BTC USD 28,638.7 Gold USD 1,969.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelantan bakal penjarakan mereka yang tidak solat Jumaat 3 kali.

aeolian

Active+ Member
Messages
4,098
Joined
Jul 30, 2010
Messages
4,098
Reaction score
360
Points
56
KELANTANDAILYLIFE_071013_TMIAFIF_005.JPG


Kerajaan negeri Kelantan bakal memenjarakan lelaki Islam yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak 3 kali selama setahun, kata Pengerusi Pembangunan Islam, Dakwah dan Hubungan Serantau Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Beliau berkata, kerajaan negeri Kelantan boleh melaksanakan tindakan itu mengikut Seksyen 104, Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan yang memperuntukkan denda sehingga RM1,000 dan penjara setahun bagi kesalahan berkenaan.

"Jumaat adalah hari yang mulia, tiada sebab golongan lelaki meninggalkan solat Jumaat yang hanya diadakan seminggu sekali," kata ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Kelantan itu seperti dilaporkan Berita Harian hari ini.

"Setakat ini hanya seorang lelaki didakwa berhubung kesalahan itu," katanya.
Nassuruddin berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijang Wan Ubaidah Omar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan semalam yang mahu penjelasan kerajaan negeri berhubung hukuman kepada mereka yang meninggalkan solat Jumaat.

Beliau yang juga Adun Meranti berkata, sesiapa saja termasuk imam atau ahli jawatankuasa masjid boleh membuat aduan berhubung kegagalan individu menunaikan solat Jumaat bagi membolehkan tindakan tegas diambil terhadap mereka.

"Mereka yang membuat aduan perlu mengisi borang sebelum diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEAIK).

"Bahagian penguatkuasa jabatan akan berbincang dengan imam. Pada masa sama sebuah buku diberikan kepada imam dengan mengarahkan individu berkenaan menunaikan solat di masjid berkenaan sebanyak 3 kali berturut-turut.

"Imam yang dipertanggungjawab akan mencatatkan kehadiran individu itu. Sekiranya mereka gagal hadir dalam tempoh berkenaan, tindakan akan diambil," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Beliau berkata, PAS Kelantan tidak memerlukan persetujuan bukan Islam untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah II atau hukum hudud di negeri berkenaan.

"Contohnya hukum bersunat, tiada kaitan dengan bukan Islam. Jadi, bukan Islam tidak perlu takut kerana hanya orang Islam akan dipotong tangan sekiranya mencuri apabila hudud dilaksanakan," katanya seperti dilapor Berita Harian. – 16 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/...idak-solat-jumaat-3-kali#sthash.qyXwXBNY.dpuf
 
Sponsored Post

lelakiselamanya

Active Member
Messages
2,440
Joined
Nov 1, 2008
Messages
2,440
Reaction score
23
Points
30
kt kg mana eh dulu member study ak cite

bapak die xpg solat jumaat kena tgkap

kena denda rm50. org2 kg jgk yg tgkap. masa tu sebelum ada isu yg ada kuasa je bole buat tgkap2 ni

dulu2 mmg kena tangkap....skg dah x kut....bab aku tgk rilex je org lepak ...jual air tepi jalan masa jumaat
 
Sponsored Post

Top
Log in Register