To Sell Kelas English DEWASA (Kerja) Tuisyen MUET, iELTS, SPM Ulangan, PT3/ Cuti Sekolah

CG Sponsors




akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,072
Reaction score
3
Points
35
MUET : BASIC INFO yang kena tahu


enapa kena ada MUET?

MUET ini antara syarat kelayakan untuk course degree (undergraduate) untuk masuk university sama ada IPTA atau IPTS. IPTA memang wajib ambik. PM, Datuk Seri Najib telah mewajibkan MUET sebagai syarat kelayakan untuk masuk course degree.


Muet ini ada 3 sesi setahun. Boleh tengok kalendar sini.
> Mac
> Julai
> November

Requirement Band MUET untuk course degree



Band MUET


Makin tinggi band, makin bagus markah MUET.



Komponen MUET





Selalunya MUET ini dia asingkan 2 hari. 1 hari untuk Speaking test sahaja. 1 hari lagi untuk semua writing test (Listening, Reading, Writing). Jangan risau, nanti kat slip muet akan diberitahu tarikh & masa ujian. Contoh gambar slip muet klik sini. Macam dalam gambar, tempat test (test centre) pun akan diberitau.



Perkara basic perlu ada sebelum ujian MUET

Print siap-siap slip MUET dari link ini dan kena bawa untuk setiap kali peperiksaan.
IC dan kad matriks kena bawa juga
Alat tulis (untuk semua writing test)





Perkara basic lain (I wish somebody told me before I took MUET)

Kena pakai baju yang sesuai. Kasut bertutup. Laki baju berkolar. Pakaian yang sopan dan sesuai.
Untuk speaking test, alat tulis pensil, pemadam dan kertas disediakan. Speaking test sahaja!
Untuk semua komponen writing test (Listening - Reading - Writing), jarak masa dari satu test ke test yang lain tak jauh, jadi pepandailah bawa air masak secukupnya. Biskut ke roti ke untuk makan kalau lapar. Pastikan tidur kena cukup baru dapat jawab power ye tak?
Pakai jam walaupun anda membencinya. Datang awal sebelum waktu yang dia tulis terutamanya Listening. Lambat datang listening, dia takkan ulang semula rakaman suara untuk kita. Untuk test centre yang jauh, rancang perjalanan supaya tak terlambat.
Untuk listening test, akan ada kuarantin sebelum masuk bilik yang lain. Gunakan masa ini untuk berkenalan dengan candidate group kita dan bincang untuk task B.





800/1 - Listening

> Boleh tengok format kertas kat buku latihan.
> Basically, dengar dan isikan tempat kosong (tapi tak semudah yang disangka)
> Perlukan banyak latihan



800/2 - Speaking

> Anda akan masuk dalam satu group terdiri daripada 4 orang. (Atau 3 orang kalau tak cukup)



Handphone / sebarang gajet tak boleh digunakan masa kuarantin & masa dalam bilik test speaking.


> Ada 2 task. Task A dengan Task B.

Task A (Individual)

Kena bercakap selama 2 minit (boleh kurang, tak boleh lebih masa) mengikut topik yang diberi (tak boleh pilih - ikut nasib). 4 orang akan dapat topik/point yang berbeza tapi di bawah tema yang sama.

Contoh soalan : What is the best present you can give to your brother?

Candidate A : Laptop
Candidate B : Money
Candidate C : Car
Candidate D : Holiday trip


Candidate A akan mula dulu. Then, B - C - D. Giliran ikut urutan huruf. Selalunya tak boleh pilih kita nak candidate A ke B ke C atau D. Ikut nasib.


# Anda akan diberi masa untuk membaca soalan dahulu
# Next, akan diberi masa untuk tulis semua point ikut topik yang diberi
# Kena catat apa yang candidate lain cakap untuk bantu diri sendiri untuk task B
# Kertas, pemadam dan pensil disediakan.

# Task A -
Introduction (Kenalkan topik yang diberi)
Point (Sekurang-kurangnya dua point)
Conclusion ("In conclusion, I strongly agree.." - contoh ayat untuk kuatkan hujah)

Pastikan semuanya dalam masa 2 minit. Jangan lebih. Jangan kurang sangat. Cuba optimumkan 2 minit tersebut.



Task B (Group)

Tiada giliran tertentu. Tentukan siapa yang akan bagi introduction dan siapa yang akan concludekan isi-isi masa dalam bilik kuarantin BUKAN masa dalam bilik speaking baru nak tentukan ye.

