Covid-19 Kelewatan di KLIA kerana jumlah penumpang yang ramai - KP Kesihatan

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,721
Reaction score
10,847
Points
1,906
Setiap penumpang akan menjalani saringan antara 10 hingga 15 minit, tetapi gilirannya mungkin mengambil masa.
#AWANInews #HapusCOVID19

COVID-19: Kelewatan di KLIA kerana jumlah penumpang yang ramai - KP Kesihatan
Bernama
September 28, 2020 14:16 MYT
COVID-19: Kelewatan di KLIA kerana jumlah penumpang yang ramai - KP Kesihatan

Dr Noor Hisham pada Sabtu mengumumkan peraturan yang mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah menjalani saringan COVID-19 di kawasan pintu masuk bermula 27 Sept hingga 10 Oktober ini. - Gambar fail

PUTRAJAYA: Waktu menunggu yang panjang bagi penumpang dari Sabah menjalani saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bukan disebabkan kekurangan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi jumlah penumpang yang ramai.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setiap penumpang akan menjalani saringan antara 10 hingga 15 minit sahaja tetapi gilirannya mungkin mengambil masa kerana penumpang yang ramai.


"Bagi satu kapal terbang masa yang dijangka diambil ialah sekurang-kurangnya dua jam, mungkin lebih. Kalau lebih daripada satu kapal terbang iaitu tiga atau empat kapal terbang yang tiba ia mungkin mengambil masa panjang.
"Masalah yang berlaku ialah kerana ramai penumpang. Jadi kena tunggu dan bersabar," katanya mengulas mengenai aduan dan laporan terdapat penumpang yang terpaksa menunggu sehingga enam jam untuk menjalani ujian COVID-19.

Ditemui pemberita selepas merasmikan 7th Malaysia Breast Care Nurse Meeting 2020 di Institut Kanser Negara di sini hari ini, Dr Noor Hisham berkata KKM telah menambah 90 lagi petugas di terminal utama KLIA dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), menjadikan jumlah petugas seramai 400 orang.

Dr Noor Hisham pada Sabtu mengumumkan peraturan yang mewajibkan individu yang baru tiba dari Sabah menjalani saringan COVID-19 di kawasan pintu masuk bermula 27 Sept hingga 10 Oktober ini.
Beliau yang turut melawat KLIA pada 3 pagi hingga 5 pagi tadi berkata keadaan masih terkawal dan terdapat petugas KKM yang bekerja syif berganda iaitu sehingga 16 jam.

Menurutnya, ujian swab dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu swab hidung dan mulut, kemudian penumpang akan dipakaikan gelang, diberi keterangan mengenai COVID-19 dan tindakan yang perlu mereka ambil.
Dr Noor Hisham berkata keputusan ujian saringan ke atas penumpang dari Sabah akan diketahui dalam masa 24 hingga 72 jam.

"Mereka yang positif akan dihantar ke hospital manakala yang negatif tapi ada terdedah kepada kes positif akan dikuarantin 14 hari," katanya.

Ditanya sama ada KKM ada memberi sebarang nasihat kepada Sabah memandangkan pilihan raya negeri itu sudah berakhir, Dr Noor Hisham berkata tindakan seterusnya untuk Sabah akan diumumkan hari ini.

Mengenai kes COVID-19 yang dilaporkan di beberapa pusat beli-belah di Lembah Klang, Dr Noor Hisham berkata ia kemungkinan disebabkan individu yang tidak menyedari diri mereka positif COVID-19.

"Apabila mendapat maklumat (berlaku kes COVID-19) di pusat beli-belah, kena nyahkuman kawasan itu sebagai langkah pencegahan," katanya.
-- BERNAMA

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,721
Reaction score
10,847
Points
1,906

COVID-19: KKM tambah kakitangan di KLIA, klia2 saring individu dari Sabah
#BuletinBernama: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah kakitangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 untuk menjalankan saringan kepada individu yang tiba dari Sabah.
Ia susulan peraturan baharu yang mewajibkan semua individu yang tiba dari Sabah, disaring di pintu masuk domestik dan antarabangsa bermula semalam hingga 10 Oktober.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,721
Reaction score
10,847
Points
1,906
Mohamad Nazri Abdul Kadir
menambah 4 foto baharu — di
KLIA2 Airport
.

