BTC USD 47,729.1 Gold USD 1,843.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Kelajuan Jalur Lebar Malaysia Adalah Ketiga Terbaik

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
27,631
Reaction score
3,923
Points
236
Kelajuan Internet Jalur Lebar Di Malaysia Adalah Ketiga Terbaik Di Asia Tenggara – Speedtest

Perkhidmatan internet di Malaysia secara lazimnya boleh dibahagikan kepada dua kategori utama, iaitu internet jalur lebar yang menggunakan kabel tembaga ataupun gentian optik dan juga internet mudah-alih yang menggunakan sambungan rangkaian 3G dan 4G.

Speedtest, perkhidmatan penanda-aras kelajuan internet baru-baru ini telah mengeluarkan sebuah laporan mengenai kualiti dan tahap kelajuan internet di rantau Asia Tenggara dimana mereka memperlihatkan purata kelajuan internet jalur lebar dan juga internet mudah alih.

Ookla_Mean_Fixed_Broadband-Speeds_SE-Asia_0321-950x716.png.webp

Purata kelajuan internet ini diperlihatkan dalam bentuk graf dari suku pertama 2019 sehinggalah suku terakhir tahun 2020. Melalui graf ini, kita dapat melihat bahawa sejumlah negara di rantau ini rata-rata memperlihatkan penambahbaikan dari segi kelajuan internet.

Tidak mengejutkan untuk melihat Singapura menduduki tempat pertama pada kadar muat-turun 228Mbps, manakala Thailand berada di tempat kedua pada kadar purata sekitar 175Mbps. Malaysia yang juga memperlihatkan penambahbaikan dari segi kadar muat-turn berada di tempat ketiga dengan purata muat-turun 90.88Mbps. Dari segi muat-naik data pula, Malaysia masih sedikit ketinggalan pada kadar purata sekitar 50Mbps.

Ookla_Mean_Mobile-Speeds_SE-Asia_0321-950x716.png.webp

Dari segi perkhidmatan internet mudah-alih pula, Singapura dan Thailand sekali lagi adalah dua negara dengan kadar muat-turun terpantas di rantau ini, dimana tempat ketiga dimiliki oleh Vietnam. Malaysia berada di tempat keempat dengan kadar muat-turun 24.53Mbps dan muat-naik data 11.53Mbps.

Laporan tersebut juga menyentuh sedikit mengenai JENDELA dan pelan kerajaan untuk menambahbaikkan capaian internet mudah-alih di seluruh Malaysia, khususnya melalui penambahan pencawang rangkaian 4G khususnya untuk kawasan luar bandar yang memerlukannya untuk tujuan kerja dan pembelajaran.

Ookla_time-spent_cellular_malaysia_0321-2-950x427.png.webp

Dalam pada itu, ia juga didapati bahawa pada penghujung suku 2020, ia dilaporkan bahawa pengguna peranti pintar rata-ratanya menyambung ke internet menggunakan rangkaian 4G untuk melayari internet. Statistik ini menunjukkan betapa pentingnya kerajaan bersama-sama syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan untuk bukan sahaja menambahkan capaian rangkaian internet, tetapi juga memastikan kualiti capaian tersebut berada pada tahap yang memuaskan.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai laporan Speedtest tersebut, anda boleh membaca mengenainya di sini.

Sumber asal https://www.speedtest.net/insights/blog/malaysia-internet-speeds-march-2020/
 
Sponsored Post

jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
12,803
Reaction score
2,919
Points
201
Ambil 6 negara wat perbandingan..

Ketiga Terbaik ?

Good Game..
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,666
Reaction score
442
Points
46
tu kategori fix line..lau kategori mobile ?

air-klinik2.jpg


tahniah..malaysia masih lagi dlm top 10.. belakang sikit je dari negara maju spt Vietnam, Brunei, Laos dan Myanmar
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,211
Reaction score
2,785
Points
206
ss.PNG


ni jela paling laju dapat dengan streamyx.
TM kata bulan 3 nak upgrade unifi tak siap-siap lagi.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register