Xploit Machine
CG Hardcore Club
- Messages
- 63,437
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 63,437
- Reaction score
- 7,017
- Points
- 916
- Awards
- 1
18.08.2024 - Malaysia merupakan negara pertama di Asia membawa pulang rakyat Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di negara ini. Seramai 41 rakyat Palestin yang cedera termasuk bayi berusia lapan bulan diterbangkan pada Jumaat untuk menerima rawatan lanjut di sebuah hospital tentera menerusi misi kemanusiaan kendalian Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dari Kaherah ke Kuala Lumpur. Dua pesawat Airbus A400M milik TUDM tiba di Pangkalan Tentera Udara Subang di Selangor pada pukul 2 petang dengan membawa pesakit dan ahli keluarga yang kesemuanya berjumlah 86 orang, mengharungi perjalanan 13 jam dari Pangkalan Udara Al Maza di Kaherah, Mesir.
Misi kemanusiaan dilaksanakan Malaysia disifatkan sebagai bukti sokongan padu terhadap perjuangan Palestin yang lantang disuarakan kepimpinan Malaysia di pentas antarabangsa. Rata-rata rakyat Malaysia juga menyokong langkah membawa pulang rakyat Palestin ke negara ini, dengan ada yang mencadangkan agar golongan tersebut perlu diberi bantuan lain termasuk kerakyatan dan tempat tinggal. Seorang individu bagaimanapun tampil menyuarakan pandangan bahawa cadangan segelintir rakyat Malaysia itu dilihat agak keterlaluan. Malah, menurut pandangan seorang pengguna aplikasi TikTok, dengan nama akaun @thaqibshaker, saranan itu juga boleh membawa risiko buruk buat negara untuk tempoh jangka panjang.
Ujarnya, tiada masalah sekiranya kerajaan membawa segelintir rakyat Palestin yang cedera, namun harus berpada-pada dalam menghulurkan bantuan.
"Orang Melayu bukan main lagi komen dekat media sosial (minta) bagi IC (kad pengenalan), kerakyatan kepada warga Palestin. Tiada masalah atau isu, tapi belajarlah daripada sejarah, pada tahun 2013 bukan main lagi kita bawa masuk rakyat Rohingya, siap ada lagu Selamat Malam Rohingya lagi.
"Namun 10 tahun kemudian, lihat apa jadi hari ini? Kita pakat nak halau mereka keluar dari negara kita kan? Dekat Selayang tu tengoklah berapa ramai orang mereka sehinggakn pasar pun mereka ambil," katanya menerusi satu rakaman video yang dikongsikan di TikTok miliknya.
Mengulas lanjut, individu itu berkata, berbanding Rohingya, penduduk Palestin atau bangsa Arab disifatkan sebagai kaum superior. Dia turut memberi jaminan bahawa keadaan sama akan berlaku sekiranya golongan tersebut dibawa terus menetap di negara ini.
"Ini aku ingatkan awal-awal kepada kalian yang nak tuntut supaya bagi kad pengenalan pada mereka, kita akan menyesal. Jadi jangan buat kesilapan yang sama. Kita kasihan, kita bantu. Ini kerajaan bawa mereka masuk, okay tak mengapa, tapi lepas dibantu nanti keluarlah (dari Malaysia). Aku tak benci pun mereka, cuma aku nak apabila kita nak tentukan sesuatu atau beri cadangan, gunakanlah akal dengan waras. Bukan ikut sentimen (atau) emosi," ujarnya lagi.
Berita asal https://majoriti.com.my/netzkorner/...kyat-palestin-dianggap-keterlaluan-ikut-emosi