akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 56,556
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 56,556
- Reaction score
- 6,646
- Points
- 881
- Awards
- 1
Kelantan terima 1.5 juta pelancong domestik, antarabangsa
ADILA SHARINNI WAHID
Perarakan gajah yang turut menarik ramai pengunjung ke Festival Keris di Kelantan.(Gambar kecil: Kamarudin)
KOTA BHARU - Kelantan menerima pelancong domestik dan antarabangsa berjumlah lebih 1.5 juta dalam tempoh enam bulan bermula Januari tahun ini.
Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor, berkata, rekod sehingga 30 Jun lalu itu merangkumi 804,247 pelancong yang masuk ke Kelantan melalui pintu sempadan Thailand ke Malaysia dan 708,114 lagi data pelancong menerusi penerbangan dari serata pelosok ke negeri ini.
"Sehingga 30 Jun lalu, seramai 804,247 pelancong ke Kelantan melalui pintu masuk sempadan di Rantau Panjang, Pasir Mas, Pengkalan Kubor, Tumpat dan Bukit Bunga, Jeli.
Peniaga keris, Mohd Aizal Azwan Amran (kiri) memberi penerangan berkait hulu keris jenis tanjong yang bernilai RM35,000.

"Jumlah tersebut termasuk lebih 500,000 pelancong asing manakala melalui penerbangan pula, sejumlah 708,114 pelancong ke Kelantan menjadikan keseluruhan lebih 1.5 juta melancong ke negeri ini,” katanya kepada pemberita pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Festival Keris dan Warisan Kelantan serta Pengisytiharan Keris Tok Chu dan sampir Kuseriwa sebagai Warisan Kelantan di Istana Balai Besar, di sini.
Menurut Kamarudin, jumlah pelancong yang menggunakan pengangkutan udara meningkat sebanyak 11 peratus berbanding tahun lalu susulan pertambahan penerbangan ke Kelantan oleh syarikat-syarikat penerbangan.
Pesilat dari Persatuan Silat Cekak Pusaka Hanafi Kelantan mengunjungi Festival Keris yang diadakan di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Beliau menyakini dengan rekod terbabit, sasaran dua juta pelancong setahun akan dapat dicapai.
"Kami menetapkan sasaran dua juta pelancong masuk ke Kelantan dalam setahun dan ketika ini, lebih separuh sudah tercapai serta diyakini tidak ada masalah untuk melepasi sasaran itu seterusnya mencapai 10 juta pelancong dalam tempoh lima tahun pentadbiran kerajaan negeri bagi penggal ini.
"Data tersebut juga direkodkan daripada pengunjung berdaftar melalui pintu masuk Kelantan dan belum lagi dikira pelancong yang menggunakan pengangkutan lain seperti kereta api atau bas,” katanya.
Orang ramai yang memanfaatkan peluang melihat gajah dengan lebih dekat.

Beliau menjelaskan, kedatangan pelancong yang memberangsangkan itu hasil tarikan perlaksanaan lebih separuh daripada jumlah keseluruhan 300 program yang disenaraikan dalam kalendar sempena Tahun Melawat Kelantan 2024, setakat ini.
"Misalnya Festival Keris dan Warisan Kelantan berjaya menarik kedatangan lebih 10,000 pengunjung sejak berlangsung pada 14 Julai lalu.
"Kelantan Coffee Week di Padang Merdeka juga meriah dengan kedatangan pengunjung yang berbelanja sehingga jualan dicapai sebanyak RM750,000 dalam tempoh empat hari selain peniaga-peniaga sekitar turut mendapat manfaat jualan hingga tiga kali ganda,” katanya.
Kelantan Coffee Week yang berlangsung di Padang Merdeka, Kota Bharu.