# Akan diberi masa untuk tulis points (Boleh guna points orang lain dalam task A)
# Boleh sokong mana-mana point
# Pastikan ada interaksi
# Maksimum masa ialah 10 minit.




800/3 - Reading

# 45 questions
# 90 minutes
# Objective questions (hitamkan kertas OMR - tak semudah yang disangka)
# Kena cuba skor yang ini sebab dia bawa banyak markah





800/4 - Writing

# 2 section. Section A & B.
# Section A ada format tertentu. Report writing essay. (rujuk buku latihan MUET)
# Pastikan patah perkataan (150-200 words ONLY). Jangan lebih dan jangan kurang!

# Section B ada cara tertentu. Section B Extended writing essay. Selalunya argumentative essay.
Introduction
Content - Min 3 Main Point
Conclusion
# (minimum 5 paragraph, 350 words). Pastikan lebih 350 words ya!



...Baca post pasal tips-tips nak skor MUET band 3 ke atas ->> http://MyCambridge.blogspot.com




.
 
Sponsored Post

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,072
Reaction score
3
Points
35
Improve ENGLISH! - Tips 4 : BERCAKAP dengan CERMIN

Ini juga antara perkara yang selalu dipraktikkan. Bercakap di depan cermin bukan sahaja dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris malah kita dapat lihat cara 'body language' kita ketika bercakap. Untuk yakin dalam sesi pembentangan, 'eye contact' itu sangat penting.


...lagi banyak tips >> http://www.MyCambridge.blogspot.com



.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,072
Reaction score
3
Points
35
University di UK kebanyakannya mahukan band minimum 6.5 ke atas. Ada juga yang boleh terima 6.0.. Top universities mungkin mahukan band 7.0.. Jadi jangan tanya aku, tanya universiti yang korang nak mohon tu berapa requirement untuk lepas masuk uni tu, okey.

Kadang-kadang orang yang terer English pun susah nak lepas. Sebab nak jawab pun berformat & kena pandai tackle soalan. Eh macam nak main bola pula kena tackle2.Kena jawab dengan smart gituh.

So, straight to the point. (lepas mukadimah yang panjang lebar baru nak sraight to the point Sophie??)

Untuk exam Listening:
Okay, ini mencabar. Sebab conversation dalam tape itu, speaker nya adalah dari mereka yang native speaker, maksudnya tukang cakap tu memang mat salleh with British/Australian accent. Tak mainlah speaker dari Malaysian kan. Ada 4 section dalam test ni. Sebelum sesuatu section bermula, kamu akan diberi masa untuk baca soalan.

Tips saya: Bila baca soalan dulu, ingat key words. Bila conversation bermula, sambil dengar conversation, jangan sambil tu nak baca soalan, renung je blank paper, dengar dan kaitkan conversation dengan key words. Kenapa? Secara teorinya(sebab aku baca fakta sains ok), otak kita tak boleh fokus 2 benda dalam satu masa. Kalau kamu baca soalan waktu conversation runs, kadar tumpuan kamu pada conversation itu akan berkurang. Sebab tu baca dulu sebelum conversation bermula, amek key point & fokus pada conversation, bila conversation kena pada key point, catat roughly pada kertas. Lepas tu baru letak jawapan pada tempat kosong.

Komen:
Test yang sangat annoying. Bila tak dapat tangkap rasa macam nak suruh pengawas tu rewind tape je. Hisyh!!

Untuk exam Reading:
Paragraph untuk exam reading ni english dia high standard. Jadi kamu biasa-biasakan lah baca Reader's Digest ke kan. Jawapan pula walaupun dalam bentuk objective dan rupa bentuk yang lain seperti "yes" or "No" dan "True" or "False" tetapi fahamilah bahawa jawapannya juga adalah tricky. Kadang rasa cam nak bukak kamus je sebab tak faham perkataan.

Tips saya:
60 minit untuk jawab 40 soalan sangatlah kritikal sebenarnya sebab bahasa yang digunakan adalah tinggi. 40 soalan tu tak silap aku ada 4 ke 5 section camtu. Jadi bahagikanlah masa tu dengan berapa section yang ada. Contoh: kamu ada 15 minit je untuk satu section. By hook or by crook kamu kena gak siap jawab dalam masa 15minit tu. Lepas tu teruskan pada section berikutnya jangan gatai2 nak toleh lagi. Ini soalan bentuk pemahaman. Jadi baca dulu soalan, pick up key point. Bila baca paragrapgh, sambil baca & teringat keypoint yang kamu baca pada soalan tadi, terus garis. Jangan buang masa garis pakai pembaris. Free hand je tau! Lepas tu cepat-cepat jawab soalan.

