Kekeliruan solat jamak dan qasar

CG Sponsors




Sponsored Post

dloanman

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 15, 2012
Messages
22,094
Reaction score
1,653
Points
206
sbb tu den klu musafir lebih 90 km dok mano2 pun x penah niat mukim, den niat nak singgah rehat je
 

lokman1970

Fun Poster
Joined
Jul 22, 2011
Messages
819
Reaction score
259
Points
31


Bertolak pergi ke KL dari KT hari AHAD jam 8.00 pagi
Sampai di KL jam 2.00 petang

Bertolak balik dari KL jam 2.00 petang
Sampai di rumak (KT)jam 8.00 malam.

Soalan:
Bermula hari apa dan jam berapa kita mulai boleh solat jamak/qasar
dan hingga hari apa dan jam berapa kita TIDAK dibolehkan jamak/qasar.
Terima kasih
Assalamu'alaikum.

Sehingga ke hari ini, masih ramai yang menganggap bahawa solat jamak qasar boleh dilakukan 3 hari pertama berada di sesuatu tempat. Sedangkan menduduki tempat melebihi 3 hari tidak lagi dikira musafir tetapi ‘bermukim’ (sudah gugur taraf musafir). Jadi, solat jamak qasar sama sekali tidak ‘valid’ apabila anda telah sampai ke destinasi. Tiada nas yang membenarkan solat jamak qasar pada 3 hari pertama anda bermukim. Solat jamak qasar hanya ‘valid’ sepanjang perjalanan anda yang melebihi 89 km dan tidak ‘valid’ sebaik tiba di destinasi yang anda ingin duduki melebihi 3 hari. Sekali lagi diingatkan, jamak qasar selama 3 hari hanya dibenarkan untuk orang yang benar-benar singgah tidak melebihi tiga hari di sesuatu tempat.
Kalau megikut apa yg kamu rancang ke KL dan kamu berpegang kpd pendapat diatas yg warna merah,

8pg ahad sampai asar ahad = 0
maghrib ahad sampai asar isnin = 1hari
maghrib isnin sampai asar selasa = 1hari
maghrib selasa sampai asar rabu = 1hari
maghrib rabu sampai 2ptg khamis = 0

Bila kamu keluar saja dari kawasan/kampung maka dah boleh jamak/qasar.
8mlm dah masuk maghrib, jadi sebelom kamu masuk ke kawasan/kampung kamu, kamu masih dibolehkan jamak/qasar walau isyak nanti kamu mmg dah ada dirumah.

Jamak/qasar dibolehkan selagi kamu tidak duduk ditempat musafir melebihi 3 hari.
Jadi kamu duduk di KL selama 3 hari dan dlm pengiraan jamak/qasar, hari kamu kelaur dan hari kamu balik tidak dikira,
spt diatas.

Wallahhuallam...
 
Last edited:

lokman1970

Fun Poster
Joined
Jul 22, 2011
Messages
819
Reaction score
259
Points
31
Alamak...macam tu rupanya..tapi saya ada dgr ceramah...rukhsah solat ni perlu dimanfaatkan sebab Allah dah bg kelonggaran pd kita..tapi kalau kita tak da masalah menunaikan solat fardhu walaupun lebih 2 marhalah..adakah kita dikira berlagak dengan Allah sedangkan telah diberi kemudahan oleh Allah?tolong saya...saya tak pandai...
Kalau raja bagi kamu duit, adakah kamu tolak dan jika kamu tolak adakah itu beradab.
Sekadar renungan....
 
Last edited:

citymall

Active+ Member
Joined
Dec 13, 2013
Messages
4,294
Reaction score
478
Points
41
Masih kurang faham kerana banyak versi...

Salam.
Ertinya dalam kes rajah tu masih boleh solat qasar maghrib hari khamis
jika belum sampai ke kampung.... ker guana?.
 

lokman1970

Fun Poster
Joined
Jul 22, 2011
Messages
819
Reaction score
259
Points
31
xboleh bro....1 hari 5x sehari solat fardu....mana boleh sesuka hati nk jamak solat tanpa sbb yg dibenarkan...melainkan puak syiah #:-S



dari Jabir Bin Abdullah, sabda Nabi saw:
“Bandingan solat ialah seperti sebatang sungai yang mengalir di hadapan rumah seseorang daripada kamu, setiap hari dia mandi sebanyak 5 kali (di sungai itu)”. (H. R Muslim)

Nabi SAW didatangi oleh Jibril as dan berkata kepadanya, “Bangunlah dan lakukan shalat.” Maka beliau melakukan shalat Zhuhur ketika matahari tergelincir. Kemudian waktu Ashar menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Ashar ketika panjang bayangan segala benda sama dengan panjang benda itu. Kemudian waktu Maghrib menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Maghrib ketika mayahari terbenam. Kemudian waktu Isya` menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Isya` ketika syafaq (mega merah) menghilang. Kemudian waktu Shubuh menjelang dan Jibril berkata, “Bangun dan lakukan shalat.” Maka beliau SAW melakukan shalat Shubuh ketika waktu fajar merekah/ menjelang. (HR Ahmad, Nasai dan Tirmizy. )
Al-Bukhari mengatakan bahawa hadits ini adalah hadits yang paling shahih tentang waktu-waktu shalat.


