Kelebihan Jumaat

CG Sponsors




muhammad

Junior Member
Joined
Dec 28, 2008
Messages
60
Reaction score
86
Points
16
JUMAAT

Ada seorang soleh yang telah buta di minta dihantarkan ke satu perkuburan. Sesampainya di kubur dia mengucapkan salam. Tiba-tiba Allah mengizinkan roh dari salah seorang ahli kubur menjawab salam orang buta tersebut. katanya "Bertuahlah engkau wahai penduduk dunia, kerana kamu dapat menunaikan haji empat kali dalam sebulan." "Bagaimana caranya?" tanya sibuta. "Semuga Allah memberi rahmat kepada mu, caranya adalah solat Jumaat. Apakah kamu tidak mengetahui bahawa solat Jumaat itu sama dengan haji mabrur." jawab ahli kubur tersebut. Dan adapun kelebihan hari Jumaat itu sangat banyak..

Kebaikan dan kelebihan hari Jumaat

Sebaik-baik hari adalah hari Jumaat. Jika kita tahu akan kelebihannya maka kita tak akan mahu bekerja pada hari itu melainkan beribadat kepada Allah sepanjang-panjang harinya. Kadang-kadang kita tak mengerti kenapa masa kini orang lebih memuliakan hari Ahad kerana hari tersebut adalah hari orang-orang kristian pergi ke gereja dan seolah-olah memberi kesempatan kepada mereka pula untuk `beribadat`.

Sedangkan kita umat Islam dibenarkan kerja pada hari Jumaat. Memanglah bekerja itu baik tetapi terlebih lampau baik jika kita dapat beribadat pada hari Jumaat. Alasan seperti jika cuti hari hari Jumaat pun bukan orang beribadat tetapi keluar bersantai jua tidak boleh dipakaiterima kerana ini hanyalah untuk orang-orang yang tidak mengenal kelebihan hari Jumaat itu. Bagaimana pula kepada mereka yang hendak beribadat pada hari Jumaat, kerana mereka ini tahu akan kelebihan Jumaat itu. Bukannya setelah tamat solat Jumaat tergesa-gesa ketempat kerja takutkan tak sempat untuk bekerja, takut majikan marah tetapi kita tak takut kepada kemurkaan Allah, bukankah dengan tergesa-gesa mementingkan urusan dunia itu keji dengan melupai akan rezeki yang diberi Allah kepada kita.

Bukankah rezeki itu Allah yang beri, cuma diberi melalui majikan sahaja. Jika perkara ini pun kita tidak boleh memberi kelebihan kepada Allah, apatah lagi dengan perkara-perkara lain. Orang-orang yang selalu menggunakan pekerjaan itu sebagai ibadat tidak faham apa sebenarnya yang hendak diperlukan dahulu, bersyukur kepada Allah atau bekerja sahaja sehingga terlupa rezeki itu Allah yang kurniakan.

Janganlah kita selalu terpedaya kepada mereka-mereka yang selalu mengucapkan perkataan sebegitu kerana turut mengheret kita kedalam dunia yang sementara ini tanpa memperdulikan akan hari akhirat.

"Hanya Allah S.W.T Maha Mengetahui"

Fadzilat

· Pada hari Jumaat itu pahalanya lebih daripada hari-hari lainnya.

· Sepanjang 24 jam yakni dari petang Khamis sehinggalah ke petang hari Jumaat itu sangat dimakbul doanya dan dalam 24 jam itu terdapat satu masa yang sangat-sangat dimakbul oleh Allah yang tidak diketahui oleh manusia. (sebagai contoh Allah tidak nyatakan bila itu Lailatul Qadar pada bulan puasa) sesetengah pendapat ada mengatakan bahawa waktu paling dimakbul doa adalah antara 2 khutbah (seperti 10 hari terakhir pada bulan puasa, lailatul Qadar itu berada).

· Sesiapa yang mati pada hari Jumaat terlepas dari siksaan kubur.

· Nabi Adam dijadikan pada hari Jumaat dan hari Jumaat dimasukan kedalam syurga dan dikeluarkan jua pada hari Jumaat.

· Sesiapa yang ambil wudu` dengan sempurna dan datang kemasjid, dengar khatib membaca khutbah dan diam tanpa berkata-kata maka diampun dosanya 10 hari.

· Hendaklah khusu` mendengar khutbah dengan tidak bergerak banyak memandang kesana kesini kerana dengan berbuat demikian maka hilanglah pahanya kerana mendengar khutbah itu jua seperti membuat sembahyang sunat 2 rakaat.

· hendaklah menyegerakan sunat tahayatul masjid itu kerana fadzilatnya besar. Jika kita datang ke masjid dan terus duduk maka terputuslah fadzilat sunat tahayatul masjid itu.

· Hendaklah datang jua ke masjid hari Jumaat itu kerana fadzilat itu sangat besar.

· Jika mendengar orang bercakap jangan ditegur orang itu kerana ia juga akan menghilangkan pahala Jumaat kita.

· Jika tidak sembahyang Jumaat (jua waktu) akan dibutakan hatinya oleh Allah. Yang selalu meninggalkan sembahyang akan dimetrikan hatinya, jadilah mereka orang-orang yang lalai.

· Setelah terbit fajar mandilah sunat hari Jumaat.

· Setelah habis solat Jumaat itu sembahyanglah sunat selepas Jumaat pun begitulah biarlah kita bersama-sama berdoa dan berzikir memuji Allah, bersama imam dan janganlah setelah tamat kita terus bangun tanpa adapun pujian dan kesyukuran kepadaNya.

Jika kita melihat dan merenung akan semua ini adakah kita patut lebih melebihi dunia ini dari berbakti kepada Allah. Tidakkah pada petangnya ingin kita mengucapkan zikir kepadaNya setelah sekian 6 hari itu bekerja di atas muka bumi ini. Tidakkah berasa dihati kita untuk mengucapkan terima kasih kepadaNya.
"Hanya Allah S.W.T Maha Mengetahui"
 
Sponsored Post

Storyday

Active Member
Joined
Dec 9, 2007
Messages
2,409
Reaction score
13
Points
25
Nice post. Nak bersiap-siap dah ni. :)
 
Sponsored Post
Top
Log in Register