Komen: To be honest masa memang tak cukup. Takda maknanya kau nak check balik jawapan kau. Jangan termenung langsung! LANGSUNG! telah ku katakan ini kritikal.

Untuk exam Writing:
Writings ni aku rasa macam okay je. Cuma kamu kena biasakan dengan format nak menulis tu. Kena banyakkan latihan. So far rasa macam okay je. Takde benda nak complaint.Haha.

Tips saya: Jawab ikut masa yang ditetapkan. Jangan lebih-lebih nak buat ayat novel bunga-bunga. Ayat biar straight to the point, padat dan jitu, gituhh! Sila buat latihan pada buku yang ada skema jawapan so that anda faham apa yang saya maksudkan dengan format nak menulis. Lepas tu jangan tulis lebih dari words yang ditetapkan. Lagi panjang anda menulis, lagi tinggi kebarangkalian anda untuk membuat kesilapan tatabahasa etc. *kan dah bagi hypothesis pulak kan..*


Komen: Yang menjadi masalah bila topik yang keluar tu kita tak faham maksud perkataan dia apa. Selebihnya okey je.


Untuk exam Speaking:
11 to 14 minutes.Boring betul aku dapat examiner ni orang Malaysian muka ketat. Nasib baik dia luluskan aku. Phew. Sebab ada gak kawan aku yang dapat examiner memang betul mat salleh. So boleh rujuk entri sebelum ni pasal cara-cara exam speaking ni berlangsung.

Tips saya:
Masa ni banyak study dengan kawan. Dia tanya soalan, aku jawab sambil kawan tu record timing. Kadang depan skype ke. Kalau bukan dengan kawan pun aku duk dalam bilik atas katil, pandang dinding, aku yang tanya soalan, aku yang jawab depan dinding. Sebab sorang-sorang kan, nak pandang cermin rasa annoying pulak tengok muka sendiri membebel depan cermin kan. So yeahh, praktis lah aku depan dinding. Set time juga jangan terlebih masa. Kalau boleh rakam suara so that bila dengar balik boleh identify tang mana grammar kita silap.


Komen: Jangan rumitkan kepala sangat fikir jawapan kita bagi tu betul atau tak. Nama pun exam speaking, bukan critical thinking. So basically nak tengok kita boleh speak fluently atau tak. Kalau boleh jangan gagap-gagap.


Tips lain yang berguna:

1. Dengar radio yang menggunakan bahasa pengantara bahasa Inggeris. Walaupun accent Malaysian tapi takpe, telinga kita nanti pick up perkataan-perkataan dan grammar yang digunakan walaupun Manglish but it's okeh bebeh daripada kau layan Johara di Pagi Era untuk persediaan menjawab IELTS. bikin sakit perut nak gelak je.

2. Kalau awak masih bersekolah atau lambat lagi nak apply sambung belajar, rajinkan baca buku berbahasa Inggeris. Mulakan dengan Engslih yang tak berapa nak high standard sangat.

3. Bila pasang movie berbahasa Inggeris, cuba tutup sari kata berbahasa Melayu. Supaya anda peka dengan pertuturan pelakon tu.





Basically nak ambil exam IELTS ni bolehlah rujuk dengan British Council ataupun IDP. Jangan malas eh nak research website diorang. Korang ni asyik nak bersuap je (oh gila tak ikhlas aku nih bagi tips). Yuran dia memang mahal. Almost RM600. Kalau tak lepas kena ambil lagi. Sebab tu kamu kena buat betul-betul jangan bazir duit untuk exam yang harga dia begitu mencekik darah ni.

Macam yang aku katakan dalam entri lepas, exam ni ada 4 bahagian. Jadi aku akan cerita pengalaman aku mahupun kawan lain dan juga tips tulus ikhlasss dari iolss untuk uolss yang manjewww sangat nihh! (eh macam marah je Sophie)

Kalau orang tanya IELTS tu susah ke senang, susah aku nak jawab, ia bergantung pada individu lah kan. Subjective orang kata. Tapi bagi aku, ia tak terlalu susah, cuma tricky dalam masa yang sama sangatlah tak cukup masa nak menjawab. Kalau bagi masa lama bolehlah jawab dengan senang hati kan. Jadi anda perlu menjawab dengan smart, tangkas.




