BTC USD 38,229.1 Gold USD 1,797.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kelajuan Mengundang MAUT!

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
mainpix1.jpg

Penunggang motosikal paling berisiko kehilangan nyawa.

BERDASARKAN satu kajian pada 1985 mendapati jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya berpotensi dikurangkan sebanyak 85 peratus jika masalah berpunca daripada penunggang dan pembonceng motosikal dapat diatasi.

Ini kerana golongan ini adalah penyumbang terbesar kepada statistik kemalangan dan kematian sepanjang tahun terutama menjelang musim perayaan utama. Kenapa masalah ini berlaku sedangkan di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Timur Tengah, kadar kemalangan motosikal sangat rendah.

Logiknya cukup mudah, mereka menggunakan motosikal berkuasa tinggi yang mementingkan aspek keselamatan sedangkan di Asia Tenggara termasuk Malaysia serta negara China dan India, kebanyakan motosikal adalah jenis ‘kapcai’ iaitu motosikal berkuasa kurang 250 cc.

Namun, jika aspek kejuruteraan jalan raya ditingkatkan iaitu menyediakan laluan khas motosikal seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini untuk membina laluan dari Perlis ke Johor dilaksanakan sepenuhnya, kadar kemalangan mampu dikurangkan.

Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh menjelaskan, purata kematian akibat kemalangan pada hari biasa ialah 17 kes dan 13 daripadanya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Sebab itu kami tingkatkan kempen kesedaran menunggang pada had laju 60 kilometer sejam untuk penunggang motosikal. Hujahnya mudah, pada kelajuan itu, apabila berlaku sebarang kecemasan, penunggang masih mampu mengelak atau mengawal motosikal.

“Kedua, jika masih terlanggar, impak kelajuannya masih rendah iaitu kira-kira 40 kilometer sejam dan ketiga, mereka masih dilindungi daripada kecederaan parah

“Jika menunggang pada kelajuan 70 kilometer sejam, risikonya meningkat sekali ganda. Setiap hari, direkodkan 12 hingga 13 penunggang atau pembonceng motosikal maut akibat kemalangan. Daripada jumlah itu, 20 hingga 30 orang akan menjadi OKU (Orang Kurang Upaya)..adakah ini yang diinginkan?,” katanya.

Sehubungan itu, JKJR menyarankan penunggang dan pembonceng motosikal melengkapkan diri secara maksimum untuk memastikan keselamatan terjamin. Antaranya ialah menggunakan topi keledar berkualiti yang diiktiraf Sirim Berhad dan memakainya secara betul.

Bagi pemanduan pada waktu malam, mereka diwajibkan memakai pakaian mempunyai bahan pantulan cahaya supaya kedudukan dan pergerakan mereka mudah dilihat pengguna lain.

Tip: Topi keledar

# Jangan mencelah antara kenderaan kerana ia meningkatkan risiko kepada diri dan kenderaan lain

# Topi keledar digalakkan diganti sekiranya melebihi usia lima tahun atau pernah terhentak dalam kemalangan.

# Sentiasa memakai dan mengikat topi keledar dengan betul.

# Elakkan daripada menggunakan keledar separuh atau 'topi kura-kura' yang dijual pada harga RM20 hingga RM35 kerana membahayakan pengguna jika berlaku kemalangan.
 
Sponsored Post

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,283
Reaction score
531
Points
176
kalau sumer penunggang motor kat malaysia berdisplin..tunggang motor macam org pandu keter mesti tak byk eksiden kat mesia
 
izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
kalau sumer penunggang motor kat malaysia berdisplin..tunggang motor macam org pandu keter mesti tak byk eksiden kat mesia

Tulah tapi hakikat yang menyedihkan sebenarnya, penunggang moto kat Malaysia ni sangat kurang kesedaran tentang keselamatan. #:-S#:-S#:-S#:-S#:-S
 
anipo

Active+ Member
Joined
May 15, 2008
Messages
4,887
Reaction score
126
Points
33
hurmm.. x sayang nyawa btol....
 
apit0

Active+ Member
Joined
May 12, 2008
Messages
2,999
Reaction score
0
Points
20
tapi agak² la 60 km/h jer...
mau kena rembat dgn keter yg bwk cam celaka kalau kat area lembah klang nih...aku bwk keter tapi aku pernah merasa bwk motor area lembah klang nih...slow sgt tak boleh...laju sgt lagi tak boleh...
cuma pd pemandu motor nih jgn la bwk cam celaka...
 
tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,235
Reaction score
837
Points
176
kengkadang penunggang berdisplin orang lain pulak tak disiplin...
 
