Kelantan Pertikai Pemberian Wang Ihsan RM20 Juta

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Kelantan Pertikai Pemberian Wang Ihsan RM20 Juta

KOTA BAHARU, 27 Jan (Bernama) -- Kerajaan PAS Kelantan mempertikaikan pemberian wang ihsan hanya sebanyak RM20 juta dan meminta kerajaan pusat menilai semula jumlah itu.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata nilai yang sewajarnya diterima negeri itu, berdasarkan perbincangannya dengan pihak Petronas awal bulan ini, adalah sebanyak RM40 juta dan bukannya RM20 juta seperti diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, pada Selasa.

Husam yang juga Pesuruhjaya PAS II Kelantan berkata melalui perbincangannya dengan Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Hassan Merican pada 8 Jan lalu, beliau dimaklumkan RM40 juta itu tidak termasuk tuntutan di kawasan telaga bintang yang bertindih dengan kawasan perairan Terengganu-Kelantan.

"Pendirian kerajaan negeri tetap tidak menerima keputusan itu...kami mahu mendengar kenyataan rasmi dari Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) sendiri," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di sini pada Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Mustapa pada Selasa mengumumkan kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membayar sebanyak RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan pada Mac ini yang merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil cari gali petroleum diperolehi sejak Mei 2008.

Kelantan tahun lalu mengemukakan tuntutan royalti berjumlah RM2 bilion terhadap operasi cari gali di perairannya kepada pusat dan berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah.

Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan pusat akan memberikan wang ihsan, menggantikan bayaran royalti minyak, kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu.

Kerajaan Negeri Kelantan didapati tidak berhak mendapat royalti minyak kerana dua telaga minyak yang dipertikaikan itu terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairan negeri itu.

Husam berkata kerajaan negeri akan terus memperjuangkan haknya dalam tuntutan royalti minyak itu walaupun pusat mengantikannya kepada wang ihsan.

-- BERNAMA
 
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,255
Reaction score
516
Points
176
bincang dengan petronas 40 juta, bincang dengan gomen jadi 20 juta, ada pihak songlap 20 juta ke
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
pggil wang ehsan ker?sedih nye aku dgr.padahal wang tu berhak utk rakyat kelantan..bkn ehsan kerajaan
 

Mangkuk ayun

Banned
Joined
Jan 13, 2009
Messages
3,146
Reaction score
166
Points
33
kalu kat johor.....dah kira penghinaan tu,....kat kelantan,,diorang buat main2 jer,,,mentang2 laa kite takder askar timbalan setia,,,dia igat org kelantan ni tak garang dari org johor ker...celaka betul
 

nazim5123

Active+ Member
Joined
Apr 9, 2007
Messages
4,698
Reaction score
41
Points
30
tunggulah najib menerima doa ornag orang kelantan yang dizalimi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register