BTC USD 38,732.2 Gold USD 1,823.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelantan Perkenal Aplikasi "Kelantan Pay" Galak Pertumbuhan Ekonomi

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,203
Reaction score
4,099
Points
236
15.09.2020 - Kota Bharu, Kerajaan Kelantan hari ini melancarkan aplikasi digital ‘Kelantan Pay’ bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri secara mampan.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata menerusi aplikasi itu, orang ramai boleh membuat pembayaran dan terimaan hasil kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT), syarikat berkaitan kerajaan dan agensi swasta secara dalam talian.

"Inisiatif ini sebagai satu usaha mempersiapkan Kelantan ke arah transformasi digital dalam memperkasakan kerajaan digital," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran aplikasi berkenaan di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Jelasnya, langkah itu juga selari dengan situasi semasa yang menyaksikan peningkatan kebergantungan terhadap teknologi digital di seluruh negara susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung pandemik COVID-19.

Mohd Amar berkata aplikasi digital itu melibatkan 32 rakan kerjasama termasuk agensi kerajaan negeri, agensi swasta dan pihak sekolah.

Katanya aplikasi berkenaan boleh dimuat turun daripada ‘Play Store’ untuk pengguna android serta App Store bagi pengguna IOS dan pengguna boleh membuat pembayaran dalam talian menggunakan kaedah perbankan Internet (FPX), kad kredit, kad debit dan e-dompet yang lebih mudah dan cepat di mana-mana sahaja.

“Kerajaan negeri menyasarkan penggunaan ‘Kelantan Pay’ akan meningkat dari semasa ke semasa menjelang akhir tahun ini apabila kesemua PBT menggunakan aplikasi ini secara sepenuhnya untuk terimaan bayaran lesen, cukai bandar dan pelbagai bentuk bayaran lain,” katanya.

Screenshot-2893.jpg


Berita asal https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1880118
 

CG Sponsors




Top
Log in Register