akudotcom
CG Hardcore Club
- Messages
- 57,150
Top Poster #6
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,150
- Reaction score
- 6,702
- Points
- 881
- Awards
- 1
Kekuatan gabungan 3 parti Melayu retak angkara ‘kuli politik’
Yusman AwangJune 19, 2024
Annuar Musa
KUALA LUMPUR: PAS, Bersatu dan Umno adalah tiga parti politik utama orang Melayu yang mempunyai cita-cita perjuangan yang hampir sama, malah ketiga-tiganya berasal dari satu parti.
Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa berkata, gabungan ketiga-tiga parti ini menjadi satu igauan buruk kepada parti-parti yang mempunyai ideologi berbeza sama ada sosialis, liberalis atau pluralis.
“Gabungan tiga parti ini pernah membentuk Muafakat Nasional (MN) dan kita telah lihat bagaimana kekuatannya dalam siri Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highland hinggalah Tanjung Piai, Kimanis dan lain-lain.
“Musuh mencari jalan sejak dulu untuk memecah-belahkan (meretakkan) kekuatan ini. Mereka berjaya kerana ada pemimpin sanggup dan sengaja memilih jalan menjadi ‘kuli politik’ kepada pihak lain.
“Namun, alhamdulillah sehingga hari ini perpaduan Melayu kini dipayungi PAS dan Bersatu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurutnya, yang lebih menggembirakan adalah sikap terbuka PAS dan Bersatu kekal berpendirian bahawa PAS, Bersatu dan Umno perlu terus berusaha untuk bekerjasama dan bertaut kembali.
“PAS dan Bersatu tidak memusuhi Umno. Saya tidak pernah kecewa atau berputus asa dalam usaha memperkukuhkan perpaduan politik Melayu dan menghidupkan konsep Muafakat Nasional… insya-Allah.
“Perpaduan sebenar hanya wujud apabila tiga parti ini bertaut dengan mengutamakan nasib bangsa agama dan negara dan bukannya nasib satu individu,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/6/2024