BTC USD 60,453.8 Gold USD 1,735.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelemahan penguatkuasaan punca tidak takut rasuah

akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,860
Reaction score
2,143
Points
201

MUKHRIZ MAT HUSIN | | 20 Februari 2021
Ahad | 21 Februari 2021
977038.jpg

SHAH ALAM - Undang-undang membabitkan rasuah boleh dikatakan lengkap tetapi berlaku kelemahan penguatkuasaan sekali gus menjadikan masyarakat tidak takut menerima dan memberi rasuah.

Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun Datuk Kamarudin berkata, penambahbaikan dalam aspek penguatkuasaan perlu selain mengenakan tindakan terhadap pemberi dan penerima rasuah.

Beliau turut memberi contoh majoriti mereka yang dihadapkan di mahkamah membabitkan penjawat awam.
“Apa yang kita risau dalang sebenar terlepas tindakan mahkamah setelah memberi persetujuan untuk menjadi saksi pihak pendakwa raya,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Menurut Shahrul Nasrun, rasuah merupakan masalah universal yang memerlukan penglibatan daripada semua pihak jika mahu membendungnya.
“Rasuah tidak eksklusif kepada ahli politik sahaja. Jika kita merujuk data yang dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini menunjukkan penjawat awam antara turut terlibat dalam rasuah. Paling membimbangkan kebanyakan kes rasuah membabitkan penjawat awam berusia di bawah 40 tahun.
“Dua kes besar iaitu skandal daging import melibatkan beberapa agensi kerajaan serta skandal Jabatan Imigresen Malaysia dalam kes sindiket pemalsuan cop keluar masuk di sempadan negara. Antara yang ditahan ialah pengarah agensi itu sendiri. Maksudnya, penjawat awam yang berkhidmat berpuluh tahun yang mengetahui selok-belok perundangan terbabit rasuah,” katanya.
Jelasnya, rasuah berlaku dalam setiap peringkat dalam agensi kerajaan dan ia mendorong masyarakat untuk memberikan imbuhan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan oleh pihak berkuasa.
Dalam pada itu, beliau mencadangkan agensi kerajaan seperti SPRM bebas daripada penglibatan mana-mana pihak.
“Agensi seperti Institut Integriti Malaysia (IIM), Transparency International Malaysia (TI-M) serta Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) perlu mempromosikan budaya integriti dan akauntabiliti di peringkat sekolah. Mungkin dirangka modul mengenai integriti bermula di sekolah rendah,” ujarnya.
© 2018 All Rights Reserved • Karangkraf Group • © 2018 Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
293,915
Reaction score
12,465
Points
2,376

View attachment 345623

Punca nya sebab rasuah
Sebab tu penguatkuasaan lemah
 
nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,610
Reaction score
428
Points
46
Punca nya sebab rasuah
Sebab tu penguatkuasaan lemah
rasuah berpunca dari penguatkuasaan lemah..
penguatkuasaan lemah berpunca dari rasuah..o_O
very vicious circle nih..

umpama
aku susah hati sbb kuat makan..
aku kuat makan sbb susah hati ..
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
293,915
Reaction score
12,465
Points
2,376
rasuah berpunca dari penguatkuasaan lemah..
penguatkuasaan lemah berpunca dari rasuah..o_O
very vicious circle nih..

umpama
aku susah hati sbb kuat makan..
aku kuat makan sbb susah hati ..

Telor dulu
Atau
Ayam dulu
Gitu la kan 😁
 
lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,283
Reaction score
1,317
Points
201
Napa nmpk penguatkuasa ja, ahli politik klau ambik di ckp komisyen penjawat awam ckp rasuah....klau kroni tu nak sebut apa.....ckp siang pandang2 sama....ibarat ketam ajar anak jalan lurus.....
 
pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,990
Reaction score
622
Points
121
UMNO pun dah pandai bercakap soal rasuah sekarang.
 
GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,771
Reaction score
1,609
Points
201
Sembang Kari.. isu rasuah bukan 1st kes semlm ke jadian... Dari zaman p ramli lagi da ade..
 
teapear

Active Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
2,123
Reaction score
322
Points
51
sama macam la macam cerita peminta sedekah..

tiada peminta sedekah.. yang nak memberi sedakah pun tiada..
 
akudotcom

Legendary Member
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
12,860
Reaction score
2,143
Points
201
Biasa tgk yg tukang terima aje sangkut
Yg tukang beri bebas dia scam penerima lain pla
 
kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,860
Reaction score
2,719
Points
206
kan ada contoh terdekat dalam umno.
dia nak juga petik kartel daging import dengan penjawat awam.

lucu la datuk ni.
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register