....Kelas English Dewasa & Al-Quran DiRumah - Tuisyen MUET,iELTS,SPM,PT3 >> http://MyCambridge.blogspot.com




.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,072
Reaction score
3
Points
35
Syarat Keputusan MUET Ke IPTA

Menurut FB Rasmi UPU, keputusan MUET adalah syarat umum yang perlu dipenuhi oleh calon yang memohon kemasukan ke IPTA peringkat IJAZAH bukan untuk kemasukan ke program DIPLOMA dan ASASI IPTA.

Untuk kemudahan pelajar dan pemohon, sila semak syarat kemasukan terkini dan program pengajian anda di IPTA di Sistem e-MAS. Adalah diingatkan yang memang perlu ada MUET untuk layak memohon di mana Syarat Am adalah MUET band 1 tetapi Syarat Khas permohonan adalah bergantung kepada program apa yang dipohon. Ada kursus yang memerlukan MUET Band 2 dan sebagainya.

Syarat MUET untuk masuk ke Universiti adalah dengan lulus Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia (MUET) pada tahap-tahap tertentu berdasarkan kursus-kursus tertentu. Syarat-syaratnya adalah seperti dalam jadual di bawah:


Syarat Masuk IPTA

a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 2
b) Pengajian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik atau STEM – Band 3
c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 4

Syarat Pengijazahan

a) Pengajian Sastera dan Sains Sosial – Band 3
b) Pengajian STEM – Band 4
c) Pengajian Undang-undang dan Perubatan – Band 5

Institusi pengajian tinggi swasta juga digalakkan melaksanakan langkah yang sama kerana pada masa kini syarat kemasukan am ke IPTA memerlukan pemohon mencapai tahap minimum MUET iaitu Band 1.

MUET mula diperkenalkan sebagai syarat wajib masuk universiti pada tahun 2000. Pada mulanya, calon ke IPTA hanya perlu menduduki saja peperiksaan itu untuk dapat tempat. Kini segalanya telah berubah dan ditambah baik.



....Tuisyen MUET express -> http://www.MyCambridge.blogspot.com



.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,072
Reaction score
3
Points
35
Hai dan salam kepada semua pembaca baru dan pembaca tegar blog SR! Hehe. Blog ini tak banyak sangat membincangkan pengalaman SR sepanjang belajar di UniKL Business School. Kebanyakan entri blog ini berkisarkan pengalaman program pertukaran pelajar (ERASMUS+) di Kozminski University, Poland.

Entri kali ini SR ingin bercerita tentang pengalaman internship:
Semester demi semester berlalu...sampailah masa semester untuk praktikal. Melalui pengalaman SR sendiri yang mendapat semester July 2017 sebagai intra semester memang banyak suka duka. Kerana apa? Kebanyakan syarikat sudah pun memilih pelajar intra untuk kemasukan sesi Jun!

Pulun segala peluang yang ada, akhirnya aku dapat beberapa peluang internship dan aku memilih sebuah syarikat IT yang terletak berdekatan dengan KL Sentral. Sebulan selepas itu, aku mendapat tawaran internship di Petronas ICT (area Menara Perak) tapi aku tolak dan meneruskan internship di tempat sedia ada. Kenapa aku tolak? Berada di syarikat besar mungkin aku tak dapat nak belajar semua benda sekaligus. Yes, ada orang nak internship di tempat gah. Secara keseluruhannya, it all depends on you. Aku akan ceritakan kenapa dengan keputusan aku ini membuatkan aku dapat first job aku dengan jayanya.

Eh! Pengalaman internship bukannya ada orang pandang.

Hmm budak fresh grad yang takde pengalaman kerja ni macam mana nak yakinkan majikan untuk ambil kita bekerja?

Susahlah zaman sekarang ni nak dapat kerja. Persaingan sengit!

Sikap sambil lewa semasa menjalani praktikal memang merugikan. Ambil peluang ini untuk belajar perkara-perkara basic seperti photocopy, buat phone calls, menghadiri meetings dan lain-lain yang boleh membantu anda untuk upgrade kemahiran sedia ada. Jangan terkejut sekiranya anda jumpa fresh graduates di tempat kerja yang tidak reti menggunakan mesin fotostat. Whew!

