BTC USD 87,886.9 Gold USD 3,011.93
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
7,312
Joined
Jun 21, 2021
Messages
7,312
Reaction score
1,021
Points
151

Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral​

Siti Rohana Idris
[email protected]
February 13, 2025 @ 11:37am


Kelantan sedia ambil alih pembinaan KB Sentral
Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral (KB Sentral) akan menggantikan terminal bas sementara di Lembah Sireh yang sudah beroperasi lebih 12 tahun. -Foto fail NSTP


KOTA BHARU: Kerajaan negeri sedia mengambil alih pembinaan Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) sekiranya rundingan dengan Perak Transit gagal mencapai kata putus.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata keputusan itu dibuat kerana kerajaan negeri berdepan kesuntukan masa untuk memastikan KB Sentral dapat beroperasi seperti dijadualkan pada 2027.

"Kita telah meminta syarikat berkenaan memberikan keputusan sama ada ingin meneruskan projek ini tanpa sebarang rundingan lanjut atau menyerahkannya kembali kepada kerajaan negeri. Surat telah dihantar untuk mendapatkan jawapan, dan kita telah menetapkan tempoh tertentu untuk projek ini disiapkan.

"Jika Perak Transit masih cuba berbincang mengenai syarat tambahan, kita akan berikan satu tarikh akhir dan jika tiada keputusan konkrit, kerajaan negeri sendiri akan mengambil alih pembinaan ini," katanya mengulas perkembangan projek KB Sentral dalam sesi dialog sempena Majlis Mahabbah Kepimpinan Kerajaan Negeri Bersama Media, malam tadi.


Mohamed Fadzli menegaskan bahawa kerajaan negeri masih bertolak ansur namun projek itu perlu disiapkan segera.

"KB Sentral mempunyai komponen stesen bas, kompleks beli-belah, kediaman dan sebagainya. Tetapi fokus utama kita adalah stesen bas terlebih dahulu manakala komponen lain boleh menyusul kemudian," katanya.

 
Sponsored Post

Cuba check DNA mereka yang terlibat ni sama tak dengan DNA dari kepulauan jawa, jika sama kita fahamlah.

Sampel orang Kelantan secara tidak sengaja membuktikan mereka ini adalah ‘pure’ atau asli. Bila dibandingkan, DNA orang Kelantan, orang Jawa dan dan wakil daripada sub-etnik ini nampak lebih tua daripada DNA dekat negara China,” ujar beliau.
Berdasarkan kajian juga, kita dapati genetik Melayu Kelantan mempunyai hubung kait dengan genetik Melayu Jawa. Hal ini mungkin berkait rapat dengan sejarah kerajaan Majapahit pernah menapak di Kelantan ketika zaman dahulu.

https://www.kosmo.com.my/2022/11/29/orang-kelantan-miliki-dna-melayu-sebenar/
 

Kelantan pertahan pilih syarikat bukan bumiputera siapkan KB Sentral

LAKARAN pembinaan Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) di Mukim Pendek, Tunjong, Kelantan.
Oleh MUHAMMAD YATIMIN ABDULLAH
17 Oktober 2024, 6:51 pm
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mempertahankan pemilihan syarikat bukan bumiputera sebagai kontraktor bagi menyiapkan pembinaan Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) di Mukim Pendek di sini.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, isu tersebut tidak berbangkit kerana kerajaan negeri sebelum ini telah sedaya upaya memberikan keutamaan kepada syarikat milik Muslim atau Bumiputera untuk menyiapkan projek ini.


“Saya nak tegaskan bahawa syarikat milik bumiputera bukan tidak mampu melaksanakannya namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, dalam kes ini mereka terpaksa menarik diri.

“AlhamdulilLah, Perak Transit dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC)-Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai kontraktor utamanya sanggup penuhi syarat dan berjanji menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu tular surat rasmi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali ke-19/2024 yang bersidang pada 2 Oktober lalu telah membuat keputusan bersetuju meluluskan Pembinaan KB Sentral kepada Syarikat Perak Transit.

Mengikut surat itu lagi, Syarikat Perak Transit hendaklah melantik syarikat China Communications Construction Company (CCCC) menjadi kontraktor utama projek berkenaan.

