BTC USD 60,416.2 Gold USD 1,742.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelemahan penguatkuasaan punca tidak takut rasuah

Encik Sponge

Active+ Member
Joined
Jul 22, 2013
Messages
4,804
Reaction score
639
Points
81
Cait... kari kuah kasi lebih taruk atas

Awat hg xamik contoh kes rasuah tok semah yg baru disabit tu

Cakap la sebab utama pasal penguatkuasaan terpilih....

Sebab tu org tak takut pasal ada contoh besar yg xkena tindakan

Sebab tu penguatkuasa pon jadi serba salah nak amik tindakan... malu nak amik tindakan
 
Sponsored Post

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,283
Reaction score
1,317
Points
201
Cait... kari kuah kasi lebih taruk atas

Awat hg xamik contoh kes rasuah tok semah yg baru disabit tu

Cakap la sebab utama pasal penguatkuasaan terpilih....

Sebab tu org tak takut pasal ada contoh besar yg xkena tindakan

Sebab tu penguatkuasa pon jadi serba salah nak amik tindakan... malu nak amik tindakan
Bilis biasa la kena up Jerung menikus......rm50 rasuah, klau 5 juta tu komisyen elok punya perangai depa nie hahaha
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,072
Reaction score
590
Points
171
UMNO bebas rasuah. Politik wang je...
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,508
Reaction score
1,946
Points
206
Kelemahan penguatkuasaan punca tidak takut rasuah
MUKHRIZ MAT HUSIN | | 20 Februari 2021
Ahad | 21 Februari 2021
View attachment 345623
SHAH ALAM - Undang-undang membabitkan rasuah boleh dikatakan lengkap tetapi berlaku kelemahan penguatkuasaan sekali gus menjadikan masyarakat tidak takut menerima dan memberi rasuah.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Datuk Kamarudin berkata, penambahbaikan dalam aspek penguatkuasaan perlu selain mengenakan tindakan terhadap pemberi dan penerima rasuah.

Beliau turut memberi contoh majoriti mereka yang dihadapkan di mahkamah membabitkan penjawat awam.
“Apa yang kita risau dalang sebenar terlepas tindakan mahkamah setelah memberi persetujuan untuk menjadi saksi pihak pendakwa raya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurut Shahrul Nasrun, rasuah merupakan masalah universal yang memerlukan penglibatan daripada semua pihak jika mahu membendungnya.
“Rasuah tidak eksklusif kepada ahli politik sahaja. Jika kita merujuk data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini menunjukkan penjawat awam antara turut terlibat dalam rasuah. Paling membimbangkan kebanyakan kes rasuah membabitkan penjawat awam berusia di bawah 40 tahun.
“Dua kes besar iaitu skandal daging import melibatkan beberapa agensi kerajaan serta skandal Jabatan Imigresen Malaysia dalam kes sindiket pemalsuan cop keluar masuk di sempadan negara. Antara yang ditahan ialah pengarah agensi itu sendiri. Maksudnya, penjawat awam yang berkhidmat berpuluh tahun yang mengetahui selok-belok perundangan terbabit rasuah,” katanya.
Jelasnya, rasuah berlaku dalam setiap peringkat dalam agensi kerajaan dan ia mendorong masyarakat untuk memberikan imbuhan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan agensi kerajaan seperti SPRM bebas daripada penglibatan mana-mana pihak.
“Agensi seperti Institut Integriti Malaysia (IIM), Transparency International Malaysia (TI-M) serta Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) perlu mempromosikan budaya integriti dan akauntabiliti di peringkat sekolah. Mungkin dirangka modul mengenai integriti bermula di sekolah rendah,” ujarnya.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf


Bukan sebab gaji rendah tapi ada peluang
NAZRIN ZULKAFLI | | 03 Mac 2021

988669.jpg


SHAH ALAM - Gejala rasuah yang berlaku kini bukan disebabkan masalah kurang pendapatan, sebaliknya adalah kerana seseorang itu melihat ruang dan peluang untuk mendapatkan ganjaran lebih tinggi.