ndzul01

Active Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
1,466
Reaction score
0
Points
20
Bawak lelaju pun tk per.. tapi dgn syarat.... buat jalan raya sendiri...:)
 
utbahz

Active Member
Joined
Jul 1, 2008
Messages
1,969
Reaction score
7
Points
35
Pengalaman aku sendiri bawak keta dan moto kat KL ni...Dapat aku rumuskan, waktu bwk keta, aku nak moto yg kat depan keta aku laju skit..Kalau ruang cukup dlm jem, mencelah2 pun xpe. Tapi aku x tahan kalau rider 2 ni, cam nak memaksa diri mencelah w/pun ruang tu sempit giler.As long as diaorang x bwk cam nak membunuh diri ok aje..Dan sebagai rider plak, aku rasa patut kita bertimbang rasa..Kalau npk keta nk tukar lane, slowkanla skit moto tu, bagi laluan, jgn la hon x berenti2..W/pun aku pun rider, tp sakit ati gak ooo..Keta tu beso, ko kecik aje..Kalau tersondol blakang keta tu lagu mana? Mau parah gak tu..Pepe pun timbang rasa pentingla atas jalan nie..Dan xyah la layan lap sgt, kalau tergolek ke, boleh kena sapu ngan keta blakang ooo..Pergh ngeri..
 
Tula pasal bro, dalam isu ni dua-dua pon kena ada timbang raso. Pemandu keta biasanye dio pun ego jugak, sebab keta dio beso. Jadi, toksah duk lawan dia bagi jerlah dio lalu. Mana lagi bernilai? Nyawa atau Ego?
 
Emie

Legendary Member
Joined
Jul 19, 2007
Messages
11,955
Reaction score
71
Points
120
mainpix1.jpg

Penunggang motosikal paling berisiko kehilangan nyawa.

BERDASARKAN satu kajian pada 1985 mendapati jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya berpotensi dikurangkan sebanyak 85 peratus jika masalah berpunca daripada penunggang dan pembonceng motosikal dapat diatasi.

Ini kerana golongan ini adalah penyumbang terbesar kepada statistik kemalangan dan kematian sepanjang tahun terutama menjelang musim perayaan utama. Kenapa masalah ini berlaku sedangkan di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), Eropah dan Timur Tengah, kadar kemalangan motosikal sangat rendah.

Logiknya cukup mudah, mereka menggunakan motosikal berkuasa tinggi yang mementingkan aspek keselamatan sedangkan di Asia Tenggara termasuk Malaysia serta negara China dan India, kebanyakan motosikal adalah jenis ‘kapcai’ iaitu motosikal berkuasa kurang 250 cc.

Namun, jika aspek kejuruteraan jalan raya ditingkatkan iaitu menyediakan laluan khas motosikal seperti yang diumumkan kerajaan baru-baru ini untuk membina laluan dari Perlis ke Johor dilaksanakan sepenuhnya, kadar kemalangan mampu dikurangkan.

Ketua Pengarah, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh menjelaskan, purata kematian akibat kemalangan pada hari biasa ialah 17 kes dan 13 daripadanya membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.

“Sebab itu kami tingkatkan kempen kesedaran menunggang pada had laju 60 kilometer sejam untuk penunggang motosikal. Hujahnya mudah, pada kelajuan itu, apabila berlaku sebarang kecemasan, penunggang masih mampu mengelak atau mengawal motosikal.

“Kedua, jika masih terlanggar, impak kelajuannya masih rendah iaitu kira-kira 40 kilometer sejam dan ketiga, mereka masih dilindungi daripada kecederaan parah

“Jika menunggang pada kelajuan 70 kilometer sejam, risikonya meningkat sekali ganda. Setiap hari, direkodkan 12 hingga 13 penunggang atau pembonceng motosikal maut akibat kemalangan. Daripada jumlah itu, 20 hingga 30 orang akan menjadi OKU (Orang Kurang Upaya)..adakah ini yang diinginkan?,” katanya.

Sehubungan itu, JKJR menyarankan penunggang dan pembonceng motosikal melengkapkan diri secara maksimum untuk memastikan keselamatan terjamin. Antaranya ialah menggunakan topi keledar berkualiti yang diiktiraf Sirim Berhad dan memakainya secara betul.

Bagi pemanduan pada waktu malam, mereka diwajibkan memakai pakaian mempunyai bahan pantulan cahaya supaya kedudukan dan pergerakan mereka mudah dilihat pengguna lain.

Tip: Topi keledar

# Jangan mencelah antara kenderaan kerana ia meningkatkan risiko kepada diri dan kenderaan lain

# Topi keledar digalakkan diganti sekiranya melebihi usia lima tahun atau pernah terhentak dalam kemalangan.

# Sentiasa memakai dan mengikat topi keledar dengan betul.

# Elakkan daripada menggunakan keledar separuh atau 'topi kura-kura' yang dijual pada harga RM20 hingga RM35 kerana membahayakan pengguna jika berlaku kemalangan.

famous topi nih..kena plak bawak virago ker vulcan ker..:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register