GamezStar
CG Hardcore Club


- Messages
- 55,192
Top Poster #9
- Joined
- Jul 1, 2008
- Messages
- 55,192
- Reaction score
- 6,970
- Points
- 881
- Awards
- 1
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.
takpe.. janji siap
Ponteng sekolah adalah hak kami. Type c jangan nak persoalkan hak kami..............![]()
Ponteng sekolah adalah hak kami. Type c jangan nak persoalkan hak kami.
Nak buat sendiri ada ke duit? Ke suruh federal tanggung jugak?Kelantan bina sendiri KB Sentral jika Perak Transit tidak ‘berminat’
MOHAMED Fadzli Hassan semasa berucapa pada sesi libat urus Mahabbah Kepimpinan Kerajaan Negeri Bersama Media di Kota Bharu, Kelantan malam tadi-UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED.
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedia membina sendiri bagi menyiapkan Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) di Mukim Pendek di sini yang telah tertangguh sekiranya syarikat Perak Transit tidak ‘berminat’ untuk meneruskan kerja-kerja tersebut.
Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, hal ini kerana syarikat berkenaan meletakan beberapa syarat lagi sekali gus menyebabkan kerajaan negeri kesuntukan masa bagi memastikan projek tersebut siap mengikut masa.
“Mereka (Perak Transit) letak beberapa lagi syarat yang perlu dibincangkan sedangkan kami (kerajaan negeri) mahu projek ini siap 2027. Kalu bincang ia akan mengambil masa.
“Jadi teruskan dengan syarat yang ada, jika awak (Perak Transit) nak terima, boleh terima. Sekiranya tidak mahu terima, kami akan bina sendiri kemudahan itu,” katanya kepada pemberita semasa sesi libat urus Mahabbah Kepimpinan Kerajaan Negeri Bersama Media di sini malam tadi.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan itu memberitahu, surat mengenai perkara tersebut sudah dihantar kepada Perak Transit.
Katanya, beliau berharap Perak Transit akan memberikan maklumbalas segera berhubung perkara tersebut.
“Kerajaan Kelantan tidak mahu mempunyai masalah dengan Perak Transit, kita (kerajaan negeri) bukan nak merendah-rendahkan kemampuan mereka (Perak Transit) yang telah terbukti berjaya dalam pelaksanaan projek-projek sebelum ini.
“Namun, kami (kerajaan negeri) sudah tidak mempunyai masa, sebab itulah kerajaan negeri minta kata putus segera,” ujarnya.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Kerajaan Kelantan melantik Perak Transit sebagai kontraktor untuk kerja-kerja Pembinaan KB Sentral.
Bagaimanapun, Syarikat Perak Transit hendaklah melantik syarikat China Communications Construction Company Ltd (CCCC)-Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) menjadi kontraktor utama projek berkenaan.
Terdahulu, Utusan Malaysia 12 Mac tahun 2023, melaporkan Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) bernilai RM64 juta yang dibina di Mukim Pendek di sini dijangka siap pada hujung 2026.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek di kawasan seluas 2.02 hektar yang dibangunkan sebagai Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) itu akan dimulakan dalam masa terdekat.
Menurutnya, Syarikat Widad melalui syarikat bertujuan khas (SPV) iaitu Innovative City Holdings Sdn. Bhd. akan melaksanakan pembangunan dan operasi KB Sentral.-UTUSAN
Kenapa nak bagi cina
Og isle ketap bibir
Takut ea
Minoriti kontol mejoriti