Pemangku Presiden Yayasan Antirasuah Malaysia, Mohd Rafee Md Aris berkata, jenayah rasuah pada masa ini telah dirancang, ada pakatan dan perbincangan bagi kepentingan serta mengaut keuntungan.

Beliau berkata, mereka yang ditangkap kerana terbabit rasuah dalam jumlah yang besar bukan disebabkan masalah kurang pendapatan atau terdesak.

“Kebanyakan penguat kuasa yang ditangkap akibat rasuah adalah disebabkan dia mencari ruang dan peluang untuk mendapatkan pendapatan yang lebih.

“Kebanyakan mereka melakukan perbuatan rasuah dengan orang ketiga atau pihak luar.

“Jika kita lihat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang berkaitan penjualan kad pengenalan kepada warga asing, orang yang berada di dalam jabatan sendiri yang boleh memanipulasi dokumen dan menjual dokumen tersebut.

“Perkara ini mesti melibatkan permintaan daripada orang ketiga. Dengan kebijaksanaan mereka merancang bersama, dokumen tersebut dapat diluluskan secara tepat tanpa disedari,” katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pada 12 September 2019, seorang Penolong Pengarah Jabatan JPN Pulau Pinang antara enam individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Georgetown.

Ia selepas tertuduh didakwa atas 32 pertuduhan terlibat dalam sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah kepada warga asing.

Sementara itu, Rafee memberi cadangan bagi membanteras gejala tersebut iaitu antaranya memberikan gelaran ‘Wira Hang Tuah’ kepada pelapor, memulakan pendidikan kesalahan rasuah di sekolah rendah dan mempertingkat kempen kesedaran.

Beliau turut menyokong kempen Sinar Rasuah Busters yang disifatkan sebagai satu platform kukuh bagi memberikan maklumat kepada khalayak ramai.

“Apa yang Sinar Harian buat adalah satu perkara yang baik kerana akhbar ini mempunyai platform yang sangat kukuh dengan mempunyai satu audiens yang besar.

“Sinar Harian telah melakukan satu perkara yang berpandukan agama iaitu nasihat terlebih dahulu dan memberi tunjuk ajar serta kesedaran kepada masyarakat mengenai betapa buruknya rasuah,” ujarnya.

Akuinya, perkara sebegini perlu diteruskan dalam jangka masa panjang kerana rasuah merupakan satu perbuatan yang sudah wujud sejak dahulu sehingga kini.

Beliau turut mengharapkan agar kempen tersebut dilakukan dengan bersungguh-sungguh supaya gejala rasuah dapat dibanteras dan tiada pihak yang mengambil kesempatan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...ster/Bukan-sebab-gaji-rendah-tapi-ada-peluang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

cariemas100

Fun Poster
Joined
Oct 24, 2020
Messages
168
Reaction score
24
Points
15
rasuah ini pekara biasa. susah nk bendung. satu dunia ada rasuah
 

cariemas100

Fun Poster
Joined
Oct 24, 2020
Messages
168
Reaction score
24
Points
15
selagi ada manusia, selagi itu ada rasuah. gantikan semua penguatkuasa dgn robot pon still akan ada rasuah.
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,508
Reaction score
1,946
Points
206
Negara musnah jika pemimpin, masyarakat amal rasuah
SARINAH MAT KASIM | | 04 Mac 2021

989838.jpg

Gambar kecil: Nicole Tan
A
A
SEREMBAN - Amalan memberi dan menerima rasuah perlu ditangani segera bagi memastikan masa depan negara berada dalam keadaan baik.

Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat Negeri Sembilan, Nicole Tan berkata, sesebuah negara boleh runtuh sekiranya pemimpin dan masyarakat mengamalkan rasuah.

“Kita tidak mahu negara musnah disebabkan amalan rasuah, masa depan negara dan rakyat perlu dibentuk bermula sekarang.

“Jika kita dapat perangi rasuah bermula hari ini, saya yakin masa depan generasi akan datang pasti terjamin sekali gus membentuk sebuah negara yang disegani.