Abdullah bin Mas’ud radiyallahu ‘anhu berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah, ‘Apakah amal yang paling dicintai oleh Allah ?’ , Beliau bersabda, ‘Sholat pada waktunya’, Saya bertanya, ‘Kemudian apa lagi ?’, Beliau bersabda, ‘Berbakti kepada kedua orang tua’, Saya bertanya lagi, ‘Kemudian apa lagi ?’, Beliau bersabda, ‘Berjihad (berjuang) di jalan Allah’. Saya berdiam diri dari Rasulullah. Seandainya saya meminta tambah, niscaya beliau menambahkannya. HR.Bukhari.



Peliharalah semua shalat(mu), dan (peliharalah) shalat wustha. Berdirilah untuk Allah (dalam shalatmu) dengan khusyu’.( Albaqarah 238)


“Sesungguhnya solat itu adalah kewajipan yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman”. (An-Nisa’: 103).

Alhamdulillah semoga ilmu kamu benar.
Selagi kita ada dalil dan ada ulamak amalkan, insyaallah tidak sesat.

Dan saya berpegang kpd

Seorang murid bertanya kepada pensyarah UIA, Ustaz Soleh Qadir Az-Zanki, mengenai hal solat jamak tanpa ada apa-apa sebab (solat jamak)

Jawabnya:
“Allah sudah tahu keuzuran manusia dalam kehidupan ini. Lihatlah kesibukan manusia. Kamu akan dapati bahawa pada zaman ini kadang-kadang ketika memandu dan tersekat dalam lalu lintas, sedangkan waktu zohor kian berlalu, atau waktu Maghrib yang singkat itu akan habis. Apakah hukum ketika itu? Jika berlalunya waktu solat zohor atau maghrib dalam keadaan begitu adakah perlu diqada’? maka di sinilah perlunya memakai hukum solat jamak tanpa ada sebab musafir, sakit dan sebagainya tanpa melazimkan perkara tersebut. Tanpa melazimkan solat jamak maksudnya tidak boleh dilakukan setiap hari. cukup sekadar waktu-waktu tertentu sahaja seperti sebulan sekali”.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w. telah menjamakkan di antara zohor dan Asar, maghrib dan Isyak ketika berada di madinah pada ketika tiada takut dan tiada pula hujan. Maka ditanya kepada Ibnu Abbas: Apakah tujuan peristiwa itu? Dia berkata: tujuannya adalah supaya tidak menyusahkan umatnya.

Diriwayatkan juga oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa Nabi saw. Telah sembahyang ketika berada di Madinah tujuh rakaat dan lapan rakaat (secara jamak): Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak.

Dua hadis tersebut menunjukkan asas kepada hukum harus menunaikan solat jamak tanpa musafir, takut, hujan atau sakit. Tujuan pensyariatan salat jamak hajat adalah untuk tidak menyusahkan umat Islam. Hukum harus jamak hajat ini diakui oleh Ibnu Sirin dan kalangan mazhab Maliki dan Khathobi dari mazhab Syafie serta ahli-ahli hadis yang diriwayat oleh Abi Ishak al-Marwazi dari al-Munzir.

Wallahuallam.....
:

"Rasulullah saw menjamakkan solat Zohor dan Asar di Madinah, pada masa itu tiada ketakutan dan tidak pula musafir, Abu al-Zubair berkata : Aku bertanya kepada Sa'ed (iaitu Ibn Jubair), Kenapa baginda melakukan begitu? Dia berkata, Aku telah bertanya Ibn 'Abbas soalan yang sama, dan dia berkata : Baginda tidak mahu sesiapa dikalangan umatnya menghadapi kesukaran" [Hadith Riwayat Muslim no. 705].
 

lokman1970

Fun Poster
Joined
Jul 22, 2011
Messages
819
Reaction score
259
Points
31
Salam.
Ertinya dalam kes rajah tu masih boleh solat qasar maghrib hari khamis
jika belum sampai ke kampung.... ker guana?.
Katakan kampung kamu A, sebelom masuk kampung kamu tu, kampung B.
Bila kamu sampai kampung B dan maghrib pun dah masuk maka kamu boleh berenti dan jamak/qasar maghrib/isyak di masjid kampung B.

Insyaallah boleh faham.

Sebenarnya banyak khilaf diantara ulama ttg jamak/qasar.
 

akeyrasta

Super Active Member
Joined
Nov 25, 2011
Messages
5,940
Reaction score
6
Points
65
Amat jarang jumpa topik perbincangan ini. Kadang kwn pun smpai confuse hukhuk..
Tgu en. Jumatmajid hihi..
 

mytrade

Super Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
7,113
Reaction score
242
Points
83
aku dulu pun keliru...

selalu akan timbul sikit kekeliruan bila balik kg...so bila balik kg aku tk tetapkan niat berapa lama nak stay situ..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register