17j · Kuala Lumpur ·

SUDAH 3 JAM MENANTI

Tanpa taklimat/arahan spesifik..

Tanpa makanan & minuman..

Fikirkanlah anak-anak kecil & warga emas yang ada. Kalau dah bersesak-sesak sebegini, tiada #Covid19 pun boleh kena jangkitan.

Takkan 4-5 orang sahaja Petugas Kesihatan yang ditempatkan di KLIA untuk buat Saringan #Covid19 bagi ribuan penumpang yang terbang dari Sabah?

Hari ini Ahad, tambahan pula baru habis #PRNSabah, sudah pastilah banyak penerbangan dari Sabah.

Sehebat inikah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA, TS Noor Hisham Abdullah & YB Dr Adham Baba?

1601275528999.png

1601275556262.png

— di
KLIA2 Airport

1601275590130.png

— di
KLIA2 Airport
1601275612520.png

— di
KLIA2 Airport
.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,721
Reaction score
10,847
Points
1,906
Mohamad Nazri Abdul Kadir
berada di
KLIA2 Airport
.

11j · Kuala Lumpur ·

SETELAH 9 JAM MENUNGGU

Pengalaman yang bagus buat orang awam (rakyat) & juga Jabatan/Kementerian Kesihatan.

Isu utamanya adalah persiapan untuk melaksanakan tugas (saringan #Covid19) tidak dirancang dengan baik oleh pihak terbabit.

Pada awalnya kami dibiarkan sahaja selama beberapa jam tanpa penerangan & juga arahan yang sepatutnya. Apabila makin ramai bersuara barulah ada tindakan yang lebih baik.

Sy tetap menekankan perkara melibatkan golongan yang sepatutnya didahulukan seperti:
01: Warga Emas & Orang Kurang Upaya.
02: Ibu mengandung & bayi.
03: Ibu yang membawa anak ramai.
04: Kanak-kanak yang sukar untuk dikawal aktivitinya.

Sudah tentulah kita tidak mahu mereka (golongan berisiko) mengalami masalah atau timbul isu-isu lain yang tidak sepatutnya berlaku.

Kalau kena batang hidung (ahli keluarga) sendiri pasti ada juga nitizen-nitizen yang #GegakGempita menyalak, histeria & #HuruHara.

Nitizen memang mudah mengecam, tetapi tidak merasai atau melihat sendiri bagaimana keadaan kami tadi bersesak-sesak. Penerbangan mendarat setiap jam tetapi penumpang masih lagi terkandas kerana kekurangan kakitangan pihak terbabit.

Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini buat semua pihak terlibat.
#KitaJagaKita #KitaMestiMenang #StaySafe
1601275751165.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,721
Reaction score
10,847
Points
1,906
Mohamad Nazri Abdul Kadir

4j ·

Hari ini dijangkakan RIBUAN lagi penumpang akan mendarat dari Sabah.
Lapangan Terbang utama yang beroperasi di Sabah:

1f449.png
Kota Kinabalu International Airport (KKIA) (BKI) - Kota Kinabalu
1f449.png
Sandakan Airport (SDK) - Sandakan
1f449.png
Tawau Airport (TWU) - Tawau
1f449.png
Lahad Datu Airport (LDU) - Lahad Datu
1f449.png
Kudat Airport (KUD) - Kudat
1f449.png
Labuan (LBU) - WP Labuan

Semoga AirAsia, MAS, MKN, KKM, MAB & semua pihak yang terlibat lebih bersedia agar tidak berulang lagi kesesakan & lambakan penumpang terkandas seperti semalam.