“Kita tidak mahu apa yang berlaku di negara luar, yang kaya dan maju tetapi rakyat serta pentadbirnya mengamalkan rasuah,” katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas lanjut, ADUN Bukit Kepayang itu berkata, sikap memberi dan menerima rasuah adalah perbuatan kejam sama seperti kesalahan membunuh.

Katanya, terdapat banyak amalan rasuah berlaku dalam hal ehwal kontraktor, malah ada yang sanggup membayar ‘ejen’ semata-mata untuk mendapatkan projek.

“Situasi seperti ini perlu diperbetulkan, hanya kerana mahu cari jalan mudah mereka terlibat dengan aktiviti rasuah.

“Bagi saya setiap masyarakat sepatutnya sedar dengan kesalahan memberi dan menerima rasuah itu adalah perbuatan yang terkutuk serta perlu dijauhi demi kepentingan bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Nicole menyifatkan sifat pentingkan diri sendiri dan mahu hidup mewah menjadi antara faktor amalan rasuah berlaku dalam masyarakat.

“Selain itu, gaji yang rendah dan kos hidup terlalu tinggi turut menjadi salah satu punca mengapa rasuah ini diterima dan dianggap perkara biasa dalam kalangan masyarakat.

“Oleh itu, jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini perlu dilihat sehingga ke akar umbi sekiranya kita mampu mengurus tadbir negara secara telus dalam semua aspek. Pastinya kita dapat atasi masalah ini secara berkesan,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...a-musnah-jika-pemimpin-masyarakat-amal-rasuah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,508
Reaction score
1,946
Points
206
‘Ubati rasuah sebelum jadi barah’
AZIE YAHAYA | | 04 Mac 2021

989802.jpg

Hussamuddin (dua dari kiri) bersama wakil NGO ketika sesi Perbincangan Kolaboratif #RasuahBusters bersama Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN) di Kumpulan Karangkraf pada Rabu. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
SHAH ALAM - Gejala rasuah di negara ini berada pada tahap membimbangkan dan perlu diubati sebelum bertukar menjadi barah yang berbahaya.

Pengarah Eksekutif Pendidikan Ikram Musleh Berhad, Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor berkata, masyarakat terutamanya umat Islam perlu menolak dan membenci amalan rasuah sebagaimana mereka menyatakan benci serta jijik kepada haiwan haram.

“Rasuah membabitkan soal integriti dan integriti pula melibatkan sikap serta tingkah laku individu.

“Jadi bukan satu tugas yang mudah untuk kita mengubah sikap dan tingkah laku individu melainkan mereka sendiri bersedia untuk bermuhasabah, menginsafi kesilapan serta mahu berubah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian selepas menghadiri sesi Perbincangan Kolaboratif #RasuahBusters bersama Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN) di Kumpulan Karangkraf pada Rabu.

Turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub dan Presiden IPPN, Datuk Tan Yew Sing serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain.


989801.jpg

Megat Mohamed Amin (depan, dua dari kiri) bersama Hussamuddin (depan, tiga dari kiri) dan Yew Sing (depan, tiga dari kanan) serta wakil NGO lain selepas sesi Perbincangan Kolaboratif #RasuahBusters bersama Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN) di Kumpulan Karangkraf pada Rabu. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

Menurut Megat Mohamed Amin, beliau percaya sekiranya orang ramai boleh berbuat demikian, maka tahap serta nilai integriti mereka akan dipertingkatkan dalam kehidupan seharian.

“Bila makanan tak halal kita tolak tetapi kalau melibatkan rasuah, masih ada yang memberi dan menerimanya,” katanya.

Tambah Megat Mohamed Amin lagi, pendedahan mengenai jenayah rasuah perlu dipupuk sejak awal bermula di bangku sekolah.

“Selain aspek penguatkuasaan undang-undang, pendedahan awal mengenai kesalahan serta kesan negatif rasuah perlu disemai dalam kalangan murid.