Aku sebagai HR Assistant sepanjang semester praktikal. Oh ya! Bidang pendidikan aku dalam bidang Management and Entrepreneurship dan bukan bidang HR pun. Macam mana aku boleh terjebak dengan bidang HR? Perasaan ingin cuba dan merasakan HR adalah satu bidang yang menarik untuk diteroka. Andddd I found my soul in HR!

For your info, subjek HR yang aku ambil hanya 1 sahaja ya! Itu pun ketika short semester. Jadi siapa kata kita kena kerja dalam bidang yang kita belajar je? Tak semestinya.

Pengalaman internship ini aku anggap seperti kerja. Ambil segala peluang untuk belajar. Walaupun mungkin kau rasa kau lagi banyak kerja dari boss kau. Hadap je labu! It's for your own good juga. Kau dapat belajar cara nak handle masalah dekat pejabat dan kau lebih matang.

Kalau kau tengok profile instagram aku, The Juggler dan The Dreaming Doer adalah the best words to describe who I am. Sejenis spesis yang boleh multi-tasking dalam satu masa. The dreaming doer pulak aku suka berangan untuk kejar impian aku. Bukan setakat berangan macam Mat Jenin, aku berangan dan letak usaha untuk mencapai apa yang aku impikan dalam hidup.

Long story short, aku tak dapat pun job placement dekat tempat internship tu. A bit frustrated mungkin. Aku tak diserap kerana syarikat nak maintain headcounts (aku bersangka baik je lah kan). Tunggu apa lagi? Move on babe! Don't wait for something just like that. Bermulalah kisah aku jadi tutor (dapat merasa orang panggil aku Cikgu Fatin), buat kelas English, sediakan servis resume dan profile Linkedin, jual Korean skincare dekat Carousell. Dan kalau kau rasa kau budak CGPA First Class dan tak nak buat kerja ala-ala cam aku ni kau silap. Ini bukan zaman dahulukala yang bila kau dah habis belajar dengan result gempak terus orang tawarkan kau kerja best di syarikat ternama. Fuh simpan hasrat tu!

Disebabkan aku jenis yang tak boleh duduk diam sahaja sambil menghabiskan duit parents aku, aku buat macam-macam kerja dalam satu masa. Worth it! Mama aku la yang selalu bising bila aku nak dapat kerja lah, anak orang lain baru graduate dah terus dapat kerja. I was like. Okay I'm not yet graduated. Malas nak bising-bising jadi aku teruskan hidup aku seperti biasa.

Bukan aku tak usaha, aku usaha dan dapat banyak temuduga tapi aku tak terpilih kerana aku fresh graduate. Aku tidak punya pengalaman katanya. Fuh ini realiti guys! haha. Pedih tapi benar. Banyak career fair aku pergi, email beratus dah hantar, dekat jobstreet pun sama dan platform kerja yang lain.

Akhirnya, aku dapat offer dari CIMA UEM sebagai SL1M Trainee (HR) pada April 2018. Not bad pengalaman dekat sini. Sebulan aku berada di sini dan aku dapat pula tawaran kerja. Tawaran kerja sebagai HR jugak.

Moral of the story: Find your own forte.

Oh ya! Kalau bab gaji, untuk fresh graduate... Gaji yang berpatutan dengan bidang HR/Business/Marketing dalam lingkungan RM2300-RM2800. Syarikat besar lagi mahal lah gajinya. Tapi bukan mudah untuk dapat first job di syarikat yang memang gah ni.

Nasihat aku: Kau kumpul pengalaman banyak-banyak dan sekiranya impian kau nak jadi pengurus di syarikat MNC bolehlah cuba nasib. Kalau ada banyak pengalaman tapi soft skills ke laut pun tiada gunanya. Perbaiki kemahiran mengurus, berkomunikasi seiring dengan pengalaman kau. Barulah orang pandang kau! Woohoo! All the best and good luck kepada juniors yang bakal menjalani internship tuu.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,072
Reaction score
3
Points
35
*The MUET listening test will assess candidates on their ability to:



Comprehend various types of oral text of varying length
Master different levels of complexity in terms of content and language
Recognize main ideas
Recognize supporting details
Paraphrase
Distinguish the relevant from the irrelevant (filter out irrelevant information)
Interpret the speaker’s views, attitudes and intentions
Distinguish fact from opinion
Summarize information
Draw conclusions


Tips:



· Practice selective listening – not every word said is important and relevant



· Jot down notes as the speaker talks



· If you can’t hear the recording clearly, raise up your hand to inform the person in charged to increase the volume of the recording. It is NOT wrong to do so.



