Kelab Pemilik Proton Wira

Recommended Brokers


r-left

Fun Poster
Joined
May 27, 2008
Messages
405
Reaction score
2
Points
15
proton hentikan produksi alat ganti oem untuk wira

menurut satu laporan dalam the star hari ini, proton dan pengilang pihak ketiganya di malaysia telah menamatkan produksi alat-alat ganti untuk model ‘cash cow‘ mereka satu ketika dahulu iaitu proton wira.


perkara ini diberitahu kepada akhbar berkenaan oleh sumber dari industri automotif sendiri. “sudah sepuluh tahun wira terakhir telah keluar dari kilang dan 25 tahun sejak versi pertamanya diproduksi.

Syarikat pembekal komponen asli pengeluar (oem) merasakan bahawa tidak lagi ekonomikal untuk menghasilkan komponen alat ganti untuk wira dan mereka mahu fokus kepada model-model lebih baharu,” kata sumber tersebut.

Sumber berkenaan turut mengatakan walaupun wira berkongsi banyak komponen dari mitsubishi lancer, alat ganti untuk ‘kembar’nya dari jepun itu turut sudah tiada dalam pasaran kerana ia juga telah berusia lebih 30 tahun. Manakala komponen yang masih ada di kedai-kedai alat ganti buat masa sekarang adalah stok-stok terakhir dalam pasaran.

Dalam laporan sebelum ini, proton wira masih kekal kenderaan yang paling banyak dicuri di malaysia untuk 2017, menurut persatuan insuran am malaysia (piam). Persatuan berkenaan mendedahkan sejumlah 654 unit proton wira telah dicuri sepanjang tahun lalu, dan kebanyakkan dileraikan untuk dijual sebagai alat ganti.

Selain dari kedai yang menjual komponen baharu, alat ganti untuk proton wira turut boleh dibeli di kedai skrap/potong kereta bagi mereka yang mahukan komponen terpakai yang lebih murah. Sejumlah 952,216 unit proton wira telah diproduksi selama 16 tahun dari 1993 hingga 2009, dan menurut the star lagi, sekurang-kurangnya 85% daripadanya masih lagi berkeliaran di atas jalan raya malaysia.

Namun pemilik wira jangan gusar, selain dari malaysia, komponen wira dan lancer turut diproduksi oleh pihak-pihak ketiga dari negara lain seperti taiwan dan sebagainya, tetapi mungkin kualitinya tidak sebaik yang dihasilkan oleh pengilang oem rasmi.

Gasket kepala silinder enjin a12 untuk datsun 120y pun masih lagi boleh dibeli di kedai alat ganti, apatah lagi wira kan? Cuma kalau boleh, janganlah ada ‘scalper‘ yang menghabiskan kesemua stok akhir komponen oem tersebut dan dijual semula pada harga yang tidak munasabah. - paultan


kete wira 1.5 auto injection aku pon dah tersadai..kalau jual mcm tu berapa yea?? Nak amik kancil mata bulat plak..heheehe
 
Sponsored Post

arowana

Active+ Member
Joined
Jun 21, 2008
Messages
3,001
Reaction score
19
Points
25
kete wira 1.5 auto injection aku pon dah tersadai..kalau jual mcm tu berapa yea?? Nak amik kancil mata bulat plak..heheehe
tak repair ke.. kete tahun bila tu.
 

r-left

Fun Poster
Joined
May 27, 2008
Messages
405
Reaction score
2
Points
15
tak repair ke.. kete tahun bila tu.
kereta tahun 2003
1.5 injection

xde masa nak hantar repair
location gombak KL

ingat nak jual RM2000 jer..
 

wira_laju

Active+ Member
Joined
Nov 20, 2011
Messages
3,353
Reaction score
99
Points
30
Dah 15thn pakai wira tapi tk pernah breakdown tngah jln.teringin nk pakai keta lain tapi sayang pulak nk jual.haha.
 

puyol

Legendary Member
Joined
Jun 28, 2011
Messages
19,915
Reaction score
1,554
Points
191
ada yang guna wira 2.0 diesel dalam ni?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register