Kekasih berhati iblis

CG Sponsors




irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Kekasih berhati iblis

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim
[email protected]
2010/01/22

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang gadis yang juga pelajar sebuah kolej swasta berusia 19 tahun untuk bertemu bakal mentuanya berkubur apabila dia menjadi mangsa pemuas nafsu sekumpulan empat lelaki diketuai teman lelakinya sendiri ketika berkunjung ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Petaling di sini, Selasa lalu.

Lebih menyedihkan, mangsa diperlakukan seperti hamba seks dan diperkosa bergilir-gilir hampir 10 kali dalam tempoh lima jam.

Semuanya bermula kira-kira jam 11 malam apabila mangsa yang berada di rumahnya di sebuah pangsapuri di Jalan Jejaka, Cheras di sini, dihubungi teman lelakinya berusia awal 20-an menjemputnya keluar bersiar-siar.

Menurut sumber, mangsa dan teman lelakinya kemudian singgah makan di Tasik Permaisuri, Cheras.

“Di gerai itu ada tiga lagi lelaki berusia lingkungan 20-an dipercayai kenalan teman lelaki mangsa.

“Teman lelaki mangsa turut memperkenalkan ketiga-tiga kenalannya sebelum mereka menjamu selera bersama,” katanya.

Menurutnya, selesai makan, mangsa dipelawa ke rumah teman lelakinya untuk bertemu bakal ibu dan bapa mentuanya selain menolong mereka memindahkan barang ke rumah baru.

Sumber berkata, sebaik tiba di rumah berkenaan, mangsa terkejut apabila mendapati rumah terbabit kosong.

“Mangsa bertanya kepada teman lelakinya ke mana ibu bapanya pergi, tetapi lelaki terbabit mendakwa orang tuanya mungkin sudah ke rumah baru mereka.

“Bagi meyakinkan mangsa, teman lelakinya itu mendakwa akan membawanya ke rumah baru mereka, namun dia perlu memeriksa barangan dalam rumah terlebih dulu,” katanya.

Sumber itu berkata, ketika lelaki terbabit berpura-pura memeriksa barangan dalam rumah berkenaan, tiga rakan yang ditemui di restoran tiba di rumah berkenaan.

Menurut sumber itu, sebaik tiga rakan terbabit memasuki rumah berkenaan, teman lelaki mangsa mula menunjukkan taring apabila cuba menodai mangsa di hadapan rakannya.

Tersentak dengan perbuatan itu, mangsa segera menampar teman lelakinya itu, namun tindakan berkenaan mengundang padah apabila dia diugut selain dipukul.

Malah, mangsa juga dirogol teman lelakinya biarpun merayu dikasihani manakala tiga rakannya pula bersubahat dengan membantu memegang tangan dan kaki gadis berkenaan.

Sumber berkata, kumpulan terbabit kemudian merogol mangsa secara bergilir-gilir hampir 10 kali.

Mereka kemudian menghantar mangsa ke rumahnya kira-kira jam 7 pagi selepas teman lelakinya mengugut akan mencederakannya jika mendedahkan perkara itu kepada ahli keluarganya atau pihak berkuasa.

Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan ugutan itu apabila membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan di sini.
 
Sponsored Post

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
tak abis2 dgn cheras..:))
flat sane byk melahirkan perogol ke ape..mamposh la ko pasni:mad:
 

Sue

Active+ Member
Joined
Dec 10, 2007
Messages
2,810
Reaction score
13
Points
25
Ya Rabbi ......jantan-jantan bina..tang ni banyak lagi hidup kat negara ni........ku doakan mereka mam.pus dalam keadaan hina...
 

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
12,962
Reaction score
734
Points
161
arhght

xhabis2 kes rogol.

semua ni penangan gambar blue la, dajal kecil kat dunia.

popuan pun satu suka kuar malam,pastu xder keluarga teman.

dlm 99% semua kes rogol mesti waktu malam dn tanpa ditemani ahli keluarga.

aku pun hairan ada org dpt awek cun kawin jadi bini la,ni rogol ajak kawan apa cerita, ***** lebih ***** dr menantang bab*
manusia jenis xtau nak hargai dn bsykur dgn apa yg ada.
 

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
bod**.....

dah malam2 tido la kat umah....
 

linda82_cute

Fun Poster
Joined
Nov 14, 2009
Messages
103
Reaction score
0
Points
10
kejam2..skrg ni dh xleh caya kt jantan2 mcm ni.meh kita pakat2 warning la kt adik2 ke anak2 pompuan kita agar jgn la caya 100% kt kwn ke kekasih ke.lg baik xyah la dok pi jumpa2.klau nk jumpa sgt pun bwk la teman ataupun sedara ikut skali..pakat2 la banteras gejala buruk ni.gomen pun kena main peranan gak.kena wat sesuatu xkan la dok tgk je gejala ni kian menular ni..isk2.
 

iorichee

Active+ Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
4,681
Reaction score
11
Points
25
bod**.....

dah malam2 tido la kat umah....
 

kidgames

Fun Poster
Joined
Sep 23, 2007
Messages
585
Reaction score
2
Points
15
Lagi kes rogol..sperti yang saya katakan sebelum ni...perogol penjenayah plg low class,jijik umpama lipas..aku plg benci perogol :">..no respect to woman
 
Sponsored Post
Top
Log in Register