· Read up on various topics to familiarize yourself with the terms and spelling of various words



· Possible genres are:



Lecture
Briefing
Discussion
Interview
Telephone conversation
Announcement
Advertisement
News
Meeting
Documentary
Instructions



· Possible topics:



Plastic surgery
Environment (global warming, climate change, deforestation, logging…etc.)
Education (school syllabus, education system, educators, student life…etc.)
“How to” articles (how to vote, how to file a report, how to clean a fish pond…etc.)
Tourist attractions (commercial format, advertisement flyers…etc.)
Radio shows
Animals (extinct animals, endangered animals, poaching…etc.)



· Use good grammar



· Some sections have word limits - avoid using too many ‘and’ ‘or’ ‘that’ as it takes up your word count yet has very minimal contribution to the content of your answers





....MuET Tuition via WhatsApp ->> http://www.MyCambridge.blogspot.com






.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,072
Reaction score
3
Points
35
Sekali dengar anak jiran tak sampai usia 7 tahun ‘speaking meletop’ mesti terngaga mulut. Kita dah besar panjang pun sukar nak ‘speaking’ mantap, lebih-lebih lagi di tempat kerja atau di luar. Silap sedikit boleh jadi ‘bahan’.

Sememangnya ibu bapa sekarang lebih peka dengan kepentingan Bahasa Inggeris (BI) sehingga sanggup bayar lebih semata-mata memastikan anak petah dalam bahasa berkenaan.

Daripada subjek yang digeruni, kini kanak-kanak ‘enjoy’ mata pelajaran itu.

Kepada mereka yang masih ‘bergelut’ untuk menguasai Bahasa Inggeris, mari sini, kami ada tips yang boleh bantu anda.

1) Berkawan rapat dengan kamus

Boring?! Tetapi percaya kalau anda serius nak belajar BI, cara ini paling berkesan. Simpan dan bawa kamus ke mana sahaja, jika anda ragu-ragu atau mahu kepastian sesuatu perkataan, ambil dan periksa.
Kalau bukan untuk merujuk, selak sahaja kamus itu, tentu ada perkataan menarik perhatian untuk diguna. Kalau anda mahu bina keyakinan, cuba adaptasi perkataaan itu dalam kehidupan harian, guna sebanyak mungkin, lama-lama pandailah!

2) Tonton filem, siri drama atau sitkom Inggeris tanpa sarikata

Anda suka menonton filem BI. Ia satu petanda baik untuk memperkukuhkan bahasa itu. Anda hanya perlu menonton tanpa melihat sarikata. Cuba fahami apa yang cuba disampaikan. Tontonlah sebanyak mungkin. Filem dari Hollywood tanpa slang bahasa yang pekat lebih mudah untuk anda fahami dan tentu sekali, belajar!

3) Bercakap depan cermin

Cara ini agak ‘konservatif’ tapi ia satu-satunya kaedah yang memberi keyakinan kepada diri anda.
Mungkin di peringkat awal terasa kelakar atau tidak selesa tetapi jika dilakukan secara kerap, anda akan dapat membiasakan diri.

4) Mendengar radio saluran BI

Mendengar perbualan, laporan berita dan lagu-lagu BI dalam radio juga memahirkan penguasaan anda dalam bahasa berkenaan. Apabila anda mendengar sesuatu yang baru sebutlah dengan kuat dan jelas, ia akan membantu menambahkan pengetahuan dan memperkukuh tatabahasa.

5) Berani bercakap

Anda mungkin tahu bercakap dalam bahasa asing tetapi takut salah. Jangan risau, ikutkan semua bahasa pun mesti ada salah nahu atau sebutan. Jadi apa salahnya jika salah sedikit apabila bertutur BI? Lagipun, apabila anda bercakap, ia akan meningkatkan keyakinan diri, sekali gus tampil berani bercakap dalam bahasa berkenaan.

6) Cari kawan yang pandai ‘speaking’

Janganlah lari bila jumpa orang yang pandai ‘speaking’, sebaliknya cuba buat kawan. Anda pasti akan terikut dengan cara pemikiran mereka yang percaya BI adalah mudah untuk dikuasai. Lama-lama anda pun sama-sama ‘mat salleh’.

