BTC USD 38,964.0 Gold USD 1,799.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Kelas English DEWASA (Kerja) Tuisyen MUET, iELTS, SPM Ulangan, PT3/ Cuti Sekolah

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,204
Reaction score
3
Points
35
Belajar Bahasa Inggeris Menggunakan Bahasa Melayu

2. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan yang biasa digunakan dan popular iaitu BBIMBI (Belajar Bahasa Inggeris Menggunakan Bahasa Inggeris). (Harap maklum istilah BBIMBM bukan rasmi).

3. Pendekatan BBIMBI menjadi kebiasaan dan popular kerana berdasarkan sejarah pengajaran bahasa Inggeris mulanya dibuat oleh kebanyakannya guru-guru bukan Melayu yang tidak mahir berbahasa Melayu, oleh itu mereka tidak cuba menyelaraskan ('reconcile') antara bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris, lalu mereka memilih pendekatan BBIMBI. Pendekatan ini kemudiannya turut diterima oleh guru-guru Melayu yang mengajar bahasa Inggeris, dan turut diperakui oleh ibubapa Melayu.

4. Bagaimanapun, kemudiannya ramai orang Melayu yang menjadi mahir berbahasa Inggeris dengan belajar secara sendiri-sendiri tanpa menggunakan pendekatan BBIMBI tapi menggunakan pendekatan BBIMBM. Mereka belajar sendiri-sendiri kerana tiada buku belajar bahasa inggeris menggunakan pendekatan BBIMBM.

5. Tidak ramai guru atau penulis buku yang berterus terang mahu menggunakan pendekatan BBIMBM kerana kurang keyakinan atau takut dikutuk atau diperkecilkan oleh pendokong-pendokong pendekatan BBIMBI yang dominan dan egoistik dengan pendekatan mereka.

6. Pendokong BBIMBI mengatakan kalau nak pandai bahasa inggeris kena cakap inggeris, baca buku Inggeris selalu. Mereka kata jangan terjemah bahasa Inggeris dalam kepala.

7. Pendekatan BBIMBI sesuai bagi mereka yang belajar dan bercakap Inggeris sejak dari kecil disebabkan latarbelakang persekolahan dan pergaulan mereka.

8. Bagi mereka yang mahu belajar bahasa Inggeris sesudah mereka besar panjang, atau sukar menggunakan pendekatan BBIMBI, mereka perlu pendekatan berbeza kerana mereka tak faham lagi makna perkataan-perkataan yang mereka sebut. Caranya ialah dengan menterjemah setiap perkataan yang mereka jumpa, dari situ mereka tahu perbezaan struktur antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Mula-mula memang kena terjemah dan bina struktur dalam kepala (ingatan), tapi selepas kita rajin baca dan bercakap bila ada kesempatan, kita boleh lancar membaca dan memahami apa yang orang cakapkan dalam bahasa Inggeris.

9. Memang pendekatan BBIMBM ini menjadikan anda hanya boleh cakap Inggeris seperti orang Melayu cakap Inggeris, bukan seperti orang Inggeris cakap Inggeris. Pendekatan ini tidak menjadikan anda lupa struktur bahasa Melayu apabila anda sudah mahir Inggeris. Seperti yang anda perasankan, ada orang Melayu yang tergigil-gigil nak bercakap dalam Bahasa Melayu semula selepas biasa cakap bahasa Inggeris, ini kerana mereka ini mungkin menyerap terus struktur Inggeris dan belum menyerap perbezaan dalam bahasa Melayu.

10. Yang penting ialah, selepas tahu struktur dan sedikit sebanyak perkataan Inggeris, rajin-rajinkanlah lagi membaca makalah-makalah Inggeris dan jangan takut bercakap bahasa Inggeris.

11. Harus diingat bahawa Bahasa Inggeris bukan bahasa ibunda oleh itu jangan terlalu berharap atau merasa bersalah bahawa kita menyebut dan mengeja Bahasa Inggeris dengan sempurna. Cuba perhatikan bagaimana Bahasa Inggeris digunakan oleh pemimpin-pemimpin dunia dari Indonesia, Afrika, Cina, Amerika Selatan, Russia, Eropah dan sebagainya. Mereka menyebut perkataan Inggeris mengikut dialek mereka.

12. Memang ada segelintir orang yang mahu menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa bahasa ibunda. Mereka bercakap Inggeris dimana-mana. Jangan tiru mereka. Segelintir lagi menghina mereka yang tidak mahir berbahasa Inggeris.

13. Apa yang penting ialah kita memahami apa yang disebut, dibaca dan ditulis dalam bahasa Inggeris. Tapi kita tidak boleh menjadi orang Inggeris.

14. Pendekatan BBIMBI adalah pendekatan 'yang mudah disusahkan'.


...Kelas English Dewasa (utk Kerja/Muet) -> http://www.MyCambridge.blogspot.com




.
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register