Dahulukan golongan:
01: Warga Emas & Orang Kurang Upaya.
02: Ibu mengandung & bayi.
03: Ibu yang membawa anak ramai.
04: Kanak-kanak yang sukar untuk dikawal aktivitinya.
#KitaJagaKita #KitaMestiMenang #StaySafe
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,721
Reaction score
10,847
Points
1,906
KKM telah menambah kakitangan di KLIA dan KLIA2 untuk menjalankan ujian saringan kepada semua pengembara dari #Sabah yang tiba di Pintu Masuk Antarabangsa dan domestik.
Peraturan baharu itu bermula hari ini dan mereka dipakaikan gelang kuarantin dan diwajibkan menjalani HSO.

1601275988756.png

1601275997465.png

1601276004888.png

1601276012937.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,721
Reaction score
10,847
Points
1,906
Semua petugas termasuk yang ditambah kepada 160 pada hari ini bantu proses saringan di KLIA, KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.


230 petugas Kesihatan Selangor bantu saring Covid-19

28 September 2020


1601277051753.png

Petugas kesihatan menjalankan saringan di KLIA 2. - Foto Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia


SHAH ALAM - Seramai 230 petugas Jabatan Kesihatan Selangor dikerahkan bersiap-sedia di tiga lapangan terbang bagi melancarkan proses saringan ke atas semua individu yang pulang dari Sabah.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Shari Ngadiman berkata, seramai 70 orang petugas kesihatan diarahkan untuk bertugas pada hari pertama pelaksanaan proses saringan tersebut dan jumlah itu ditambah kepada 160 pada hari ini.

"Semua petugas berkenaan akan melakukan pemantauan dan saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), KLIA 2 dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

"Dalam tempoh itu, semua individu yang disaring akan dipakaikan gelang pink dan perlu menjalani pemantauan di rumah sehingga keputusan ujian diketahui," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan semua individu yang baru tiba dari Sabah wajib menjalani saringan di pintu masuk antarabangsa (PMA) bermula 27 September sehingga 10 Oktober ini.

Pada 15 September lalu juga semua daerah di Selangor bertukar status zon hijau selepas 41 hari mengharungi kes aktif di bawah angka lima.
Bagaimanapun, empat daerah di negeri ini diisytihar sebagai zon kuning menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,224 kes.
Dalam pada itu, Shari turut menyarankan semua individu yang menjalani pengawasan dan pemantauan di rumah dapat mematuhi peraturan ditetapkan bagi menggelakkan mereka dikenakan tindakan denda.

"KKM juga mempunyai pasukan di luar yang akan melakukan pemantauan bagi memastikan pihak terlibat mematuhi arahan pemantauan di rumah sehingga keputusan ujian saringan dikeluarkan," katanya.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,721
Reaction score
10,847
Points
1,906
Lebih banyak kakitangan dikerah ke KLIA, klia2, percepat proses saringan Covid-19

September 28, 2020 11:27 AM

FMT-KLIA-IMMIGRATION-AIRPORTS-030919-2.jpg

Kementerian Kesihatan dan pihak berkuasa lapangan terbang berusaha keras untuk mengurangkan barisan panjang pengembara yang menunggu untuk menjalani ujian Covid-19.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan menambah lebih banyak peralatan dan petugas di KLIA dan klia2 untuk mempercepat proses ujian saringan Covid-19 untuk pengembara dari Sabah.

Menurut laporan Bernama, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, sumber tambahan itu akan membantu mengurangkan kesesakan di lapangan terbang.

Sejak semalam, pengembara dari Sabah, yang mengalami lonjakan kes Covid-19, mengadu perlu menunggu berjam-jam untuk menjalani ujian saringan Covid-19 dan ujian swab oleh pegawai kesihatan.
Terdahulu, kerajaan mewajibkan mereka yang kembali dari negeri itu menjalani ujian saringan Covid-19 di lapangan terbang susulan lonjakan kes, dan jumlah orang dari Semenanjung yang terlibat dalam pilihan raya pada Sabtu.


