BTC USD 57,000.2 Gold USD 1,787.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelantan bayar RM220 juta hutang peninggalan kerajaan BN

kuhik

CG Top Poster Club
Messages
39,519
Paid Membership
Joined
Jun 12, 2007
Messages
39,519
Reaction score
1,312
Points
191
Kelantan bayar RM220 juta hutang peninggalan kerajaan BN

Lanjusoh
Wed | Oct 29, 08 | 1:13:22 pm MYT


KOTA BHARU, 29 Okt (Hrkh) - Apakah kayu ukur untuk menggambarkan keupayaan ulama mentadbir sesebuah negeri. Antaranya boleh dilihat di Kelantan apabila kerajaan negeri tetap utuh di bawah PAS sejak 18 tahun lalu, biar pun sumber kewangannya terhad.

Setiap tahun bajet yang dibentang tidak besar berbanding negeri-negeri lain. Misalnya anggaran hasil tahun hadapan sebanyak RM339.98 juta, berbanding perbelanjaan mengurus RM360.26 juta.

Sedangkan negeri lain misalnya Selangor bajet 2009 melebihi RM1 bilion.

Namun, lebih menarik lagi apabila jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sebanyak RM220.26 juta telah dibayar kerajaan PAS.

Berdasarkan kepada jumlah tersebut RM57.46 juta adalah kadar faedah (bunga) yang dikenakan, manakala jumlah pokok hutang yang dibayar sebanyak RM162.8 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Masyarakat, Dato' Husam Musa berkata, jumlah hutang yang ditinggalkan kerajaan BN ketika PAS mula-mula mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri sebanyak RM718 juta.

Katanya, setiap tahun kira-kira RM11 juta dibayar kepada kerajaan pusat, menjadi jumlah yang dibayar sehingga sekarang sebanyak RM220 juta.

"Jumlah hutang tersebut tidak termasuk pinjaman baru yang diluluskan bagi projek bekalan air bersih di negeri ini sebanyak RM371 juta," katanya ketika menjawab soalan Dato' Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubur) pada persidangan Dun hari ini.

Menurutnya juga jumlah hutang tersebut meliputi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Perbadanan Stadium dan pihak berkuasa tempatan, keseluruhannya sebanyak RM572 juta.

Dan jumlah itu sekarang sudah berkurangan kepada RM268 juta.

Manakala bagi projek perumahan awam kos rendah (PAKR) masih berbaki sebanyak RM70.5 juta berbanding pada 1990 sebanyak RM72 juta.

Husam berkata, hutang bagi projek projek PAKR pada 1999 menurun kepada RM69 juta, namun sekarang meningkat kepada RM70.5 juta apabila dicampur kadar bunga yang dikenakan.

Katanya, jumlah hutang masih tinggi disebabkan keengganan pemiliknya menjelaskan sewa yang sepatutnya dibayar setiap bulan.

Menjawab soalan tambahan Ustaz Mohamad Mustafa (PAS-Demit) katanya, kaedah lama iaitu mengenakan faedah masih digunapakai kerajaan pusat terhadap hutang kepada kerajaan-kerajaan negeri.

"Pada mesyuarat Majlis Kewangan Negara sebelum ini saya sudah membangkitkan supaya kadar faedah dihapuskan. Saya kira Perdana Menteri yang ada sekarang masih mempunyai kuasa melaksananya sebelum Mac depan.

"Perdana Menteri perlu melaksanakan segera sebelum Perdana Menteri yang sedang menunggu mengambil alih tempatnya," kata beliau.

Beliau juga berharap Dato' Mohd Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri mempengaruhi Dato' Seri Abdullah supaya dihapus kadar faedah pinjaman yang dikenakan. -


p/s : UMNO/BN ni memang merosakkan Melayu betul la...dah la samseng, suka membazir, pastu kuat berhutang plak tu...takyah la sokong lagi UMNO/BN demi menyelamatkan masa depan Melayu...
 
Sponsored Post

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Messages
36,821
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
zombi zombi umno sekalian, utang utang ni sape yg bayar??? korang jugak laa :)) pemimpin korang tengah mengangkang sekarang. :))
 

mesir

Active+ Member
Messages
3,939
Joined
Oct 16, 2008
Messages
3,939
Reaction score
55
Points
35
waaaaaaaaaa kaya tu kelantan tu... :D:D:D:D
 

maliq7776

Super Active Member
Messages
7,835
Joined
Mar 8, 2008
Messages
7,835
Reaction score
72
Points
75
ape kate PAK MIDO?:))

mesti die cakap bajet tipu je ni..:">
 

SOUL86F

Legendary Member
Messages
10,969
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123
ape kate PAK MIDO?:))

mesti die cakap bajet tipu je ni..:">

alah apala sgt 220 juta tu..kalu nak dia petik jek sorang nama pemimpin umno 1 juta depa leh bayar cash...:eek::eek:
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Messages
25,111
Paid Membership
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
adeh....

segannya...
 

mido

Active+ Member
Messages
4,861
Joined
Feb 23, 2007
Messages
4,861
Reaction score
12
Points
25
pasal dr harakah kah kah obatt kuaatttt
semua betoii wooo
 

DEKAN

Fun Poster
Messages
628
Joined
Oct 16, 2008
Messages
628
Reaction score
0
Points
10
Penyangakkkk UMNO dah betul2 ilang idea daaaahhh... habis idea depa wak serangan peribadi lak!! itu lah ini lahhh.... baik mati lahh!!....
 

MyBroadband

Active Member
Messages
1,350
Joined
Sep 6, 2008
Messages
1,350
Reaction score
38
Points
30
kesian malaysia. orang lain mau bangun kan negara,tapi malaysia punye politik hanya mau memusnahkan malaysia..

taktau la camna future malaysia ni. harap2 tak sampai la perang dalam negara sendri cam kat thailand tu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register