BTC USD 96,233.0 Gold USD 2,895.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelantan pertahan pilih syarikat dari China siapkan KB Sentral

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,743
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,743
Reaction score
6,745
Points
881
Awards
1
Kelantan pertahan pilih syarikat bukan bumiputera siapkan KB Sentral


LAKARAN pembinaan Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) di Mukim Pendek, Tunjong, Kelantan.

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mempertahankan pemilihan syarikat bukan bumiputera sebagai kontraktor bagi menyiapkan pembinaan Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) di Mukim Pendek di sini.

Timbalan Menteri Besar Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, isu tersebut tidak berbangkit kerana kerajaan negeri sebelum ini telah sedaya upaya memberikan keutamaan kepada syarikat milik Muslim atau Bumiputera untuk menyiapkan projek ini.

“Saya nak tegaskan bahawa syarikat milik bumiputera bukan tidak mampu melaksanakannya namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, dalam kes ini mereka terpaksa menarik diri.

“AlhamdulilLah, Perak Transit dan China Communications Construction Company Ltd (CCCC)-Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sebagai kontraktor utamanya sanggup penuhi syarat dan berjanji menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Terdahulu tular surat rasmi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kali ke-19/2024 yang bersidang pada 2 Oktober lalu telah membuat keputusan bersetuju meluluskan Pembinaan KB Sentral kepada Syarikat Perak Transit.

Mengikut surat itu lagi, Syarikat Perak Transit hendaklah melantik syarikat China Communications Construction Company (CCCC) menjadi kontraktor utama projek berkenaan.

Mohamed Fadzli memberitahu, pada masa sama kontraktor bersetuju untuk menjadikan operasi KB Sentral sebagai stesyen pengangkutan bersepadu Gred A mengikut syarat dan garis panduan yang telah ditentukan oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Katanya, sebelum itu kedua-dua buah syarikat bumiputera telah menarik diri walaupun peringkat awalnya mereka sudah bersetuju untuk membina dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Kelantan.

“Syarikat yang pertama menarik diri setelah empat bulan dilantik manakala syarikat yang kedua pula menarik diri setelah sekitar setahun setengah dilantik untuk melaksanakannya. Projek KB Sentral akhirnya tertangguh hampir dua tahun.

“Kedua-dua syarikat tersebut sebenarnya pegangan sahamnya Muslim dan Bumiputera. Dalam hal ini kerajaan negeri sebenarnya telah sedaya upaya memberikan keutamaan kepada syarikat milik Muslim atau Bumiputera.

“Di sini saya nak tegaskan bahawa syarikat milik bumiputera bukan tidak mampu melaksanakannya namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, dalam kes ini mereka terpaksa menarik diri,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan itu berkata, selain dari penswastaan, kerajaan negeri pernah memutuskan untuk membinanya sendiri.

Katanya, bagaimanapun kerajaan negeri tidak mempunyai kepakaran membina dan mengoperasikannya mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak APAD dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

“Perak Transit juga ada pengalaman membina dan mengoperasikan sekurang-kurangnya 4 buah stesen pengangkutan bersepadu sebelum ini. CCCC-ECRL adalah syarikat yang sedang membina projek ECRL, rekodnya setakat ini amat baik.

“Stesen utama ECRL yang sedang dalam pembinaan di Tunjung hanya bersebelahan dengan tapak KB Sentral. Kita bercadang untuk mengadakan laluan sambungan terus antara stesyen utama ECRL dan KB-Sentral,” katanya.

Utusan Malaysia 12 Mac tahun lalu, melaporkan Projek Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu (KB Sentral) bernilai RM64 juta yang dibina di Mukim Pendek di sini dijangka siap pada hujung 2026.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, projek di kawasan seluas 2.02 hektar yang dibangunkan sebagai Pembangunan Berorientasikan Transit (TOD) itu akan dimulakan dalam masa terdekat.

Menurutnya, Syarikat Widad melalui syarikat bertujuan khas (SPV) iaitu Innovative City Holdings Sdn. Bhd. akan melaksanakan pembangunan dan operasi KB Sentral.-UTUSAN
 
Sponsored Post

Penjelasan projek KB Sentral diberi kepada Perak Transit

AZMI YUSOFOctober 17, 2024

Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hasan
BEBERAPA hari ini beredar surat dari Bahagian Pelaburan, Pejabat SUK Kelantan berhubung dengan perkembangan projek KB Sentral. Isu yang dibangkitkan adalah kenapa projek ini diberikan kepada Syarikat Perak Transit yang mana kontraktor utamanya adalah CCCC-ECRL. Kenapa tidak diberikan kepada syarikat milik orang Melayu atau Bumiputera.