Sementara itu, Malaysia Airports berkata, Adham dan ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berada di lokasi untuk memantau keadaan.

Menerusi hantaran di media sosial, Malaysia Airports berkata, keutamaan diberikan kepada warga emas dan keluarga dengan anak kecil untuk ujian Covid-19.

“Sila maklumkan kepada kakitangan di lokasi sekiranya anda memerlukan bantuan semasa menunggu. Pegawai kesihatan akan bekerja secepat mungkin untuk menjalankan ujian,” katanya.

Ia berkata, makanan dan minuman percuma disediakan bagi memastikan pengembara dari selesa sementara menunggu ujian Covid-19 dibuat.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,721
Reaction score
10,847
Points
1,906
Mereka di sana pada pukul dua pagi, susulan waktu menunggu lama untuk penumpang dari Sabah menjalani ujian Covid-19 sehingga menyebabkan kesesakan.

1601277610206.png

1601277620891.png


Adham, Noor Hisham di KLIA, KLIA2 awal pagi tinjau kesesakan
Diterbitkan Hari ini 2:18 pm


Menteri Kesihatan Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berada di KLIA dan KLIA2 awal pagi ini, di tengah-tengah barisan panjang penumpang yang sedang menunggu untuk ujian Covid-19.

Keadaan itu ekoran arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mewajibkan para penumpang dari Sabah - yang menyaksikan meningkatnya kes Covid-19 - untuk mengadakan ujian saringan.
Mereka juga ditanda dan diwajibkan menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.

Bagaimanapun, hari pertama pelaksanaan arahan itu semalam tidak berjalan lancar ekoran kekurangan petugas dan peralatan dari KKM sehingga menyebabkan koridor lapangan terbang terlalu sesak.


634a15b66895974ae9878368620f94a0.jpg


Beberapa penumpang berkata mereka terpaksa menunggu lebih tiga jam dan dengan lebih banyak ketibaan dari Sabah, ada yang menunggu sehingga enam jam.
Adham dan Noor Hisham berada di lapangan terbang pada jam dua pagi tadi di saat barisan menunggu masih panjang.

“Adham meninjau kesesakan yang dialami mereka dari Sabah yang tiba di KLIA dan KLIA2

“Masalah kesesakan akan diselesaikan segera dengan penambahan peralatan dan petugas.

"Beliau berterima kasih kepada semua petugas KKM atas komitmen mereka," menurut kementerian itu di Twitter.



Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) turut berkongsi gambar Adham dan Noor Hisham di lapangan terbang itu menerusi di Facebook.





“Adham dan Noor Hisham ada bersama kami sejak awal pagi tadi untuk melihat perkembangan ujian saringan.

“Terima kasih atas dedikasi dan komitmen anda untuk memastikan semua langkah keselamatan dan prosedur ujian saringan berjalan lancar.

"Kami gembira untuk bekerja dengan semua pihak dalam memudahkan proses untuk penumpang kami," kata MAHB.




Tempoh menunggu lama yang dihadapi penumpang yang letih dan lapar telah menimbulkan kekecewaan, selain kebimbangan sukarnya mengamalkan penjarakan fizikal ekoran keadaan yang sesak.



Menurut MAHB, pihaknya akan mengambil langkah untuk mengurangkan kesukaran yang dihadapi mereka yang menunggu.

“Anak syarikat kami Eraman sedang bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk mengagihkan makanan buat penumpang yang tiba dari Sabah,” katanya.

Semalam, sejumlah 150 kes baru Covid-19 dilaporkan dengan kebanyakannya - iaitu 124 kes - adalah di Sabah.

Sekurang-kurangnya 15 kes yang dilaporkan di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang,Johor dan Melaka juga dikesan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Keadaan ini sebaik tamatnya PRN Sabah pada Sabtu lalu dengan ramai pihak yang terlibat mula pulang ke semenanjung.


 
Sponsored Post
Top
Log in Register