“Nilai integriti, jujur dan amanah perlu ditanam dalam diri anak-anak sejak kecil. Ajar mereka untuk benci dan jijik kepada rasuah agar ia menjadi tabiat serta budaya dalam diri mereka.

“Ajarkan mereka apa yang disuruh serta dilarang dalam al-Quran dan as-Sunnah. Apabila suasana itu sudah diterapkan sejak kecil, akan lahir generasi muda yang bersikap telus dan jujur ketika menjalankan tugas mereka apabila dewasa kelak,” katanya.

Mengulas mengenai kempen Rasuah Busters, Megat Mohamed Amin berkata, beliau menyokong penuh usaha berkenaan dan berharap semua pihak turut mengambil peranan dalam kempen itu.

“Sekiranya semua pihak berganding bahu dan turut serta, saya yakin kempen ini akan berjaya.

“Ini tanggungjawab kita untuk menghentikannya. Sekiranya kita tidak melakukan apa-apa, sistem nilai kita akan lebih merosot.

“Mungkin ia mengambil sedikit masa namun saya percaya, ia akan memberi impak kepada semua pihak. Saya percaya gejala rasuah di negara kita lama-kelamaan akan berkurangan,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...Rasuah-Buster/Ubati-rasuah-sebelum-jadi-barah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
25,508
Reaction score
1,946
Points
206
Kempen antirasuah dalam komuniti
WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR | | 04 Mac 2021

989841.jpg

Gambar kecil: Muhd Akmal Fawwaz
A
A
SHAH ALAM - Kempen antirasuah dalam komuniti perlu digerakkan dari masa ke masa bagi mewujudkan satu gerakan yang lebih berkesan supaya masyarakat membenci amalan yang mampu merosakkan negara itu.

Pengerusi Persatuan Pewaris Anak Kuala Kedah (Pekaka), Muhd Akmal Fawwaz Muhamad Ali berkata, program kesedaran perangi rasuah perlu dilakukan oleh semua pihak dan bukannya terletak di bahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semata-mata.

Menurutnya, sebuah gelombang antirasuah perlu diwujudkan dalam komuniti, sekali gus memupuk budaya ketelusan serta integriti.

“Hari ini sudah ada kempen-kempen seumpama itu namun perlu diperhebatkan lagi dalam masyarakat khususnya. Semua orang harus mempunyai kesedaran ini termasuk menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti SPRM.

“Semua orang perlu memainkan peranan ini terutamanya komuniti setempat. Apabila wujud gelombang yang besar daripada rakyat terhadap amalan rasuah maka dengan sendirinya ia mampu dicegah selain budaya itu juga turut dilarang agama,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhd Akmal Fawwaz berkata, golongan muda juga perlu diterapkan dengan budaya memerangi rasuah sejak mereka berada di bangku sekolah lagi terutamanya berhubung nilai moral, etika dan juga integriti.

“Selain memberikan tumpuan kepada komuniti, golongan muda juga tidak boleh dilupakan. “Golongan inilah yang akan membentuk kepimpinan masa hadapan dan sangat penting untuk kita terapkan perkara ini sejak mereka kecil lagi,” katanya.

Menurutnya, kempen Rasuah Busters yang dilancarkan sebelum ini juga harus disambut baik oleh semua pihak dan pemimpin juga perlu sama-sama membantu untuk memerangi gejala rasuah.

“Kerjasama erat antara SPRM, pemimpin, komuniti termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sendiri juga perlu diperkemaskan. Kerjasama seumpama ini jika mampu dilaksanakan ia mampu membentuk gelombang masyarakat yang kuat dan anti kepada budaya rasuah.

“Kerajaan juga mungkin boleh menambahbaik lagi penguatkuasaan undang-undang sebagai satu langkah tegas dan bukti bahawa rasuah adalah ancaman yang sangat bahaya kepada negara dan perlu dibendung segera,” katanya lagi.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...asuah-Buster/Kempen-antirasuah-dalam-komuniti
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register