7) Hafal ayat dalam bahasa Inggeris

Walaupun terpaksa menghafal tetapi kaedah itu lama-kelamaan akan menjadikan anda fasih bercakap, bercakap dengan betul pula tu!

8) Muat naik aplikasi mainan dalam Bahasa Inggeris

Walaupun sekadar aplikasi mainan, tetapi ia akan cepat mempengaruhi anda menguasai BI. Ia juga boleh membantu anda memperkaya tatabahasa. Macam itulah kanak-kanak belajar bahasa itu selepas menggunakan telefon pintar.

9) Fikir positif dan yakin anda boleh melakukan

Sentiasa beri semangat kepada diri sendiri walaupun dikecam rakan atau kenalan yang anggap ‘berlagak’ apabila bertutur dalam bahasa Inggeris.

10) Tulis semula perkataan

Walaupun leceh namun ia sangat membantu. Melalui tulisan anda akan lebih fokus dan memahami maksud dalam ayat berkenaan. Ia akan memudahkan anda faham dan belajar sesuatu perkataan secara efisien.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,072
Reaction score
3
Points
35
Bermain dengan Bahasa: Tips Mudah dan Cara Nak Pandai Bahasa Inggeris
Anda tahu cara untuk bercakap Bahasa Inggeris.

Anda sudahpun mengetahui asas-asasnya; anda juga mampu untuk bercakap yang mudah-mudah,

Anda boleh menamakan kesemua benda yang anda lihat, anda juga sudah mampu melalui pemeriksaan kastam dan keselamatan di lapangan terbang dan lain-lain lagi.

Tetapi bagaimana caranya untuk terus meningkat dan betul-betul pandai Bahasa Inggeris?

Anda boleh bercakap—ya betul—tetapi bagaimana untuk bercakap dengan penuh keyakinan?

Anda sudah dapat membayangkan tahap kemahiran Bahasa Inggeris yang seterusnya, namun, anda tidak tahu caranya untuk mendaki ke tingkat yang seterusnya. Tambahan pula, anda sudahpun bosan dengan rumitnya grammar……

Jadi apa yang anda perlu buat?

BERHENTI belajar Bahasa Inggeris dan MULA bermain dengannya!

Anda sudahpun menghafal, mengulang-ulang, membuat latihan—maka sekarang adalah masa untuk berseronok! Apabila anda mula bermain dengan sesuatu bahasa, ketahuilah bahawa anda sudahpun semakin hampir untuk menjadi seorang yang benar-benar mahir dalam Bahasa Inggeris.

Seorang applied linguist (pakar bahasa) Guy Cooke percaya bahawa:

Permainan bahasa tidak seharusnya dianggap sebagai aktiviti trivia atau sampingan sahaja, namun ianya adalah teras kepada gaya fikir dan budaya manusia, untuk pembelajaran, memupuk kreativiti dan sifat inkuisitif. Ia juga memenuhi satu fungsi utama bagi bahasa itu sendiri, yang merupakan satu asa kepada kapasiti manusia untuk mengadaptasi; sebagai seorang individu, sekelompok masyarakat dan sebagai satu spesis hidupan (Katalog UK).

Ringkasannya, untuk bercakap dengan lancar di dalam bahasa yang kedua, ketiga malah yang keempat, anda mestilah mampu untuk bermain dengannya. Dan apa yang kami maksudkan dengan bermain dengan bahasa adalah bila mana anda mampu menyelami bahasa sesuatu bahasa itu melalui budaya dan sifat linguistiknya.

Kami rangkumkan di bawah, satu senarai cara-cara yang berbeza, untuk anda gunakan dan bermain dengan Bahasa Inggeris. Tidak kiralah cara apa sekalipun yang anda pilih, namun, pastikan ianya seronok dan disukai anda. Jika tidak, ia bermakna yang anda tidak akan betul-betul bermain dengannya!

Teruskan mencuba cara yang berlainan sehingga menjumpai sesuatu yang betul-betul serasi dengan diri anda. Cara-cara yang dinyatakan dibawah akan membantu anda menjadi seorang yang betul-betul pandai dan mahir dan berbahasa inggeris. Ianya akan membantu anda menyelami bukan sahaja gaya bahasanya, namun, budayanya sekali. Ada sebahagian daripadanya boleh dilakukan secara bersendirian, namun, terdapat juga permainan seperti latihan percakapan yang memerlukan anda mecari rakan atau pasangan.

