Kekayaan bilionair China bertambah AS$1.5 trilion ketika pandemik COVID-19

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,243
Reaction score
4,259
Points
201
BEIJING: Golongan kaya China meraih keuntungan AS$1.5 trilion (RM6.22 trilion) pada 2020, jauh melebihi pendapatan keseluruhan lima tahun lalu, berikutan peningkatan pembelian dalam talian susulan pelaksanaan perintah berkurung.

Berdasarkan maklumat terkandung dalam Laporan Hurun itu, senarai bilionair turut bertambah seramai 257 orang pada Ogos lalu, selepas mencatatkan penurunan selama dua tahun berturut-turut.

China kini mempunyai 878 bilionair berbanding Amerika Syarikat (AS) yang menyenaraikan 626 bilionair awal tahun ini, berdasarkan Laporan Hurun dalam senarai Februari mereka.

Laporan terbabit mendapati, terdapat sekitar 2,0000 individu dengan nilai kekayaan lebih 2 bilion yuan (RM1.2 bilion) pada Ogos lalu atau jumlah terkumpul AS$4 trilion (RM16.6 trilion).

Jack Ma, pengasas syarikat perdagangan Alibaba, sekali lagi mendahului senarai selepas nilai kekayaannya meningkat 45 peratus kepada AS$58.8 bilion (RM243 bilion).

Beliau diikuti oleh pemilik WeChat dan permainan dalam talian, Pony Ma (AS$57.4 bilion/RM238 bilion), yang meningkat 50 peratus walaupun berdepan kebimbangan diharamkan kerana ketakutan terhadap keselamatan nasional.

Kali pertama disenaraikan, Zhong Shanshan, 66, yang terkenal dengan jenama air botol Nongfu, melonjak ke tempat ketiga dengan AS$53.7 bilion (RM222 bilion) selepas tawaran awam permulaan (IPO) saham syarikatnya di Hong Kong.

Ketua Laporan Hurun, Rupert Hoogewerf, dalam satu kenyataan, berkata dunia tidak pernah menyaksikan sebegini ramai bilionair dihasilkan dalam tempoh setahun.

Antara yang menyerlah ialah pemilik aplikasi penghantaran makanan Meituan, Wang Xing, yang melangkau 52 kedudukan ke tempat ke 13 dengan AS$25 bilion (RM104 bilion).

Sementara itu, pengasas pembelian dalam talian JD.com, Richard Liu, menggandakan kekayaannya kepada AS$23.5 bilion (RM97.4 bilion).

Usahawan produk kesihatan turut menyaksikan lonjakan tertinggi ketika pandemik, antaranya pengasas syarikat pembuat vaksin Zhifei, Jiang Rensheng, yang hartanya meningkat tiga kali ganda kepada AS$19.9 bilion (RM82.5 bilion).

China menutup semua bandar utamanya lewat Januari dan Februari lalu bagi mengekang penularan COVID-19 yang mula dikesan di Wuhan, sebveluam merebak ke seluruh dunia mengakibatkan kemerosotan ekonomi yang serius. - AFP

 
Top
Log in Register