirikan pagar selain menanam pokok buah-buahan di tanah berkenaan,” katanya.

Menceritakan semula proses yang gagal itu, Zainuri memaklumkan, pada 25 jun 2007, satu permohonan untuk penggunaan tanah secara LPS dihantar ke PTD Klang dan akuan penerimaan diterima daripada pejabat berkenaan dengan nombor rujukan PTK3/126/07.

Bagaimanapun, menurut Zainuri, keluarganya tidak menerima sebarang jawapan bertulis daripada PTD Klang hinggalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, mengeluarkan kenyataan bahawa permohonan LPS itu ditolak, dalam sidang media selepas mesyuarat Exco, Rabu lalu.

“Ketika membuat permohonan, kami sekeluarga percaya kerajaan negeri selain PTD Klang tidak mempunyai apa-apa perancangan di kawasan berkenaan,” katanya.

kenapa dari dulu tak minta maaf..
 
Sponsored Post

anuarinvestor

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Dec 13, 2007
Messages
10,529
Reaction score
143
Points
123
Dulu lupa ...maafkan saya..........
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,190
Reaction score
1,041
Points
1,101
melayu mudah lupa...
 

wak

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
11,359
Reaction score
5
Points
115
tipah terlupa bangggg...
 

clorox_bersih

Legendary Member
Joined
Jul 2, 2008
Messages
18,906
Reaction score
43
Points
120
erm...tanah TOL..
ape tu tanah TOL??
temporary owned land???

ke plus punye tanah??
ke spesifik utk buat plaza tanah :-?

papepn kuarga abg z,kalau ada pembangunan utk tanah tu,
pulangkan la ye
 

sosazr

Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,423
Reaction score
0
Points
20
Kalau rakyat bawahan dah tentu tindakan on the spot kan...diberi notis tu dah kira bagus la...

ps: pengalaman den kena dgn kerajaan selangor yang dulu (punca den jadi penaja PKR di awal pertubuhannya) sebab tindakan mereka yang ikut suka hati janji kroni mereka dapat apa mereka nak walaupun pemilikan itu hak orang lain.
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,137
Reaction score
276
Points
91
Semoga menjadi pengajaran kepada kita semua... tiada yg kekal...
 

wealthgainer

Legendary Member
Joined
May 20, 2007
Messages
13,976
Reaction score
42
Points
120
Tok aku plak kena halau dari tanah sendiri..zaman BN memerintah..
tapi ada la pampasan..cuma tak berbaloi sebab rendah byk dari market value.

Perancangan awal kononnya nak buat pusat rekreasi belia kat situ,..lepas bagi notis 2 bulan soh kosongkan tanah...terus sodok pokok buah kat situ..umah sewa ade la dalam 12 bijik..habis kena sodok jugak...#:-S. Dah 5 tahun berlalu...projek apa pon tak naik kat situ...haram jadah punya BN.

Tok aku suspect..punca utama dia kena halau sebab dia sedekahkan sebijik umah sewa dia jadi markaz PAS dan banyak bagi sumbangan untuk hidupkan aktiviti PAS kawasan tu...Pastu byk aktiviti dijalankan kat markaz tu.. :D. Seberang jalan tu plak Bangunan UMNO..hehehe.. Lengang je..harap cantik je..:))
 

sandaldm

Active Member
Joined
Sep 21, 2008
Messages
1,762
Reaction score
12
Points
35
dl arwah abe z ado kuaso..xyah mintak xpa..ni la salah satu contoh penyalahgunaan kuasa..kroni beb..la ni bila dh arwah br la terhegeh2 nak mintak maaf..maybe anak2 dio ado mimpi psl arwah kot..sbb 2 now br nak cergas cr pertolongan..juz pandangan..jgn marah ya..
 

Kurma

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
4,219
Reaction score
95
Points
30
Tok aku plak kena halau dari tanah sendiri..zaman BN memerintah..
tapi ada la pampasan..cuma tak berbaloi sebab rendah byk dari market value.

Perancangan awal kononnya nak buat pusat rekreasi belia kat situ,..lepas bagi notis 2 bulan soh kosongkan tanah...terus sodok pokok buah kat situ..umah sewa ade la dalam 12 bijik..habis kena sodok jugak...#:-S. Dah 5 tahun berlalu...projek apa pon tak naik kat situ...haram jadah punya BN.

Tok aku suspect..punca utama dia kena halau sebab dia sedekahkan sebijik umah sewa dia jadi markaz PAS dan banyak bagi sumbangan untuk hidupkan aktiviti PAS kawasan tu...Pastu byk aktiviti dijalankan kat markaz tu.. :D. Seberang jalan tu plak Bangunan UMNO..hehehe.. Lengang je..harap cantik je..:))

Simpati...dijajah di halau di bumi sendiri hak sendiri oleh bangsa sendiri....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register