Mohamed Fadzli memberitahu, pada masa sama kontraktor bersetuju untuk menjadikan operasi KB Sentral sebagai stesyen pengangkutan bersepadu Gred A mengikut syarat dan garis panduan yang telah ditentukan oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Katanya, sebelum itu kedua-dua buah syarikat bumiputera telah menarik diri walaupun peringkat awalnya mereka sudah bersetuju untuk membina dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Kelantan.

“Syarikat yang pertama menarik diri setelah empat bulan dilantik manakala syarikat yang kedua pula menarik diri setelah sekitar setahun setengah dilantik untuk melaksanakannya. Projek KB Sentral akhirnya tertangguh hampir dua tahun.

“Kedua-dua syarikat tersebut sebenarnya pegangan sahamnya Muslim dan Bumiputera. Dalam hal ini kerajaan negeri sebenarnya telah sedaya upaya memberikan keutamaan kepada syarikat milik Muslim atau Bumiputera.

“Di sini saya nak tegaskan bahawa syarikat milik bumiputera bukan tidak mampu melaksanakannya namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, dalam kes ini mereka terpaksa menarik diri,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan itu berkata, selain dari penswastaan, kerajaan negeri pernah memutuskan untuk membinanya sendiri.

Katanya, bagaimanapun kerajaan negeri tidak mempunyai kepakaran membina dan mengoperasikannya mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak APAD dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

“Perak Transit juga ada pengalaman membina dan mengoperasikan sekurang-kurangnya 4 buah stesen pengangkutan bersepadu sebelum ini. CCCC-ECRL adalah syarikat yang sedang membina projek ECRL, rekodnya setakat ini amat baik.

“Stesen utama ECRL yang sedang dalam pembinaan di Tunjung hanya bersebelahan dengan tapak KB Sentral. Kita bercadang untuk mengadakan laluan sambungan terus antara stesyen utama ECRL dan KB-Sentral,” katanya.

Utusan Malaysia 12 Mac tahun lalu, melaporkan Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) bernilai RM64 juta yang dibina di Mukim Pendek di sini dijangka siap pada hujung 2026.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek di kawasan seluas 2.02 hektar yang dibangunkan sebagai Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) itu akan dimulakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, Syarikat Widad melalui syarikat bertujuan khas (SPV) iaitu Innovative City Holdings Sdn. Bhd. akan melaksanakan pembangunan dan operasi KB Sentral

--------

sebelum ni duk puji sampai hina kontraktor bumi...

benda kecik pon tak leh setelkan..tapi berangan nk jd kerajaan pusat
 
lembab la..nak bina stesen bas saja pun.
Tenguk Lim Guan Eng...projek sakau tanah kerajaan buat kondo dah nak siap walaupun swap untuk buat terowong tak nampak rupa.

Lim ni etnik bangsa China yang mana ya dari beratus2 jenis bangsa China..
Adakah dari geng sakau,geng rasuah, atau geng dayus yang lari dari peperangan negara China ke Tanah Melayu.
 
lembab la..nak bina stesen bas saja pun.
Tenguk Lim Guan Eng...projek sakau tanah kerajaan buat kondo dah nak siap walaupun swap untuk buat terowong tak nampak rupa.

Lim ni etnik bangsa China yang mana ya dari beratus2 jenis bangsa China..
Adakah dari geng sakau,geng rasuah, atau geng dayus yang lari dari peperangan negara China ke Tanah Melayu.

blah sana ore siye ramai masuk malaysia... gunakan je teknik yg sama mcm dap tu
 
lembab la..nak bina stesen bas saja pun.
Tenguk Lim Guan Eng...projek sakau tanah kerajaan buat kondo dah nak siap walaupun swap untuk buat terowong tak nampak rupa.

Lim ni etnik bangsa China yang mana ya dari beratus2 jenis bangsa China..
Adakah dari geng sakau,geng rasuah, atau geng dayus yang lari dari peperangan negara China ke Tanah Melayu.
lim hanjing pacak kondo kat tanah mana tu?
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register