Izinkan saya menjelaskan persoalan di atas bagi pihak Kerajaan Negeri Kelantan. Dari hal KB Sentral ini, pelbagai kaedah telah difikirkan oleh kerajaan negeri untuk menjayakannya. Rakyat pula menunggu dan ingin melihat ianya berjaya dilaksanakan.

Selain dari penswastaan, kerajaan negeri pernah putuskan untuk membinanya sendiri. Tetapi timbul persoalan siapa pula yang akan mengoperasikannya. Kerajaan negeri tidak ada kepakaran membina dan mengoperasikannya mengikut standard yang telah ditetapkan oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Projek ini tertangguh dan rakyat tertanya-tanya. Antara sebabnya adalah kerana dua buah syarikat sebelum ini menarik diri walaupun pada asalnya bersetuju untuk membina dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negeri.

Syarikat yang pertama menarik diri setelah empat bulan dilantik manakala syarikat yang kedua pula menarik diri setelah sekitar setahun setengah dilantik untuk melaksanakannya. Projek KB Sentral akhirnya tertangguh hampir dua tahun. Kedua-dua syarikat tersebut sebenarnya pegangan sahamnya Muslim dan Bumiputera.

Dalam hal ini kerajaan negeri sebenarnya telah sedaya upaya memberikan keutamaan kepada syarikat milik Muslim atau Bumiputera. Di sini saya nak tegaskan bahawa syarikat milik bumiputera bukan tidak mampu melaksanakannya namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan, dalam kes ini mereka terpaksa menarik diri.

Alhamdulillah, Perak Transit dan CCCC-ECRL sebagai kontraktor utamanya sanggup penuhi syarat dan berjanji menyiapkannya dalam tempoh yang ditetapkan. Mereka juga bersetuju untuk mengoperasikan KB Sentral sebagai stesyen pengangkutan bersepadu Gred A mengikut syarat dan garis panduan yang telah ditentukan oleh pihak Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia. Perak Transit juga ada pengalaman membina dan mengoperasikan sekurang-kurangnya 4 buah stesen pengangkutan bersepadu sebelum ini.

CCCC-ECRL adalah syarikat yang sedang membina projek ECRL. Rekodnya setakat ini amat baik. Stesyen utama ECRL di Tunjung hanya bersebelahan dengan tapak KB Sentral. Kita bercadang untuk mengadakan laluan sambungan terus antara stesyen utama ECRL dan KB-Sentral.

Selain itu, jalan masuk ke tapak projek KB-Sentral kena melalui tapak stesyen ECRL. Dalam masa yang sama jentera yang diperlukan untuk pembinaan bangunan KB-Sentral sudahpun ada di tapak bersebalahan. Inilah sebab utama mengapa pihak CCCC diutamakan.

Itulah juga alasan utama kenapa syarikat CCCC mampu berjanji untuk menyiapkan KB Sentral dalam tempoh yang singkat tanpa perlu kepada permohonan menggunakan laluan ke tapak dan kemudahan logistik yang sudah sedia ada.

Itulah sebenarnya jawapan kenapa Perak Transit dan CCCC sebagai kontraktor utamanya dipilih oleh Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksana dan menjayakan projek KB Sentral ini. Ia juga menunjukkan keterbukaan kerajaan negeri serta kepentingan berasaskan merit dalam membuat satu-satu keputusan bagi kepentingan negeri dan rakyat.

Walaupun begitu keutamaan kepada syarikat milik Bumiputera yang berkelayakan juga tetap diutamakan. Perlu juga saya tegaskan bahawa pemilihan syarikat-syarikat ini adalah mengikut kaedah dan prosedur pentadbiran.


Semoga penjelasan ini menjawab persoalan di atas. Dari satu sudut, beredarnya surat ini di kalangan rakyat menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah mengabaikan projek ini sebagaimana anggapan sesetengah pihak. Ianya tetap berjalan dan menjadi keutamaan.

YB DATO’ DR. MOHAMED FADZLI HASSAN
Timbalan Menteri Besar Kelantan
13 Rabiul Akhir 1446 / 17 Okt. 2024– HARAKAHDAILY 17/10/2024

5-B5-B13-DB-5-EEB-465-C-93-B7-C832-C44057-F8.jpg
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register