BTC USD 96,217.0 Gold USD 2,899.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelantan pertahan pilih syarikat dari China siapkan KB Sentral

Sponsored Post

Kontraktor muselam terciduk dgn lobai

7641-E6-EE-0-D0-C-435-A-9-BA7-2-EB77-DC02296.jpg
Chengaljati tak boleh buat ke?
 
Penjelasan Mengenai Lantikan Kontraktor Stesen Bas KB Sentral

Riuh rendah semalam bila tersebar surat Kerajaan Negeri Kelantan memberikan projek ini diberikan kepada Syarikat Perak Transit dan kontraktor utama pembinaannya adalah CCCC-ECRL. Isunya adalah beri kepada syarikat China.

Harini Timbalan Menteri Besar Kelantan dah jawab. Bila aku baca penjelasan Dato TMB, alahai mudah sangat. Okey walanon sekalin, korang baca betul-betul.

Pertama kita kena faham. Rakyat menanti projek ni dilaksana. Kerajaan Negeri pula terpaksa cari kontraktor lain selepas kontraktor sebelum ni tarik diri. Nak cari syarikat mestilah yang boleh membina dan mengoperasikan stesen bas itu mengikut standard yang telah ditetapkan oleh APAD dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Perak Transit ni ada pengalaman membina dan mengoperasikan sekurang-kurangnya 4 buah stesyen pengangkutan bersepadu sebelum ini.

Kedua, CCCC-ECRL adalah syarikat yang sedang membina projek ECRL. Rekodnya setakat ini amat baik. Stesyen utama ECRL yang sedang dalam pembinaan di Tunjung dok bersebelahan dengan tapak KB Sentral ni. Nak masuk tapak KB Sentral memang kena akses tapak ECRL.

Kerajaan Negeri pula bercadang untuk mengadakan laluan sambungan terus antara stesyen utama ECRL dan KB-Sentral. Dalam masa yang sama jentera yang diperlukan untuk pembinaan bangunan KB-Sentral sudahpun ada di tapak bersebalahan.

Haaa, inilah sebab utama kenapa syarikat CCCC diutamakan.

Bagi mereka yang biasa dengan dunia pembinaan mesti tahu, kos logistik dan jentera pembinaan adalah tinggi dan menelan sebahagian besar kos pembinaan. Kalau beri CCCC, mereka dapat jimatkan kos sebab dah ada projek dan jentera kat lokasi tu. Pindah sebelah je.

Pada aku Kerajaan Negeri telah buat keputusan terbaik untuk keselesaan rakyat, jimatkan kos pembinaan dan menunjukkan tadbir urus terbaik.

Kalau walanon nak menyalak, kita abaikan sahaja. Mereka akan sentiasa menyalak, sebab itu kerja mereka. Baru boleh claim elaun.

Buat stesen bas pun salah, tak buat pun salah. Esok dah siap pun mesti salah. Korang tak percaya, tengok jelah nanti.


Salam Hormat,
Nurul Islam Mohamed Yusoff
1729352761051.jpeg


patut PN selalu kutuk bang non suka bt lantikan politik :LOL:
 
Dalam keriuhan Melayu-Islam terancam, parti lubai buat rundingan terus bagi membolehkan KB Sentral yang menjadi stesen bas sementara selama 12 tahun menjadi kenyataan kerana takut dipersoalkan kegagalan panjang memerintah Kelantan sekali lagi.

Lubai pernah memitoslan bahawa kerjasama dengan bukan Islam adalah "haram" tetapi dalam hal KB Sentral kenapakah diberikan kepada syarikat bukan Islam, Perak Transit. Perak Transit seterusnya diarahkan memberikan kerja-kerja pembinaannya kepada China Communication Construction LTD. Apakah ini selari dengan fatwa lagenda lubai-lubai mereka sendiri.

Nyatalah semakin lama lubai mentadbir Kelantan, semakin jelas hipokrasinya. Ia semakin merebak ke negeri-negeri lain, yang kononnya pernah mereka tuduh negara bakal terjual kepada negara asing. Kita pernah digembar-gemburkan dengan kisah Sri Lanka, yang gagal membayar hutang pembinaan infrastruktur, maka projek itu dilepaskan kepada syarikat asing, yakni pembina dan pelabur.

Setakat ini, belum didedahkan berapakah nilai kontrak KB Sentral. Apakah lebih mahal daripada kos pembinaan TBS atau Stadium Bukit Merbau yang "tinggal kenangan"? Banyak projek hebat hanya sekadar "batu asas" yang kemudiannya boleh bertukar kepada "batu nisan". Hospital Wanita patuh syariah belum terlaksana, begitu juga dengan Tok Bali sebagai "bandar Islam".

Kisah jumpa 'minyak atas darat', lapangan terbang, empangan bawah tanah, takungan air jejari, pembangunan skala besar di Lembah Sireh (termasuk sebuah masjid negeri) semakin jauh daripada realiti.

Yang lebih mengecewakan ialah kenapa tidak dipilih 'main kontraktor' dalam kalangan kontraktor Melayu. Apakah ini akan mengulangi kisah projek 'tanaman hutan' yang pernah diberikan kepada sebuah syarikat daripada Perak sebagai balasan bersetuju melantik wakil rakyat PAS sebagai MB tatkala bersama dalam Pakatan Rakyat (2008).

Berapa puluh ribu ekar tanah telah diberikan konsesi kepada pelabur China untuk menanam Musang King di Nenggiri? Bagaimana lila dengan projek Kilang Perabut di Gua Musang, yang batu asasnya pun tenggelam dalam semak samun.

Oh! Tak apa. Lubai buat apa pun tak salah, yang salahnya ialah pengkritik atau pentakwil. Mereka mana tahu dalil kerana mereka jahil, tidak ada ilmu dan tidak bijaksana berfikir.

Sumber fb: https://www.facebook.com/share/gvRSepn8pNmcNK9s/?mibextid=WC7FNe
 
janji siap

bukan alasan nak kutuk bangsa sendiri semata2 2 kontraktor tarik diri

nanpak sgt negeri tak yakin kt bangsa sendiri setakat buat bas station je.. bukan menara 1000tingkat pon...

klu lantik cina dap ke ok lagi... ni kasi kat china besar terus

😂 😂
 
bukan alasan nak kutuk bangsa sendiri semata2 2 kontraktor tarik diri

nanpak sgt negeri tak yakin kt bangsa sendiri setakat buat bas station je.. bukan menara 1000tingkat pon...

klu lantik cina dap ke ok lagi... ni kasi kat china besar terus

😂 😂

takpe.. janji siap
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register