Namun begitu, apa sekalipun, pastikan anda berseronok!

Learn a foreign language with videos

1) Cuba bermain dengan beberapa Tongue Twisters
Apa yang anda bakal pelajari: Pronunciation, ketepatan sebutan.

Biarkan rakan anda berasa kagum mendengar anda menyebut perkataan-perkataan dari Tounge Twister. Jangan bimbang sekiranya anda memrlukan masa untuk mengulang-ulang ayat-ayat ini, kerana Tounge Twister ini juga terbukti sukar sungguhpun buat para penutur asli.

Contoh: “If two witches would watch two watches, which watch would which witch watch?”

Adakah anda berjaya untuk menyebutnya dengan tepat?

Ikuti link ini untuk mendapatkan lebih daripada 600 tongue twister yang lain, dan mungkin juga anda boleh cuba untuk mencipta ayat lembut lidah anda sendiri!



....baca lebih lanjut di... http://MyCambridge.blogspot.com



.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,072
Reaction score
3
Points
35
2) Dengar Muzik Kegemaran Anda
Apa yang anda bakal pelajari: Perbendaharaan Kata, Rima Kata, Intonasi

Anda mungkin gemar mendengar lagu-lagu Bahasa Inggeris, namun, adakah anda faham kesemua maksud perkataannya? Mendengar muzik adalah satu cara yang terbaik untuk menemui perkataan-perkataan baru selain daripada melatih intonasi sebutan Bahasa Inggeris anda. Di dalam lagu-lagu, intonasinya sudah pasti berbeza, kerana terdapat melodi lagu itu sendiri. Namun begitu, anda masih boleh mendengar dan memahami tempat-tempat yang diberi penekananan dalam bait-bait liriknya.

Jika anda mahu memastikan bahawa apa yang anda dengari dan apa yang anda sebutkan adalah perkataan yang betul, sila periksa lirik yang betul di laman web lirik lagu ini.

Anda mahu mencuba sesuatu yang lebih mencabar?
Maka, cuba terjemahkan lirik lagu kegemaran anda di dalam bahasa melayu kepada bahasa Inggeris.

Cabar diri sendiri untuk mencipta frasa-frasa Bahasa Inggeris yang baru yang membawa maksud yang paling tepat dengan lirik asalnya di dalam bahasa melayu.

Markah bonus untuk anda sekiranya anda dapat mengekalkan ritma atau sekurang-kurangnya menggunakan perkataan dengan jumlah suku kata yang sama dengan perkataan asal!


...Kelas English Express >> http://MyCambridge.blogspot.com




.
 

akhmal_imran

Active Member
Joined
Sep 6, 2010
Messages
2,072
Reaction score
3
Points
35
3) Cara Sebutan yang Sempurna dengan Pembacaan Puisi

Apa yang anda bakal pelajari: Pronunciation, Intonasi, Rima Kata, Perbendaharaan Kata (advanced)

Pelajari segalanya tentang rima kata (perkataan-perkataan yang mempunyai bunyi yang sama pada penghujungnya) dan juga lenggok sesuatu puisi!

Berlatihlah membaca sajak atau apa jua puisi dengan suara yang jelas dan lantang untuk berlatih rima kata, ataupun anda boleh bergandingan dengan rakan anda mahupun dengan penutur asli. Lawati laman web ini untuk membantu anda bermula!

Terjemahkan puisi kegemaran anda dalam bahasa melayu kepada bahasa inggeris. Ataupun, cubalah menulis puisi nukilan anda sendiri.

Tidak dinafikan bahawa penulisan sajak dan puisi adalah proses yang agak mencabar, namun ianya dapat memberikan satu kepuasan. Pada permulaannya, anda boleh berlatih menulis sajak yang ringkas seperti haiku. Jika anda sudah semakin mahir, maka lawatilah laman web ini bagi mendapatkan maklumat dan tips untuk menulis sajak berbentuk sonnet.

Namun awas. Banyak perkataan-perkataan yang digunakan di dalam puisi dianggap sebagai literary (perkataan-perkataan sukar, yang biasa digunakan dalam sastera). Oleh itu, anda mungkin tidak akan menggunakan sebahagian besar daripadanya di dalam percakapan biasa.


...Tuisyen Muet & Ielts ->> www.MyCambridge.blogspot.com




.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register